Senior suami pernah tegur yang anak2 aku No 1 dan No 2 nakal sangat. Dia kata tak pernah tengok anak orang lain yang nakal macam anak2 aku. Anak dia lebih kurang sebaya dengan anak2 aku, tapi mungkin anak2dia sangat baik.
Bila fikir2 balik, anak dia memang nampak baik. Pendiam, tak banyak cakap. Tak macam anak2 aku yang kepoh dan semua cikgu kat sekolah kenal diorang. Mungkin itu kriteria anak nakal sangat agaknya.
Bila dengar orang kata anak kita macam tu... rasa macam nak nangis. Lagilah kita ni mak, pompuan, cengeng plak tu... Tapi bila fikir-fikir semula... setelah waras :)
Takpalah mereka digelar demikian oleh orang yang sekali sekala tengok mereka
Takpalah mereka digelar demikian kerana aktifnya mereka menandakan cerdasnya otak mereka
Takpalah mereka digelar demikian kerana itulah mereka di depan mata dan di belakang kita ( tak pura - pura baik macam anak orang lain)
Asalkan, mereka berubah menjadi lebih baik pada masa akan datang... bukannya sebaliknya.
Asalkan, mereka sentiasa berusaha untuk menjadi lebih cemerlang dari hari ini
Mudah-mudahan ya Allah, padamu aku bermohon.
Jadikanlah anak-anakku seorang yang berguna dan beramal saleh.
Walaupun mempunyai ibu seperti aku yang tak sempurna ...
Amin...
6 comments:
no worries...lain anak lain ragam lain anak org lain perangai nyer...
kecik2 jer nakal..dah meningkat dewasa baiknya die..
@idzwa, mungkin juga
@jeffri, mudah2an... aminnnn
Anak sy pn nakal sgt.. Kdg segan nk bwk k mjlis sb die akn lg nakal smpai xdgr ape yg dlarang.. Huhu.. Tp pe yg sy harapkan same cm sis..
@anon, teruskan berdoa... :)
Great rread thanks
Post a Comment