Friday, August 8, 2014

buah tangan buat pesakit denggi

Bila kita dapat tau ada kawan atau saudara kena demam denggi... selalunya kita tak tau apa nak bawa buat buah tangan. Tahun lepas masa adik ipar kena denggi, aku dengan en Zali pergi bawak air hundred plus. Sampai sana... penuh air hundred plus kat katil dia... hihihi...

Semalam dapat tahu kawan en Zali pulak admit sebab denggi. Oleh kerana kitorang nak pergi melawat lepas waktu kerja... kami sampai lenggang kangkung je. Adoiii... tah hapa hapa jek kitorang ni kannn... ada gak cakap dengan en Zali...nak bawak apa ni... dia pun blurr

Sampai sana, tanya nurse yang merawat kawan kami tu... rupa2nya diorang tak berapa galakkan air hundred plus sebab kawan kami tu ada muntah2 dan buang2 air... air bikarbonat ni boleh sebabkan gastrik... dia pulak tak boleh makan... minum air jek... kesian sangat. Kalau dia tak muntah2 atau buang2 air bolehlah bagi air hundred plus... tapi buang dulu gas dia tu... cuma kena pastikanlah kawan kita tu takda kencing manis yeaaaa...

Makanya, en Zali call kawan dia mintak bawakan air kelapa kalau datang melawat.... nasib baik dapat... tapi bukanlah sekali minum terus baik ye kengkawan... org kena denggi ni kena minum baaaaaannnnyyyyaaaaak air... dan air kelapa tu boleh bantu supaya mereka tidak terhidrat.

Makanya, aku cari maklumat apa yang boleh kita bawa... selain air hundred plus dan air kelapa.

1. Buah tembikai - banyak air dan rasanya manis... sesuai untuk orang denggi yang loya

2. Buah pisang - tinggi gula, ada zat besi, potassium dan mengenyangkan. Orang kena denggi ni tak berapa selera makan... maklumlah orang denggi ni tak selera makan... adalah juga yang masuk perut mereka yang kosong tu... macam kawan kami tu... kesian dia makan apa pun tak nak... :(

3. Kurma - ada kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, dapat memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Ada petua suruh blend jadikan air jus kurma... kalau nak buat pun bolehhhh

Kalau anda sempat... buatkanlah yang orang banyak share dalam internet tu... sup ketam dan jus betik atau jus pegaga. Selain tu, masa melawat bacalah doa ni...



Notakaki : peringatan untuk diri sendiri ...

3 comments:

Rizziela said...

Good Idea ni

idzwa kamaruddin said...

nice sharing!

norah said...

@rizziela, terhasil daripada pengalaman :)
@idzwa, kalau ada air zam zam pun boleh bawak... banyak khasiatnya kannn :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...