Friday, July 31, 2015

Welcome no 4

Post sebelum ni, aku dah cakap yang hari sabtu masih belum keluar apa2 tanda. So, aku masih relaks walaupum daj ada rengat2 yang agak consistent setiap jam... tapi sakitnya masib boleh ditahan.

Lepas makan malam, anak2 main bunga api dgn abah diorang. Aku dok sembamg dengan mak dan adik bongsu aku. Mak perasan yg aku dah sakit2... dia kata biarlah bersalin esok. Kalau tengah malam... susah ...

Dalam pukul 9.30, aku gi tandas... skali ada keluar tanda lendir dengan darah sikit. Sah... jalan dah bukak. Bagitau en zali... decide kena gerak ke hospital jugak... jgn tunggi lagi.

Hantar budak2 umah mak, kemas semua barang... terus gi hospital. Sampai sana, masuk labour room terus. Nurse check dah buka 4cm. Contraction dah ada tapi belum kuat. Dia suruh masuk wad dulu. Jangkaan pagi bersalin. En zali tak boleh tunggi, so aku suruh dia balik tengok anak2.

Konon2 nak tidur... mata punyalah mengantuk. Tapi setiap kali contraction datanh, aku sedar. So, macam tak tidur gak. Then, perut start memulas nak buang air. 3 kali contraction, aku buang air... dalam hati terus tau dah... ni nak sampai masa dah ni. Sakit contraction pun makin kuat. So, dlm pkul 2.30 aku call nurse dan masuk balik bilik bersalin. Check, dah bukak 8cm.

Call en zali, bgtau dah sampai masa. Nurse call dr. Baby taknak tunggu dah, dr sampai jek, aku terus teran. Masa en zali sampai, baby dah selamat keluar, tinggal nak lepaskan uri jek... :-)

Alhamdulillah... jam 3.04 pagi, 26 julai 2015, lahirlah baby girl yang kami tunggu2 dengan berat 2.86kg.



Syukur kerana tiada banyak masalah masa melahirkannya. Semua rasa sakit hilang bila baby diletakkan pada ibu... tak tau nak cerita macamana perasaan aku pada masa tu.

Alhamdulillah atas nikmatmu ya Allah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...