Saturday, April 2, 2016

Tertoreh pisau

Minggu lepas sangat kelam kabut...

No 4 demam, selsema dan batuk sejak cuti Keputeraan Sultan Johor lagi... 2 kali ulang klinik... lendir banyak.

Nak jadi cerita... balik kerja hari Isnin, rumah berterabur tisu, no 3 tengah tekap tangan dia dgn tisu jugak. No 2 pandanf aku dengan muka pucat. Rupa2 nya, no 3 main pisau lipat abg dia kat dalam bilik. Semua org tak perasan sebab tengah tengok tv kat hall. Ada gak yg tengah tidur sebab baru balik sekolah agama.

Ingatkan sikit... sekali buka tengok... panjang dalam 2 ruas jari. Hampir2 kena kat urat... dalam juga.



Mlm tu juga bawak ke specialist. Full thickness kata dr masa pergi emergency. Kena warded sebab dr tak berani jahit sebab dia meronta. Kena tidurkan... so kena tunggu dr bius.

Selasa tengahari masuk bilik minor operation theatre. Dlm 1jam... surgery dan waiting time to recover from bius. Alhamdulillah, dr bgtau takda urat yg kena. Sebab tu tak lama.



Ni masa baru keluar bilik surgery. Ubat bius tak ilang lagi. Dr suruh stay lagi satu mlm. Aku dah agak dah... sebab tu mintak cuti 2 hari... sebab dia baru 7 tahun. Takut apa2 jadi kalau lepaskan dia terus balik umah.



Kemas jahitan dr. Jenuh menjaga no 3 sebab dia tak reti duduk diam. Sakit macam tak sakit.



Last day kat warded. Bayar lebih sikit supaya mak dan abah dapat tidur selesa sikit. Duit boleh cari... anak tak boleh diganti.

Kena lebih hati2 lepas ni. Harap2 budak2 ni seriklah nak main yg bukan2. Kalau tak serik jugak... haihhh tak taulahhhh....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...