Tuesday, April 26, 2016

Demam balik

Cuaca panas. Klinik penuh pesakit. Wad penuh katil berpenghuni. Kebanyakannya orang tua dan kanak2.

Ahad, no 4 demam semula. Sekali drngan batuk dan selsema. Hidung meleleh hingus. Batuk start dengan kering... sekarang dah berkahak.

Sebagai ibu, aku memang akan risaukan dia, dan ignore pasal kerja selagi dia belum sihat. Kali ni demam dia panas... tidur mengerang. Merengek tak nak letak. Manalah tak risau.

Tapi... nak cuti jadi serba salah. Sebab kawan2 ofis pun ada anak juga. Asyik2 aku yg cuti sebab anak demam... apa pula kata mereka.



Abah dia beli ni untuk bantu kurangkan panas... selain tu lap dgn tuala basah.

Mak dia dah senoneng sebab tak cukup tidur... hari ni.. terpaksalah juga cuti lagi. Macamanalah nak hantar kat babysitter kalau demam dia tak stabil lagi camni... harap2 kawan2 tak ambil hati.

Akan cuba selesaikan kerja dari rumah... semoga takdalah masalah yg perlukan aku ke pejabat. Cepatlah baik sayanggg...

1 comment:

idzwa kamaruddin said...

alahaiii semoga cepat smebuh ye nak!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...