Wednesday, July 5, 2017

Resepi mi goreng Noxxa

Tahun lepas dapat hadiah periuk Noxxa daripada en Zalee. Tak guna sebab takda keperluan. Nak jadi cerita, dekat-dekat nak puasa dapur problem. Kuat sangat jelaga. Dapur letrik pulak rosak. Maka bertabahlah belajar menggunakan periuk ini.

Tapi... memang periuk ni memang cepat. Cuma kena belajar teknik dan taktik dia. Kena rajin tengok youtube dan cari resepi yang sesuai dengan periuk ni.

Ada beberapa resepi saya dah cuba macam sup daging, macaroni cheese, fried pasta, dan nasi goreng. Masak nasi puteh pun dah pernah buat... memang cepat. 7 minit je.

Hari ni cuba masak mi goreng. Ikut resepi  kat sini. Cuma aku tukar rencah daripada ayam kepada ikan bilis dan masukkan fish cake sebagai tambahan. 

Cuma nak kena peringat supaya tambahkan air lebih kurang separas mi bila nak set high pressure supaya tak berkerak.

Bahan bahan 

Mee kuning sebungkus 500gm
Bawang besar 2/3 biji
Cili kering segenggam ( rendam air panas)
Ikan bilis segenggam
Kicap 2/3 sudu besar
Sos cili 2/3 sudu besar

2 biji telur

Sepeket kecil fish cake dan fish ball.

Garam, gula dan kiub secukup rasa.

Cara Penyediaan

1. Gunakan mode STIR FRY, tumis kisaran bawang, cili dan ikan bilis sehingga garing. Tutup periuk untuk elakkan meletup dan kacau sekali-sekala. 
2. Kemudian masukan fish cake, kicap, sos cili, garam gula dan sedikit air. 
3. Masukkan mee kuning 1 paket, kacau rata.
4. Tutup periuk, kemudian tukar setting kepada HIGH PRESSURE. Set selama 3 minit.
5.Masukkan telur dan sayur jika ada. Kacau rata dalam 1 minit. Siap.

Sedap ke? Tak berani nak angkat bakul sendiri.. tapi bila anak2 makan sampai habis tu kira oklah kannnn

Selamat hari raya Aidilfitri.

1 comment:

emyrul nordin said...

sgt mudah kan masak dengan Noxxa. Mcm saya, dapat je piyuk ajaib ni (Jun 2015), trus buang kotak, godek2 sdnr mcm mana nk guna dgn bantuan upline melalui telefon dan wassap.. hehe

alhamdulillah, hasilnya sy jatuh cinta dgn Piyuk Ajaib ni dan jarang2 guna dapur gas melainkan goreng sayur2..

Jemput lawat dan follow blog sy : www.cikgarangsihat.blogspot untuk syer resepi versi sy plak.. :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...