Sunday, July 9, 2017

Musim demam

Tak taulah betul ke tidak. Tapi... daripada akhir puasa sampai sekarang, asyik dengar pasal orang demam berbalik-balik.

Itu dengar cerita orang. Diri sendiri pun sama.. mula2 No 4 demam SEKALI PAKEJ batuk, selsema, bisa badan dan tak selera makan. Lepas tu No 1 dengan abah diorang skali. Kemudian No 2 pulak demam sekali dengan Tok Mak  dan Ucu dorang skali. Sampai ke raya... Tok Mak siap dah surrender taknak sambut raya... tak larat nak masak.

Tapi... Alhamdulillah... dapat juga masak untuk raya. Sikit2 dah dtg selera nak makan. Cuma...  pagi raya Kakak No 2 pulak demam. Seminggu tak bangun sampai masuk ward sebab dah terlampau lemah. Naik gastrik sebab tak makan apa2.

Minggu lepas baru nak ok sikit... dah plan nak beraya rumah adik beradik. No 4 demam semula. Skali dengan sepupu dia yg duduk kat Mutiara Rini. Diorang memang stay tempat baby sitter yang sama. Ingatkan demam biasa.. penat sangat agaknya beraya. Sekali penuh ulser dalam mulut. Tekak merah. Dan pakej sekali dia punya merajuk dan merengek.

Hari ni ... bila gi klinik bawak No 4... penuh klinik pakar kanak2 di taman yang aku tinggal ni. Mungkin memang betullah tengah musim demam.

Ye ke... ?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...