Showing posts with label famous amos. Show all posts
Showing posts with label famous amos. Show all posts

Saturday, July 19, 2014

kuih raya ketiga - cornflakes madu berkoko

Sebenarnya cornflakes madu tapi ditambah serbuk koko sebab aku dan anak2 suka coklat hihihi.

Ok, cornflakes madu ni sangat senang dan mesti orang suka punyalah. Asalkan dia tak berapa manis dan rangup. Biasanya, adik aku yang jual kuih tu yang buat tiap2 tahun.Tapi tahun ni dia bz sebab banyak order. Jadi, aku kenalah buat sendiri cuma biasalah, aku suka ubahsuai sikit.

Resepi dia senang nak ikut dan tak berlebih bahan. Hasil dia InsyaAllah sedap.

Bahan-bahannya
125 gm butter
3 sudu besar gula perang
3/4 atau 1 cawan madu ( sepatutnya rasa dia just nice)
1 kotak cornflakes Nestle (500gm)
3 sudu besar serbuk koko ( aku guna van houten)

kismis/ceri/ badam cincang panggang/gajus untuk hiasan dan bertambah sedap kalau ada

Cara-Cara
Panaskan butter hingga cair. Setelah cair, masukkan cornflakes dan gaul rata. Kemudian barulah masukkan madu, gaul lagi. Seterusnya masukkan gula perang dan akhir sekali koko. Gaul lagi sehingga sekata. Siap.

Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
Hiaskan dengan hirisan ceri merah dan apa2 hiasan yang ada. Kalau ada badam lagi sedap tau... tapi aku takda apa hiasan pun. Togel jek hihihi.

Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 10-20 minit. Sehingga adunan rasa keras dan tak bercerai diantara kepingan flakes.
Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara ( masa sejukkan sebelum simpan dalam bekas, jauhkan daripada kipas ye... nanti lemau)

Masa buat ni, aku tak terus campurkan madu dengan butter sebab susah nak kacau dia. Madu tu akan membuatkan adunan melekit, sebab tu gaulkan cornflakes dengan butter dulu. Lepas tu bila masukkan madu, curahkan sedikit demi sedikit supaya sekata. Masa masukkan koko pun sama.

Verdict:

Rangup, tak terlampau manis, ada rasa koko.... hmmmm. Kalau taknak letak koko, takyah masukkan... akan dapatlah cornflakes madu original. Selamat mencuba....





Friday, July 18, 2014

kuih raya kedua - biskut coklat cip

Kuih kedua tahun ni adalah biskut coklat cip. Tahun lepas adalah kali pertama buat kuih ni. Memang jatuh hati... makanya tahun ni buat lagi.

Resepi dia adik aku yang jumpa. Tak sure dia dapat dari mana.... Kalau nak resepi penuh, klik link aku yang lama ni.

Resepi biskut coklat cip

Tahun ni kami buat 4 adunan tau. Banyak? Masa buat first batch, anak aku dok bukak botol kuih sampai mak suruh simpan dalam almari tinggi. Takut tak sempat raya hihihihi.


Masa buat biskut ni, coklat cip kitorang cair dalam paket dia. Almaklumlah, cuaca kat Malaysia sekarang ni punyalah panas. Adik aku pulak tak simpan dalam fridge... makanya cair. Jadi kitorang potong2 coklat tu into chunk dan masukkan dalam adunan. Sebab tu tak berapa cantik. Tapi rasa dia... sedap... sangat bercoklat... rangup... kalau dapat coklat kat dalam biskut tu... hmmmmm....

Ada tips kalau nak make sure dia crispy... guna gula perang yang KASAR. Lepas tu, jangan kacau lama2 sangat. Bila bakar.. kalau 20 minit tu masih belum garing... masukkan semula dalam 10 ke 15 minit lagi. InsyaAllah jadi.

Cubalahhhh... :)

Saturday, August 3, 2013

Try masak kuih raya : Biskut coklat cip

Oleh kerana tengahari tadi telah membengkakkan mata sebab menangis.., maka malam ni kena terapi minda sikit. Mari kita buat kuih raya.

Ni resepi adik aku cari dalam internet. Biskut ala - ala famous amos.

Bahannya

Bahan A
1. 2 setengah cawan tepung gandum
2. Setengah cawan serbuk koko van houten

Bahan B
3. 2 cawan gula perang ( 1 1/2 pun ok, tapi jangan sekali2 pakai gula putih yea... mania nooo nanti jadinyer)
4. 250g butter
5. 1 biji telur grade A
6. 1 sudu teh esen vanilla
7. 1 sudu teh baking powder
8. 1 sudu teh soda bikarbonat
9. 2 cawan chocolate cip ( anggaran jek, boleh tambah atau kurangkan ikut suka)

Cara buat,

1. Ayakkan Bahan A : tepung gandum dan serbuk koko. Campurkan dalam satu bekas dan gaul biar rata. Campurkan dengan baking powder dan soda bikarbonat. Letak tepi.
2. Pukul butter dengan gula perang sampai kembang. Warna dia akan jadi agak putih. Kalau gula tak berapa hancur, jangan risau ye.
3. kemudian, masukkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi
5. masukkan bahan A sikit-sikit sampai habis. kacau guna sudip atau spatula. Method kaup balik.
6. Masukkan chocolate chips pulak. Adun lagi sampai sebati.


7. Adunan memang akan lembik sikit. Ambil guna sudu dan letakkan pada baking tray. Jangan besar tau, nanti dia jadi kembang dan tak cantik macam aku dan adik aku buat ni... Guna sudu kecil lebih sesuai...

8. Pastikan oven dah dipanaskan dalam 10 minit dengan suhu170 c tau sebelum masukkan biskut. Bakar lebiih kurang selama 20 minit.

Sekali dah bakar, hah kauuuu... nasib baik dia nipis dan rangup hihihi

sejukkan dulu, baru simpan dalam bekas.


Siap biskut pertama... feeling excited >__<

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...