Ni bukan cerita pasal aku, tapi pasal En Zali.
Minggu ni adalah minggu terakhir dia ditempat kerja sekarang. Baru 2 tahun dapat berpindah ke sini, kilang tempat kerja dia skang ni akan ditutup pula. Semua pekerja samada berhenti dengan sedikit pampasan atau dipindahkan ke kilang lain.
Kadang-kadang, bila lihat staf yang datang lambat atau tak datang kerja suka-suka hati, atau buat masalah macam tempat kerja tu diorang yang punya... rasa sedih sangat. Kalau diorang berada ditempat suamiku dan kawan2nya... baru mereka sedar agaknya.
Nasib baiklah En Zali akan ke kilang baru mulai Isnin minggu depan. Banyak desas desus
menyatakan bahawa kilang ni pun takkan bertahan lama. Tapi, takpalah. Sementara ada
rezeki, kami redha sahaja apa yang dapat.
Beringatlah di masa senang ye kawan-kawan... tak taulah bila kita akan ditimpa kesusahan... (Peringatan untuk diri sendiri ...)
Showing posts with label hari pekerja. Show all posts
Showing posts with label hari pekerja. Show all posts
Wednesday, December 11, 2013
Wednesday, May 1, 2013
Ibu yang bekerja tak bercuti tau pada hari pekerja
Selamat hari pekerja buat semua pekerja yang bercuti mahupun yang terpaksa bercuti hari ni. En Zalee sepatutnya kena kerja hari ni... tapi subuh tadi dia kena sakit kepala. Tekanan darah dia naik agaknya, so nanti nak ke klinik jumpa Dr.. Ubat sakit kepala yang kuat tu, dah abih. Nak beli kat farmasi, tak boleh... Dr jek yang boleh bagi.
Untuk ibu-ibu yang bekerja, aku rasa kebanyakannya sama macam aku. Hari ni adalah hari mengemas rumah, menyusun kerja - kerja rumah yang tertangguh sebab tak sempat nak jengah masa kerja. Jangan ingat kami boleh bangun lewat tau.
Aku ada special mission hari cuti ni... jaga No 2. Dia demam sejak semalam. Kepala aku ni tengah senoneng sebab malam tadi tak cukup tidur. Panas dia tak turun ... dah masuk nak subuh baru ok sket. Risau betul....

Harap dia cepat sihat, esok boleh sekolah. Kalau time demam, seperti biasa, no 1 dan no 3 akan jeles sebab mak dia mengadap no 2 jek memanjang. Yea... mak sayang semua anak emak :)
Selamat hari pekerja ....

Labels:
1 mei,
hari pekerja,
ibu bekerja
Subscribe to:
Posts (Atom)