Alhamdulillah, en Zali dah lama amalkan tips ni. Sebab tu i luv him so much. Kan abg kan kann... :)
Saturday, May 3, 2014
cara bercinta dengan isteri
Jumpa tips ni kat facebook. Nak share dengan kawan2 semua. Buat menambat hati isteri.

Alhamdulillah, en Zali dah lama amalkan tips ni. Sebab tu i luv him so much. Kan abg kan kann... :)
Alhamdulillah, en Zali dah lama amalkan tips ni. Sebab tu i luv him so much. Kan abg kan kann... :)
Labels:
tips
Wednesday, April 23, 2014
Hujan
Sejak beberapa hari ni, asal petang je hujan. Kadang2 tengahari dah hujan. Lebat pulak tu. Bila time balik, hujan lebat, aku memang takut.

Sebab?
Sebab banyak sangat orang yang tahu memandu tapi tak pandai memandu.
Bila hujan tak bukak lampu... manalah nak nampak bila cuaca dah agak gelap. Lagipun, titisan hujan akan mengganggu pandangan.
Tukar warna lampu kereta. Ada biru, oren... tolonglah, lampu kereta bukan untuk hiasanlahhhh. Kalau nak pasang lampu biru, letaklah kat rumah...
Hari ni, memandu di bawah hujan lebat, belakang kenderaan ini.
Dia ni pandai bawak kenderaan, cuma perlahan. Nak potong, tak nampak kereta kat sebelah sebab masalah yang aku cakap kat atas tadi tulah. Aku ni pompuan yang bawa kereta, tapi suami yang jaga kereta. Bukan tak cekap, cuma tak berani nak cakap :)
Daripada accident, ikut jeklah....
Sebab?
Sebab banyak sangat orang yang tahu memandu tapi tak pandai memandu.
Bila hujan tak bukak lampu... manalah nak nampak bila cuaca dah agak gelap. Lagipun, titisan hujan akan mengganggu pandangan.
Tukar warna lampu kereta. Ada biru, oren... tolonglah, lampu kereta bukan untuk hiasanlahhhh. Kalau nak pasang lampu biru, letaklah kat rumah...
Hari ni, memandu di bawah hujan lebat, belakang kenderaan ini.
Daripada accident, ikut jeklah....
Labels:
ceritaku
Friday, April 18, 2014
precious moment as mother
Tajuk tak mengagak kan kan kan ... heheheh. Sebenarnya nak share cerita pasal No 1.
Apabila mengandungkan No 1, aku dan en zali masih lagi berjauhan. Bertemu 2 minggu sekali bila dia cuti selepas shift malam.Sehinggalah melahirkan, kebanyakan keperluan No 1 adalah dibawah perhatianku, nasib baik dekat dengan mak.
Oleh kerana No 1 lelaki, bimbang pembesarannya dipengaruhi oleh aku, ibu, perempuan, hingga menyebabkan dia jadi.... emmmm faham2 lah kannn... Jadi No 1 ku didik agar agak lasak, kugalakkan sebarang bicara, kuterangkan segala perkara walaupun mak selalu bising. Katanya, dia masih belum tau apa2. Malah, masa di tabika, No 1 dah mampu menyebut protein dan karbohidrat kerana sarapan pagi yang kupaksa dia ambil. Kugalakkan dia berani berbicara, mempertahankan diri jika bukan silapnya.
Alhamdulillah, dia membesar sebagai anak lelaki yang peramah, aktif, mudah berkawan dan sangat baik hati. Ciri2 baik hati itu, aku tahu datangnya dari Tokmak dia. Itu untungnya kalau cucu dekat dengan atuknya.... :)
Tapi, dia punya watak yang kelam kabut, mudah lupa, suka mengambil berat hal sekeliling hingga menyebabkan dirinya tak terurus. Kalau hilang pensel, pemadam, pembaris dan barang2 sewaktu dengannya tu... hal2 biasa .... belajar tu Alhamdulillah, tak excellent, tapi agak baik. Cuma, dia selalu rasa rendah diri kerana kononnya dia tak pandai berbanding kawan2nya yang lain. Aku tak sokong dan tak protect. Selalunya aku akan kata, "tak pandai tak apa, tapi jangan malas."
Tahun ni No 1 dah tahun 3. En zali pun dah masuk 3 tahun kerja di sini. Alhamdulillah. Semalam, ku lihat tugasan sekolahnya. Karangan Bahasa Melayu.
Walaupun hidup kami huru hara, setiap saat bising dengan hiruk pikuk perkelahian mereka ( No 1 dan 2 orang adiknya), tapi bila disaat seperti ini... aku jadi speechless. Terima kasih Ya Allah. Mudah2an dia membesar menjadi manusia berguna. Kalaupun bukan kerana ajarankunyang serba kekurangan, mudah2 an dia mendapat pelbagai didikan yang baik dari semua orang dikelilingnya ( tok mak, tok abah, guru2, mak dan bapa saudara serta kawan2 yang baik). Aminnnn...
To mothers out there, please believe that when you hope for the best, InsyaAllah you'll get it.
Salam Jumaat.

Alif Izzudin,
anakku
Subscribe to:
Posts (Atom)