Wednesday, September 15, 2010

Bang Bang Boom Raya

Tengok tak program TV3 ni malam tadi pukul 11 malam?

Aku taklah berapa suka sangat tengok orang kena sakat dalam program ni lelebih lagi kalau yang agak memalukan orang yang diorang kenakan tu. Tapi malam tadi ada sesuatu yang sangat menyentuh hati aku bila tengok program ni.

Amat dgn Azahari, pengacara program ni memang terjal sket. Tapi segmen Terima Kasih yang diorang buat sangat menyentuh hati sehinggakan aku menangis tersedu2. Betullll… touching sangat.


Gambar host Bang Bang Boom ni amik dari www.tv3.com.my



Satu kes tu tentang seorang anak perempuan yang nak tukarkan CD dengan 10kg beras untuk dimakan adik2 dia dan satu kes lagi seorang bapa yang nak tukarkan semangkuk bubur lambuk dengan sepasang kain buat baju raya anak perempuan dia. Bukan senang untuk meminta simpati orang ramai. Ada yang skeptical samada mereka berdua ini benar susah dan memerlukan, ada yang memang benar2 tak mampu untuk menolong aku pun pernah jugak dalam beg cmer cukup2 buat tambang balik jek ataupun bimbang diambil kesempatan akibat pelbagai hal dan cerita yang berlaku pada masa kini. Namun ada juga insan yang benar2 ikhlas untuk menolong.

Kalau aku disituasi itu… disaat benar2 terdesak sehingga terpaksa meminta pada orang lain… bagaimana agaknya ekkk…

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...