Kronologi minggu lepas :
1. Balik petang jumaat tu, si kecik demam dan selsema sket. Hari sabtu ada pulak keluar bintik-bintik macam ruam. Aku takut plak dia kena campak. Nak gi klinik takda ketalah plak. Bakal adik ipar aku pinjam. So hari ahad bawak dia jumpe Dr. Nasb baik bukan campak, cume alahan jek. Tapi tekak dia ada ulser, so Dr. bagi ubat titik kat tekak. Senin nampak dia dah sihat.
2. Petang senin tu pulak, yang No 2 selsema. Meleleh jek ingus dia. Hari Selasa cuti, Dr. tutup. Aku bagi dia ubat selsema & demam spare kat umah. Rabu bawak dia jumpa Dr sebab lum baik lagi selsema dia. Takut tekak dia merah ke. Tapi Dr kata selsema biasa jek. Tekak tak merah. Dia tak bagi antibiotik. Should be 2@3 hari lagi baiklah. Lega sket ati ni.
3. Pagi ni, selsema yang no 2 kurang sket nampaknya. Tapi si kecik macam lain plak. Badan dia panas sket. Cam jangkit abg dia jek... haihhh. Yang No. 1 plak bangun tidur bersin2. Jangan melarat sudah.
Ginilah kalau anak kecik2. Sorang kena, yang lain pun kena skali. Bile diorang dah sihat, mak dia plak tumbang. Ni pun pala aku dah rasa semacam jek. Dugaan bulan posa. Tabahkanlah hambamu ini Ya Allah. Aminnn.
No comments:
Post a Comment