Friday, October 8, 2010

Contest redmummy yang malatoppp sebab aku join .. eheh

Kadang-kadang terfikir gak kenapa blog redmummy tu ramai sangat follower dia. Banyak giler visitor dia. Cerita dia aku rasa biase jek… pasal anak, pasal husband dia, pasal family dia, pasal kengkawan kerja dia, pasal kucing dia, pasal activity seharian dia dan barangan yang dia beli yang sangat berjenama dan mewah seperti handbag dan kasut dia… Blog lain pun ada gak cerita benda tu. Blog lain pun ada gak cerita tentang pergi bercuti kat memana dan tunjukkan sumer yang menarik kat tempat diorang pergi tu. Masa raya cerita pasal raya, masa puasa cerita pasal majlis bukak puasa … sama kan kan kannnnn…

Tapi ada lainnya yang buatkan aku pun tetiap hari mesti jengah blog redmummy ni. Pasal apa tau, Blog ni sentiasa ada cerita. Setiap hari mesti ada publish new entry. Selalunya lebih daripada satu entry setiap hari. Macam surat khabar, kalau tak baca akan rasa ada yang tak kena. Blog lain walau orang kata lebih menarik sekalipun, tak semestinya hari-hari dia update.

Selain tu, cara penulis blog bercerita sangat santai dan bersahaja sampai rasa macam kenal sangat tuan punya rumah tu. Rase macam dok sebelah umah kita jek.
Lagi satu, aku paling suka bila RedMummy cerita pasal event. Lain dari cara orang lain cerita. Rasa macam masa tu aku join sekalilah event tu. Dari awal majlis sampai orang sumer balik :P. Mana taknya, gambar dia pnyerlah banyakkkkk….especially kalau ada ramaiii artist kat event tu :P

Nak cari pape stori pun senang dalam blog ni sebab dia ada groupkan citer dalam bulan dan kategori. Pakai searching tools dia pun boleh. Design redmummy ni pun aku suka. Dia pakai 2 column jek. Jadik bab cerita tu boleh tulis banyakkkkk. Walaupun warna latarbelakang dia merah tapi tulisan dia putih. Lagipun dia ada masukkan border putih untuk gambo2 dalam blog tu. Taklah terasa pressure sangat mata aku membacanya. Kalau background merah, tulisan hitam… seminggu jek baca redmummy alamat bertambah tinggilah power spec aku. Cmer important info seperti latest comment jek kaler kuning. Tu takda hal. Just untuk keperluan hyperlink jek. Iklan dia pun banyakkkk….

Antara yang beri aku dorongan untuk mula tulis blog pun blog redmummy nilah. Bila aku selalu rujuk blog ni masa nak buat keputusan nak beli apa, nak beli kat mana mahupun nak pergi mana… aku rasa aku pun nak jugak orang rujuk aku kalau mereka nak mempertimbangkan sesuatu keputusan. Mungkin bukan untuk buat keputusan untuk beli papa, tapi untuk buat keputusan nak buat camner dari segi kehidupan harian. Bestkannnn…

Lagi?... Tu jeklah pendapat daripada aku yang baru 2 bulan ½ berblog ni. Kalau tak kerana RM buat pertandingan paling malatoppp ni, takde maknenye aku nak mengkomen blog orang. Dahlah aku ni blogger picisan jek apekebenda makna picisan pun aku tak tau :P . Blog RM ni pun aku jadik silent reader jek sebab siapalah aku nak introduce diri lelebih kannnn :P.

Aku komen ni punnn bukan berdasarkan kemahiran teknikal mahupun editor untuk advertorial yekkkk. Tak sesssuaaaiiiii. Aku komen sebagai pembaca blog yang berkali-kali masuk ke blog redmummy ini untuk tahu ape cerita terkini yang boleh aku jadikan panduan sebagai seorang perempuan, isteri dan ibu.

Kalau tak pernah jengah blog Redmummy ni, gilah singgah. Manalah tau korang sama pendapat dengan aku. Kalau dah pernah jengah dan tak setuju dengan aku, sukehati koranglah ;P Adiossss….

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...