Wednesday, October 6, 2010

Otak letih...

Skang pukul 5.40 petang (waktu Malaysia). Mata aku cam nak pejam jek ni. Kena balik dengan kadar segera...

Kronologi keje aku ari ni yang sangat memenatkan otak ialah

8.00 - 11 pagi : masuk keje, terus siapkan bahan mengajar untuk kelas pukul 11 dan kelas hari Jumaat nanti (merangkumi prepare slide power point, kelas aktiviti, fotostet task dan sewaktu dengannya)

11.00 - 1.00 tgh : Masuk kelas... ajar sampai tekak kering sebab bercakap tak berenti dan lenguh kaki sebab tour satu kelas

1.00 - 2.30 ptg : Tak gi makan lagi sebab letih dan takde kawan. Buat draf untuk tulis paper... tapi tak bergerak pun sebab blurrr.

2.30 - 3.00 ptg : gi makan ... tak tertahan dah perut ni. Sorang pun takpalah....

3.00 - 4.30 ptg : kolokium postgrade jabatan aku. Datang bukan untuk dengar semata-mata tetapi mesti beri input yang membina. maknanya kena fahamkan betul-betul ape kebenda yang student kitorang tu tengah cerita kat depan Sebab semua staf lain ada hal. Walaupun aku takdelah handal mana....

4.30 - 5.30 ptg : carik maklumat dari buku dan internet berdasarkan perbincangan kolokium tadi. takut pendapat aku bercanggah kang jadik ajaran sesat plak

5.30 - skang ni : masuk blog kejap sebab nak bagitau sumer yang otak aku dah penatttttt ;<

Nak baliklah... bubbyeee...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...