Friday, October 29, 2010

Hari-hari cikgu tidur, mari kita main bola.

Hari ni last day kelas untuk semester ni. 2 group dah say bubbye and good luck on final masa hari rabu dan khamis. Hari ni satu lagi kelas.

Selesai 3 kelas. Tunggu peksa jek. Pastu tanda, masuk markah dan tengok berapa ramai yang score.

Tapiii, aku tetiba rasa sedih...

Walaupun penat menerangkan dalam kelas,
Walaupun penat menyiapkan perancangan pengajaran,
Walaupun penat menyiapkan aktiviti kelas,
Walaupun penat menanda tugasan,
Walaupun penat mengkarang ayat dalam BI,
Walaupun penat menjegil mata pada yang bersembang kat belakang kelas,
Walaupun penat memikirkan mereka faham ke tidak apa yang aku cakap kat depan ni....

Sebab, aku sangattt sayangkan mereka.

Semoga ilmu yang aku beri, akan mendatangkan manfaat pada mereka satu hari nanti.
Dimanfaatkan untuk kecemerlangan anak bangsa
Dimanfaatkan untuk menjadi insan yang berguna

Kalau aku tak jumpa mereka semester depan, harap mereka akan terus jadi kebanggaan pengajar yang lain pula. Aminnn.

Post yang takde kaitan dengan tajuk sebab susah nooo nak pk letak tajuk menda

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...