Tuesday, August 16, 2011

majlis berbuka puasa

Masuk minggu ketiga, banyaklah dapat jemputan majlis berbuka puasa.
Korang ada dapat ke?
Aku bab-bab bukak puasa kat luar ni, susah sikitlah...
Abah budak2 ni keje shift, jauh plak tu.
Baliknya tak tentu hari...

Kalau masa jemputan tu, hanya untuk aku sorang jek...
Manalah nak ku letak anak2 bujang aku yang 3 orang tu...
Nak tinggal kat mak, hmmm... kesian mak aku.
Kang ada gak nasi tak masuk dalam mulut...

Tapiii... banyak orang tak faham..
Ada plak rekemen supaya mintak tolong adik beradik lain tolong tengokkan..
Ada gak yang rekemen supaya bawak je mak aku gi skali...
Orang tua... mana diorang nak renyah2 makan kat luar...
Adik beradik aku plak, diorang pun ada anak...
Yang belum ada anak, dah ada suami...

Kalau kena masa dan tempatnya... InsyaAllah... aku pergi :)
Kalau tak....
Bukan tolak rezeki, tapi keadaan banyak tak mengizinkan...
Harap diorang faham, kannnn :)

3 comments:

misya said...

tu la kan

Mommy Fara said...

Sy tak dpt jemputan pun...

Nora said...

@misya, kadang2 jadi serba salah nak menolak pelawaan orang

@Mommy Fara, kalau tak dapat jemputan lagi senang... takyah pk2 nak tolak pelawaan orang :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...