Hari ni, aku hampir2 kena tipu menerusi panggilan telefon.
Si pemanggil bagitau kononnya dia dari MBF bank dan memaklumkan bahwa permintaan aku untuk increase credit limit bagi credit card adalah gagal. Ini sebab ada tunggakan bayaran bulan 1 sebanyak RM9750 yang dibuat di Singapura.
Aku takda kad kredit dari bank tersebut jadi aku musykil dan tanya lebih lanjut.
Siapa yang telefon, macamana pulak boleh dapat buat kad kredit guna nama aku, no telefon pemanggil, alamat dalam rekod. Diorang bagi semuanya dan aku salin untuk buat report polis.
Si pemanggil langsung tak takut. Tarikh mohon kad kredit 29 Nov 2011, permohonan berjaya bulan 12, alamat cawangan di sarawak, alamat pemilik di Teluk Batu Sibu Sarawak, siap no telefon pemanggil dan no kad kredit diorang bagi skali... Detail maklumat diorang bagi... baik betul macam nak tolong bebeno aku report polis.
Tapi, diorang bagi cadangan instead of report polis, dia suruh aku telefon bank negara untuk buat pengesahan. Kalau betul ada silap, diaorang boleh berhentikan perkhidmatan kad kredit tersebut dan tak payah bayar tunggakan. No telefon diorang bagi skali dengan no sambungan direct ke department laporan.... Hebattttt
Bila sampai pada status bagi no telefon bank negara, aku dah syak ... macam nak kena trick jek aku ni. Once letak phone, aku tak telefon pun no yang diorang bagi tu tetapi terus ke Balai Polis untuk buat laporan. Lepas tu aku straight ke Bank negara cawangan negeri untuk buat semakan rekod kewangan.
Comfirm penipuan... nasib baik aku tak call no yang diorang bagi... kalau call memang boleh kena lahhhh.... Haihhhh macam-macam penipuan zaman sekarang.
Hati2lah ekk kalau dapat call... jangan bagi sebarang maklumat peribadi menerusi telefon. Sekarang ni penipuan di hujung jari...
Cerita lain yang hampir sama dengan kes aku :
http://forumsemak.blogspot.com
http://pakarhowto.com
http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=1849.10;wap2
7 comments:
Macam2 la dunia sekarang ni. semoga dilindungi olehNya
Apa motif dia ek..? Nak suh disclose personal details ke...
tp dah sampai cawangan bank negara..hebat betul penipu tu. kalau saya, dah lama orang tu kena %%##$@(*( dgn saya. lepas tu esok terpaksa MC sbb B.P. naik.
jahatnya manusia. bgs awak cite mcm ni. tak la org len terkena
Diorang nak suruh kita reveal personal info, silap2 kita terlepas bagitau no kad kredit atau pin atm ke... naya betulll... Bila cemas macam2 boleh jadi
Salam Semua,
Semalam 28/2/2012, saya dpt call sebijik yg mcm en. azman ceritakan. panggilan dari MBF, Malaysia Borneo Finance.. gelabah gak… terus call bank negara 1 300 88 5465… bukan nombor yg dia org bagi la…(03-27884722 ext. 1106). tp lega bila dengar real pegawai BNM cakap tu satu penipuan utk dptkan kita punye finance detail utk songlapkan kite punye duit dan aset. tp ingat nak gi jugak BNM utk mintak CCRIS (CCRIS stands for Central Credit Reference Information System)manalah tahu kot2 mmg ada card credit atau loan atas nama kita tanpa sedar. tapi kes mcm ni agak2 kena buat report polis gak ke?
Masa kena ari tu, polis kata tak payah kalau tidak melibatkan kehilangan apa2 maklumat atau duit. Tapi, BNM kata kalau nak selamat, report jek...
Post a Comment