Bila hari cuti, selalunya rutin pagi adalah full. Anak-anak pun aku suruh bantu serba sedikit. Paling penting diorang kena basuh kasut sekolah masing-masing. Tugasan lain macam susun selipar, basuh cawan, kemas beg dan tempat tidur... ikut keadaan.
Aku pulak akan ambil peluang untuk kemas rumah, sapu dan mop lantai. Hari kerja, setakat sapu mana yang sempat. Dan urusan membasuh, sidai dan lipat baju. Masak... buat masa ni belum lagi. Kabinet rumah belum siap... brg2 masak belum lengkap. Kalau tak bantu mak masak kat sebelah... beli lauk atau bawak budak2 lunch kat luar.
Bila lepas zohor... selalunya agenda akan berkurangan. Anak2 akan duduk depan tv tak bergerak. Tapi mak diorang dah letih... makanya akan paksa diorang tidur. Tapiiii... mana ada budak umur 6 hingga 10 tahun nak tidur siang hari. Diorang ingat Tv atau main.
Jadi... setiap minggu, diorang akan kena paksa... cara lembut atau cara keras. My style?
1. Mula2 tegur... diorang akan buat derk je mengadap tv
2. Tutup tv... paksa masuk bilik... diorang akan main dalam bilik... biasalah ada yang akan jadi raksaksa atau ultraman ...
3. Marah... dan bebel... senyap kejap. Yang besar akan mula nak response. Yg kecik akan kacau abg yang macam nak start tido.
4. Merajuk... yg besar akan terus tido dan yang kecik akan main sendiri.
5. Diam dan buat derk pada yang paling kecil walaupun dia buat macam2 untuk tarik perhatian ... kejap nak air, kejap nak kencing... kejap buat exercise.
Once dia dah boring... dia akan tertidur juga.
Tempoh masa nak suruh tidur siang antara 30 minit hingga sejam.
Tempoh masa diorang tidur siang ... antara 1 hingga 2 jam.
Alhamdulillah... dapatlah mak diorang rehat... hihihi.
2 comments:
selalunya saya akan minta mereka buat kerja atau exercise sehingga penat, nanti mereka cepat tidur.
#cik anon, anak kite penat pun mata celik jek... tak paham hihihi
Post a Comment