Semalam pergi buat medical checkup untuk kandungan yang dah masuk 26 minggu. Sekali kena cucuk untuk elakkan kancing gigi masa bersalin nanti @suntikan ATT (anti tetanus toxoid). Oleh kerana ini kali keempat, maka kena cucuk sekali jek. Kalau first time kena cucuk 2 kali.
Kalau nak tahu apa keperluan suntikan vaksin ni... boleh singgah kat blog2 kat bawah ni (*kes malas nak copy paste :))
http://otakkusut-arela.blogspot.com/2013/10/suntikan-kancing-gigi.html
http://firira89.blogspot.com/2013/03/dos-pertama-suntikan-kancing-gigi-ibu.html
Walaupun dah lama... masih ingat lagi kesannya lepas cucuk vaksin ni tau... apa dia? hmmm tangan bekas cucuk tu akan kebas... lenguh dan badan akan ras amacam nak demam. Kesannya paling cepat dalm 2 jam lepas cucuk atau setengah hari lepas cucuk... bergantung pada individu.
Sebab tu lah bila dr bagitau kena cucuk... aku macam taknak...tapi bimbang pulak sebab kita takkan tahu apa yang jadi masa bersalin nanti... makanya terima sahajalah. Untuk keselamatan baby dalam kandungan ni.
Sebab tu hari ni mood kerja adalah ke laut. Pegang keyboard serba tak kena. Ni tekan keyboard sebelah tangan jek... apa kes huhuhu. Badan macam demam tapi tak demam. Dahlah semalam hb aku drop. Mungkin tu sebabnya aku letih jek dalam 1@2 minggu ni. Ada lagi beberapa hal untuk kandungan kali ni... lain kalilah cerita. Masih berfikiran positif dan berdoa semoga ia berubah kepada yang terbaik bila sampai masa bersalin nanti... Ya Allah kau mudahkanlahhhh aminnnn.
No comments:
Post a Comment