Showing posts with label informasi. Show all posts
Showing posts with label informasi. Show all posts

Friday, July 29, 2011

Butter Golden Churn dah halal

Sebelum ni aku ada tulis artikel pasal butter Golden Churn diragui status halalnya.
Masa tu aku keluarkan artikel sebab jumpa salinan memo dari Bhg Penyelidikan, Jabatan Agama Johor.
Memo tu untuk edaran kakitangan jek sebenarnya.
Tak dimaklumkan kepada umum lagi, sebab masih dalam penyelidikan dan pengesahan selanjutnya.

Minggu lepas, husband dapat tag artikel pasal butter Golden Churn dah halal.
Dia dapat dari salinan suratkhabar Berita Harian, 17 Jun 2011.


Jumpa artikel ni dari sini

Kalau betul halal, Alhamdulillah.
Tapi tadi jumpa kat BorneoPost, kata sah tak halal by JAIS Sarawak.
Cerita ni dikongsi oleh Paradigm

Kalau anda tak rasa was-was, bolehlah guna butter ni.
Tapi... better not kottt..

Sekarang, nak masuk ramadhan. Ada yang akan start buat kuih raya.
Aku biasanya buat sendiri gak... tapi 3/4 jenis jek.
Tapiiii... aku pakai buttercup jek. Murahhhh :P

Yang ni buatan Malaysia, sah halal dari JAKIM.

Wednesday, July 20, 2011

Kempen yang tak memerlukan kertas

The greenest leaflet campaign for WWF.



Mungkin kita boleh gunakan pendekatan yang sama... Menarik

Tuesday, July 5, 2011

BERHATI2 MELAWAT ORANG MENINGGAL

Dipanjangkan untuk renungan bersama...
Dapat artikel ni dari Blog Liza

Artikel Penuh :

"Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah, namun berhati-hatilah. Org tua-tua used to say bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.

Teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.

Masa berlalu sehinggalah rumah ibu didatangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk ke rumah itu (rumah ibu). Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memandang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari (itu pun dengan izin dari Allah... katanya) .

Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.

Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulillah. Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang ke bawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.

Keesokannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya disebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya.

Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak. Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.

Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya, suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.

Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih.

Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat di situ cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang ke rumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris. Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran. Benar kata Ura,apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan iktibar."

"WALLAHUALAM ---ALLAH BERKUASA ATAS SETIAP APA YG BERLAKU,"

Saturday, June 25, 2011

discharge using medical card

No 3 masuk hospital Johor Specialist menggunakan medical card.
Aku belikan medical card untuk dia masa dia umur setahun lebih which was last year.
Medical card MAA takaful.


Jika anda menggunakan medical card, semak policy tentang deposit yang diperlukan semasa nak masuk hospital. Sebab, lain hospital lain jumlah deposit yang diperlukan. Sesetengah hospital tak memerlukan deposit tapi untuk anak aku, kami dikenakan deposit RM400 semasa nak warded.

Bila dah dibenarkan balik, jangan terkejut kalau anda perlu menunggu hampir 2 jam untuk urusan discharge jika menggunakan medical card. Kalau bayar tunai, tak sampai setengah jam dah settle tapi paham2 jelah...

Setelah serahkan surat daripada ward ke kaunter discharge, they will ask you to wait dan akan call semula bila dah selesai.

Proses yang kaunter perlu buat ialah :

1. Siapkan semua dokumen berkaitan (Billing) merangkumi harga ward, check up doktor, nurses charges, xray, pharmacy, phisiotheraphy, ubat dan lain2 jika berkaitan.
2. Kaunter akan fakskan bil kepada pihak insurance untuk semakan.
3. Pihak insurance akan semak policy samada cover semua sekali atau ada yang tidak dicover. Kemudian mereka akan berikan surat GL kembali pada hospital menerangkan jumlah yang akan dibayar oleh pihak Insurance dan berapa yang perlu pihak hospital minta kepada pemilik kad.
4. Pihak hospital akan finalize bil dan panggil anda untuk urusan pembayaran ( kalau ada deposit, diorang akan tolak dari sini dan pulangkan baki jika ada).

My suggestion, setelah 45 minit ke 1 jam menunggu, sila hubungi pihak insurance untuk pastikan samada GL telah dihantar kembali kepada pihak hospital atau tidak. Jika sudah difaks, tak payah tunggu hospital panggil, terus ke kaunter dan bagitau yang GL telah dihantar dan minta mereka semak. Ini akan dapat membantu anda mengurangkan masa menunggu.

Aku tersilap sebab dah masuk 2 jam menunggu baru nak call insurance.. padahal diorang dah hantar 1 jam sebelum tu... Hope this help :)

Wednesday, June 8, 2011

Kelab Taat Suami / Obedient Wives Club

Moto kelab ini ialah Dara Roh, Dara Akal dan Dara Fizikalnya.

Aku tak tahu nak kata apa bila dapat tahu pasal kelab yang baru dilancarkan pada 4 Jun yang lalu. Katanya telah ada lebih 1000 ahli di Malaysia dan akan dilancarkan di Indonesia pada 19 Jun 2011 nanti.

Banyak spekulasi, banyak komen, banyak pendapat.
Ada yang negatif dan ada yang positif.

Oleh kerana aku hanya tahu pasal kelab ini daripada pembacaan media sahaja, aku tak berani nak menambah bara mahupun menyimbah ais. Bagi mengelakkan salah kata, aku cadangkan supaya anda baca artikel-artikel yang berkaitan.

http://metromaya.blogspot.com
http://sungaichat.blogspot.com/
http://naththinks.blogspot.com
http://noorhasilahismail.blogspot.com
http://heliconia.wordpress.com

Berita asal disini www.themalaysianinsider.com

Kita perempuan dan isteri... Tidak taatkah kita selama ini... hmmm

Tuesday, May 3, 2011

Butter Golden Churn Tak Halal??

Aku jumpa artikel ni dari blog Saje jer


Aku tak pasti benda ni betul ke tak. Tapi kalau tengok pada pekeliling dari Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Johor yang disertakan tu... nampaknya macam betul.

Status halal pada mentega ni adalah dari Australia, jadi mungkin itu sebabnya kenapa aku tak dapat jumpa status halal kat www.halal.gov.my

Apa yang boleh kita buat ialah... buat masa ni kita tunggu pengumuman pihak yang berkenaan. Rasanya, kes ni masih baru dan akan disemak oleh JAKIM plak lepas pihak JAJ hantar laporan. Tapi, kalau anda rasa was was, janganlah guna dulu butter ni untuk buat kuih ke apa ke...

Sekadar beringat sesama kita...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...