Saturday, June 25, 2011

discharge using medical card

No 3 masuk hospital Johor Specialist menggunakan medical card.
Aku belikan medical card untuk dia masa dia umur setahun lebih which was last year.
Medical card MAA takaful.


Jika anda menggunakan medical card, semak policy tentang deposit yang diperlukan semasa nak masuk hospital. Sebab, lain hospital lain jumlah deposit yang diperlukan. Sesetengah hospital tak memerlukan deposit tapi untuk anak aku, kami dikenakan deposit RM400 semasa nak warded.

Bila dah dibenarkan balik, jangan terkejut kalau anda perlu menunggu hampir 2 jam untuk urusan discharge jika menggunakan medical card. Kalau bayar tunai, tak sampai setengah jam dah settle tapi paham2 jelah...

Setelah serahkan surat daripada ward ke kaunter discharge, they will ask you to wait dan akan call semula bila dah selesai.

Proses yang kaunter perlu buat ialah :

1. Siapkan semua dokumen berkaitan (Billing) merangkumi harga ward, check up doktor, nurses charges, xray, pharmacy, phisiotheraphy, ubat dan lain2 jika berkaitan.
2. Kaunter akan fakskan bil kepada pihak insurance untuk semakan.
3. Pihak insurance akan semak policy samada cover semua sekali atau ada yang tidak dicover. Kemudian mereka akan berikan surat GL kembali pada hospital menerangkan jumlah yang akan dibayar oleh pihak Insurance dan berapa yang perlu pihak hospital minta kepada pemilik kad.
4. Pihak hospital akan finalize bil dan panggil anda untuk urusan pembayaran ( kalau ada deposit, diorang akan tolak dari sini dan pulangkan baki jika ada).

My suggestion, setelah 45 minit ke 1 jam menunggu, sila hubungi pihak insurance untuk pastikan samada GL telah dihantar kembali kepada pihak hospital atau tidak. Jika sudah difaks, tak payah tunggu hospital panggil, terus ke kaunter dan bagitau yang GL telah dihantar dan minta mereka semak. Ini akan dapat membantu anda mengurangkan masa menunggu.

Aku tersilap sebab dah masuk 2 jam menunggu baru nak call insurance.. padahal diorang dah hantar 1 jam sebelum tu... Hope this help :)

7 comments:

Lizan said...

thanks for the info..

Min Aina Ila Aina said...

Oh, hospital pakar patutla...kalau hosp kerajaan tak sampai banyak tu kot bayarannya. Sofiy takde medic card, ayah dia pun kerje company cikai je takde cover caj rawatan ni. Pengsan la kalau mahal macam tu. huhu.

azhariahzuber said...

mmg sume caj yg kadang2 kita rasa murah pun jadi mahal kat private....semua org memang patut ada insurance

Nora said...

@Lizan, sama2

@Maia,kalau bayar sendiri... saya pun dah pengsaaannnn :)

@azhariah, hospital kerajaan bukan tak bagus malah sangat2 murah cume pesakit ramai sangat, kadang2 perhatian yang kita minta untuk anak2 tak mampu diorang beri...itu reason saya beli medical card...

AkuMuzikFilem said...

rm400 tu refindable tak?

Nora said...

@AkuMuzikFilem, refund balik tapi diorang tolak duit process dan bill bernilai RM68 yang tidak dicover oleh pihak insuran. Jadi masa discharge tu, diorang pulang RM332 semula pada saya.

Urology Surgery India said...

Great blog all the best

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...