Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Friday, May 11, 2012

Demam akibat tonsilitis

Minggu lepas, mungkin antibody badan menurun, ke hormon menurun , ke zat menurun menyebabkan kena tekanan darah rendah or Hypothermia.

Aku pun dapat MC 2 Hari lepas cuti buruh tu.
Dr suruh diet orang kaya ( makan daging, kerang, sayur bayam, vitamin :)
Dr suruh tidur diraja ( rehatlah tuuuuu )
Tapi mata aku haram tak nak lelap. Camna nak baik lekas.

Jumaat naik gak keje walaupun belum betul2 sihat.
Balik keje .... tumbang balik. Demam panas.
Keje aku makan (ubat), tidur ... ,makan (ubat), tidur (Sabtu dan Ahad)
Sib baik abah budak2 ni cuti. Dapatlah mak diorang betul2 berehat.
Tapi, masuk hari ahad, leher rasa keras, tekak dah start sakit. Badan rasa macam baru lepas kena tumbuk.

En Zali dah siap nak bawak gi spital.
Aku tahan dulu sebab susah nak menyiapkan barang anak2 kat umah.
Takkan buntang2 nak tinggal dengan mak. Mana baju siang, baju malam, baju sekolah.
Abah dia kalau cari, comfirm tak jumpa manjang.

Senin pagi (minggu ni) aku pi klinik panel. Jumpa Dr, nak amik darah. Manalah tau kalau2 denggi ke.
Ropa2nye, tonsil aku dah bengkak menanah. Patutlah demam tak baik2 walau segala ponstant dan paracetamol aku telan.
Akhirnya, kena injection antibiotik 3 hari berturut2.

Hari ni, rasa dah sangat sihat. Alhamdulillah.
Alangkah nikmatnya kesihatan itu kaaaaaannnnnn >__<

Nak tahu lebih lanjut pasal tonsilitis?
Try gi kat sini.

Thursday, August 11, 2011

perjalanan jauh

Kenapa ekk..
Kalau masa tak sihat, klinik yang tak sampai 5 minit perjalanan terasa jauh nooo.
Kalau masa tak sihat, simpang jalan tu terasa sibuk sangat..
Kalau tak sihat, lampu merah tu terasa lama sangat...

Kalau ada yang tolong hantar gi klinik, oklah gak.
Nak buat camne, husband keje...
Kalau tak gi klinik, tak dapat mc
Nak gi keje, badan tak larat...


Nasib baik sampai gak aku tadi...
Dapat ponstant, dapat pil selsema mengantuk, dapat ubat untuk perut cramp...
Skang dah banyak kurang... mana taknya, sepanjang hari aku tido.
Harap2 esok dah betul2 sihat...
Banyak keje woooooo....

Thursday, March 3, 2011

Ujian Jantung Sihat Quacker Oat

Ada iklan dalam blog pasal ujian jantung anjuran Quacker Oat ni.
Aku cuba. Rasa terpanggil untuk menjaga kesihatan. Atas sebab badan dah semakin "sihat"

Masuk kat sini...http://www.myhealthyheart.com.my/

Kalau nak jalani ujian dia... kena register dulu.

Aku dapat ni...

Korang dah cube?

Mari sama2 jaga kesihatan. Sayangilah jantung kita (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...