Thursday, April 10, 2014

Day1 di Kuching Sarawak

Kami bertolak ke Sarawak menaiki Airasia pada pukul 3.20 ptg dan tiba lebih kurang pukul 5 petang.

Huru hara airport dibuat dek budak 3 orang ni...Tak sekolah agama hari ni. Balik sekolah kebangsaan, terus kerah pergi mandi dan salin baju jalan. Cikgu diorang pesan, jgn lupa belikan souvenior dari Sarawak. Nak beli apa gaknya ekk?

Bukan Hot Seat... tapi selesa jek buat kami berlima.

Oleh kerana hotel dah siap booking, kami terus naik teksi airport menuju ke hotel Riverside Magestic. Koupon RM26.00. Mahal ke? Entahlah... kalau dah bawak anak yang asyik2 ilang jek... terpaksalah redha. Dalam 15 minit dah sampai hotel, dan dekat je kalau nak ke Tempat makan seafood yang dipanggil Top Spot.

Kami check in dan terus keluar balik. Lapar... Jalan kaki tak sampai 5 minit... dah sampaiiii...


Gerai ni ada tanda Halal Jakim. Ramai pulak tu orang makan. Jadi kami makan kat sini. Ambil Ikan kerapu masak 3 rasa, udang butter dan ketam cili. Boleh tahan rasa dia. Diorang letak cili potong2 untuk yang kuat pedas macam aku ni.

Air special katanya. Nama pun bukan main susah nak sebut. Layer bawah skali tu gula apong. Nak minum kena campurkan dulu, kalau tak rasa tawar jek belah atas dia. Bila dah campur.... rasa teh tarik jeeeerrrr :)

Ini memang special. Sup Gamat. Sedap. Tak muak. gamat tu dia hiris nipis2. Rasa macam jeli, tapi kenyal2. Tawar je rasa gamat tu, tapi sup dia sedap.

Harga adalah sedikit mahal, tapi en Zali ok jek. Anak2 makan nasi, mak dgn abah diorang makan lauk. bagusss....Balik bilik, mandi solat dan terus diorang tidur keletihan. Almaklumlah, tadi pagi sekolah. Melainkan no 3.

Tengoklah tu, susah betul dak sorang ni nak tidur. Masa ni aku baru naik bilik lepas tengok kawan2 sekretariat kat bilik seminar buat persediaan. Siap mintak masakkan maggi. Adoiii....

Esok sambung cerita hari kedua pulak ye. nak tidur dulu. Harap2 majlis esok berjalan dengan lancar. Aminnnn....

Wednesday, April 9, 2014

Harinya dah tiba...

Hari ni bermulalah agenda Seminar antarabangsa Latice 2014 in Conjunction with RceeRhed yang aku jadi salah seorang ahli jawatankuasa pelaksana ( organizing comittee). Programnya 4 hari je... tapi planning daripada tahun lepas lagi tau dak...

Seminar apa? Seminar.... kalau nak tau gi website ni

http://utmlead.utm.my/latice_rceerhed2014

Seminar akan bermula hari Jumaat ni 11 - 13 April 2014 di Kuching Sarawak. Tapi hari ni ada satu workshop dan Doctoral Consortium yang dibuat di UTM. Pagi tadi start dengan workshop, petang pulak pelajar penyelidikan Sarjana dan Doktor Falsafah dari pelbagai negara bentang projek kajian mereka.

Aku tak bentang kat sini, sebab aku akan bentang dapatan Phd aku di seminar kat Sarawak nanti. Hadir untuk sokong pelajar sarjana yang aku co-supervised kat Fakulti. Bagi semangat sikit dan nak dapatkan idea macamana pulak aku nak bentang masa kat seminar nanti.

Cerita pasal Doctoral Consortium tu ada aku tulis kat sini

http://educ.utm.my/norah/doctoral-consortium-in-conjunction-with-latice-2014-conference/

Esok aku akan terbang ke Sarawak dengan en Zali dan anak2. Alang2 ke sana, nak jalan2 sekali. Nanti aku cerita ekkk....

Thursday, April 3, 2014

feeling so proud

Hari ni No 1 bawak balik laporan pencapaian sekolah agama dia. Dah masuk tahun 3 sekolah, dan biasanya dia antara 10 pelajar paling lemah dalam kelas... kali ni dapat nombor 9 daripada 38 orang.


Tak tau nak citer... rasa sangattttt bangga dengan usaha dia yang dari tak kenal huruf sampai dah boleh baca jawi dengan lancar. Cuma tulis je yang lemah sikit. Iqra' pun dia dah masuk Iqra' 3. Walaupun tak secemerlang pelajar lain, bagi aku, ibu, emak, dia sangat istimewa. Dan bila kejayaan yang disangka macam ni... adoilahhhh... speechless... :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...