Tuesday, April 14, 2015

Printer problem

Beberapa hari ni, sibuk menguruskan cetakan thesis untuk hardbound binding. Nak hantar fotokopi tak boleh, nanti margin dia lari. Makanya terpaksalah cetak guna printer kat bilik. Jenuhh menunggu 380 mukasurat untuk 6 salinan. Satu hari dapat 1 atau 2 salinan jek. Ikut cuaca... pelikkah?

Hmmmm... bilik ni aircond rosak. So, printer cepat panas. Bila masuk 150 ms jek... dia slow down.


Keluarkah warning macam gambar kat atas ni. Lepas tu... tunggu 5 minit, dia cetak 10 ms. Pastu cool down lagi. Stress sampai tak boleh nak buat kerja lain... :(

Hari ni masuk salinan terakhir. dari pukul 9 sampai sekarang dah nak masuk pukul 1... ada 2 mukasurat lagi belum settle. Perut ni pnyerlah lapar... kutahankan sahajalahhh. Nak tinggal, takut paper stuck ke... paper habis ke... dakwat habis ke... hmmmmm...

Mudah2an... takda problem lagi pas ni. Tak sabarnyer nak hantar kedai ..... Ya Allah, kau mudahkanlahhhhh...

Wednesday, April 8, 2015

Alhamdulillah

Syukur atas nikmatmu ya Allah. Akhirnya sikit je lagi nak tamat phd aku ni. walaupun tak GOT macam pelajar lain. walaupun lebih lama berbanding pelajar lain. 


Tinggal nak betulkan format, semak abstract dan hardbound binding. mudah-mudahan takda masalah.....

This long journey teach me a lot.

Erti sabar...
Erti usaha
Erti pengorbanan
Erti kasih sayang
Erti sokongan dan bantuan
Erti sebuah persahabatan
Dan
Jangan mengalah hingga ke titisan yang terakhir...

Syukur diatas rahmat dari yang maha Esa. Alhamdulillah...

Tuesday, March 31, 2015

emosional

Lamanyer blog ni bersawang. Last bulan Disember last year... balik conference. Maunyer tak bersawang, sibuk betul. Dari majlis perkahwinan adik sepupu, naik sekolah, renovate rumah dan mabuk2 .... a'ah... mabuk ada isi :)

Dalam mabuk2, sibuk renovate rumah. Dari pertengahan januari... Alhamdulillah... siap dah. Tinggal pagar, grill dan kabinet dapur jek belum siap. Penatnyer mengadap habuk dan mengemas barang2 rumah. Nasib baik dapat tumpang letak barang kat umah adik, dan dapat tumpang umah mak sementara buat renovasi.

Gambar rumah masa tengah renovate....

Ni masa buat table top dapur... belum pasang tingkap dan tiles lagi masa ni...

Hari ni check up klinik kerajaan, 22 minggu. Bila mengandung umur dah nak masuk 4 series ni... letihnyer sangatlah ... lepas tu... mudah sangat emo... asyik kecik hati jek.... pantang silap nak nangis. Tahlah... tak reti nak explain. Nanti orang kata... dah nak masuk 4 pun tak reti nak jaga diri. Mengada-ngada kan... hmmmm

Lepas ni kite aktif balik yek. Tengah carik ruang untuk curi masa update blog... penat asyik tulis paper conference dan jurnal jek... eh... ada ke orang nak baca blog kiter ;)

Nak tengok gambar rumah dah siap renovate tak? Nanti yekkkk.... next post ... till then. Bye

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...