Bila cuti sekolah, kebanyakan member kat ofis akan amik cuti sekali. Masa anak-anak cuti nilah mak abah masing-masing dapat bawak diorang jenjalan ke, shopping ke, makan angin ke atau dok umah macam anak2 aku heheheh...
Aku cuti senin dengan Jumaat. Senin sebab nak siapkan dokumen perjanjian sewa rumah aku dan nak kena bayar segala cukai pintu, cukai tanah dan saman yang mesti diselesaikan secepatnya. Aku angkut sekali anak-anak ke pejabat majlis dan sewaktu dengannya. Sampai tertido budak tu kat dalam keta. Oklah kan... kata jalan2 :)
Jumaat nak kena pergi buat passport anak2 dan abah diorang. Nak booking kapal terbang murah ni, kena masuk no passport sekali... aduhai. Selagi paspot tak siap, tak boleh nak booking tiket kapalterbang. Promo dah nak abih ni.... Mudah2an selesai Jumaat ni passport diorang. Pas buat passport, bawak diorang main kat tempat permainan ( tak kisahlah jusco ke giant ke)... itu jeklah yang sempat.
Kesian anak2 aku kan... hmmmm susah betul jadi mak ada kerjaya ni. Letih...
1 comment:
Sekurangnya dpt jln. Hehe
Post a Comment