Friday, March 1, 2013

paip pecah

Hari Rabu malam lepas, paip kat meter pecah. No 1 main bola dengan adik dan sepupu2nya. Habis dapur dan tangki takda air. Masalahnya, tu kat rumah tokmak diorang. Tengahari balik sekolah, masing2 nak mandi, nak berak... dah orang tua tu penat mengangkut air ke dapur.

Balik keje semalam, dengan panas terik cuaca, badan aku dah rasa lain macam. Sampai umah mak aku, tengok dia dah keletihan mengangkut air. Plumber tu takleh nak buat semalam, dia kena bawak anak dia gi spital. suspek denggi.

Bila tengok mak aku serabut, aku automatik tak boleh compute. Tak reti nak buat apa. Lepas tu bila semua balik keje, pelbagai cadangan keluar. Makin serabutlah kepala orang tua tu. Tapi tetap takleh settle gak.

Bangun pagi ni, kepala aku dah berat, hidung dah gatal. No 3 plak masih selsema dan batuk. Nasib baik tak demam. Maksu dia plak yang demam. Kawasan aku ni plak dah isytihar sebagai kawasan denggi. Paip tak settle lagi.Risaulah...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...