Sebagai seorang pekerja yang dibayar gaji, kadangkala kita terpaksa menurut perintah supaya bertugas di luar pejabat. 3 hari 2 malam, 4 hari 3 malam atau sekadar sehari namun ia tetap akan mengganggu rutin harian kita.
Sebagai seorang ibu, menjadi rutin setiap pagi untuk urus sarapan anak, hantar ke sekolah dan pelbagai keperluan harian lain sebelum dan selepas pulang dari pejabat. Maka, jika perlu keluar pejabat, tugas ini terpaksa disusun untuk beberapa hari kita tiada dirumah.
Baju sekolah perlu digosok untuk beberapa hari, baju harian perlu disusun supaya mudah diambil oleh abah diorang atau tokmak yang akan menggantikan tugas kita... Apa nak sarap sebelum ke sekolah... urusan rumah macam pinggan mangkuk, baju kotor perlu dirancang supaya tak banyak yang akan dibebankan bila balik bertugas...
Mungkin mudah bagi yang ada pembantu rumah, tapi aku takda...
Hanya satu kelebihan ialah, kita dapat fokus pada kerja. Tak bimbang anak menekan keyboard masa kita menulis laporan, atau merayu untuk main game pada komputer kita masa sedang membalas email pejabat. Jika berbengkel, suasana yang berbeza membolehkan kita agak relaks dan melupakan semua tugasan lain yang memang sukar untuk diuruskan dari jauh. Menyebabkan kita lebih kritikal dan kadangkala lebih produktif dalam melaksanakan tugas.
Cuma, kalau terbiasa dengan hiruk pikuk anak2, akan terasa sangat sunyi...
Hari ni adalah hari kedua aku berbengkel di Lexis Hotel, Port Dickson. Cantik tempatnya...
Tapi, dah mula rindukan mereka yang sangat dekat dihati.... hmmmm
1 comment:
pergh cantik tu hotel. takpe berehat dulu sebelum kembali ke suasana hiruk-pikuk
Post a Comment