Tuesday, July 9, 2013

Tanah aina part 1

Conference REES2013 dah selesai. Sehari sebelum balik, kami bawa beberapa pelawat ke Tanah Aina Farrah Soraya, Bentong Pahang. Perjalanan dari Putrajaya mengambil masa dalam 2 jam 30 minit. Aku ambil kesempatan bawak anak2 sekali. Dah alang2 berjalan.

Sampai ke kawasan parking, kitorang dijemput dengan kenderaan yang sesuai masuk hutan.Ada jeep, ada naik lori :) Perjalanan agak mendebarkan.... No 1 siap gigil2 lagi hihihih




Sampai jek, kami disediakan minuman dan diminta isi borang persetujuan bahwa kami kesini dan semua aktiviti yang kami ikuti adalah atas kehendak kami sendiri. Maknanya, sendiri buat sendiri tanggung :)

Lepas tu, makan tengahari ditepi sungai... Best jek feeling dia tau.



Lepas kenyang, kami masuk ke khemah masing2. Sengaja ambil khemah sebab nak feeling adventure hihihihi....



Masa sampai memang panas, tapi dlm khemah ada kipas. No 1, 2 dan 3 sangat2 excited. Macam jakun, siap nak masuk air terus jek... Terpaksa bersungguh2 menahan diorang daripada terjun dalam air... biasalah budak2 tu sangat aktif terutamanya selepas tidur sepanjang perjalanan ke sini.


Amacam... cantik tak.... sambung part 2 pulak lepas ni yek.

2 comments:

Jeffri Rahman said...

nasib baiklah van kami ke UTM JB bukan ke Tanah Aina..;) anyway mcm best jer camping siap ada kipas dalam khemah. Ada port fishing tak kak?

Norah said...

Chalet pun ada, kalau taknak duduk kat khemah. Tak boleh fishing... bagi makan boleh. ecotourism :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...