Thursday, December 12, 2013

Muhasabah diri

Setiap kali menemankan emak untuk peperiksaan kesihatan di klinik kerajaan, aku suka memerhatikan pesakit yang datang. Pelbagai bangsa, agama, umur dan cerita mereka.


Satu yang aku kerap nampak dan sangat menyentuh hati adalah apabila atuk membawa cucu untuk peperiksaan kesihatan. Bayangkan, seorang ibu tua yang berumur lebih 60 tahun, mengendong anak kecil sambil menunggu di depan pintu bilik doktor. Kadangkala, dia ditemani oleh cucu yang lebih besar dalam lingkungan umur 5 hingga 9 tahun. Dapatlah menolong tolakkan stroller atau pegangkan botol susu adiknya. Tidak mahu bersangka buruk, memikirkan dimana ibu dan bapa anak tersebut. Mungkin mereka telah tiada di bumi Allah ini, atau terlalu sibuk bekerja mencari sesuap nasi.... kasihan... kasihan pada si anak, ibu dan bapa, dan lebih2 lagi... atuk yang sehingga ke usai usianya masih lagi menanggung tanggungjawab menjaga sikecil yang belum kenal erti dunia...


Satu lagi pandangan yang meruntun hati, apabila melihat anak menemankan orang tuanya mendapatkan rawatan. Ada yang berkerusi roda, bertongkat mahupun yang mampu berjalan tetapi terketar-ketar melangkah. Alhamdulillah kerana ada tangan yang memimpin mereka sepanjang masa.


Setiap kali itu juga, aku fikirkan diri... bagaimanakah aku melayan emak, sementara arwah ayah telah tiada. Semakin dia dimamah usia, adakah aku memberikan perhatian yang secukupnya. Adakah aku menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya. Mudah2 an aku tidak mewujudkan fitnah setiap kali orang melihat emak, sambil memikirkan... anak2 berpendapatan besar... takkan menjaga emak seorang pun tak mampu...

Hmmmm... takutnya aku....


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...