Thursday, January 2, 2014

hari pertama sekolah

Di Johor, 1Januari 2014 adalah hari pertama sekolah. No 1 naik darjah 3, No 2 naik darjah 1 dan No 3 masuk tadika 5 tahun.

Hari ni, No 1 dan No 2 senang betul kejutnya. No 3 yang susah sikit. Dia langsung takda semangat nak pergi sekolah. Tahlah... dia belum faham sangat konsep sekolah agaknya. Tapi, lepas dipujuk2 siap juga dia mandi.

Aku siapkan roti untuk sarapan diorang, tapi No 1 tak sempat makan. Dia masuk bilik air 3 kali. Sakit perut katanya... harap2 tak melaratlah.... hari pertama sekolah... takkan nak cuti pulak kotttt....


Kelam kabut jugak hari ni sebab No 2 dan No 3 baru kali pertama... Terpaksa berbahagi dengan abah diorang. Aku kat sekolah kebangsaan, abah diorang tunggu no 3 kat tadika.


Petangnyai sekolah agama pulak.... Hari ini adalah hari memantau dan mengurus sedunia. Mudah2an mereka berjaya menguasai apa yang difikirkan bersesuaian dengan usia masing2. Mak doakan yang terbaik untuk semua ... muaahhhhh...

1 comment:

asyifa mustaffa said...

Ya...harapnya anak2 maju jaya...insyallah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...