Hari Khamis balik awal... kan Johor dah tukar kerja Ahad sampai Khamis. Hari Khamis kitorang balik pukul 3.30. Ambil adik kat UTM yang dah abih peksa dan terus ke AEON Taman U. Saja nak lepas stress, kitorang saja jalan2 cuci mata.
Sekali.. tengok buah arrowhead tengah diskaun 50%... apa lagi... aku pilih2 yang molek2 dalam 1 kg. Hari ni baru sempat goreng, sebab en Zali tak keje... Budak2 makan masa mak dia tengah goreng lagi dalam kuali...
Ini first time en Zali rasa. Masa dia tengok buah ngarku tu belum jadi kerepek, dia pelik hihi. Aku nak terangkan tu buah apa pun tak reti.
Sedap tau... kalau jumpa belilah... gerenti mesti u all suka jugak.... Selamat mencuba :)
No comments:
Post a Comment