Sunday, January 5, 2014

lambat....

Hari ni merupakan hari pertama Johor kerja pada hari Ahad.
Malam tadi baju sekolah anak semua dah siap ku gosok.
Beg sekolah dah siap ikut jadual.
Awal-awal lagi dah suruh anak-anak tidur supaya tak lewat.
Kecuali No 3.... haihhh susah betul dak tu nak tidur awal.

Tapiiii...
Pagi tadi bangun lambat juga.

Sebab...

Biasanya alarm pada handphoneku.
Tapi alarm di set hanya pada hari kerja sahaja. hari cuti tak bunyi.
Kan hari ni Ahad... handphone kata cutilah hihihi
Lupa nak set balik... adeeiiiii

Nasib baik sekolah depan umah.
10 minit siap pakai baju.
Sarapan susu jek. Abah diorang tambah singgit supaya boleh makan berat sikit masa rehat.
Sampai sekolah.... raaammmmmaaaaiiiii budak-budak lain pun lambat jugak...

First day kannnnn .... :)


1 comment:

Izwa Kamaruddin said...

hihihii...bertukar rutin la skrg ni ye..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...