Showing posts with label pengurusan pendidikan. Show all posts
Showing posts with label pengurusan pendidikan. Show all posts

Thursday, April 21, 2011

Tadika murah tiada kualiti

Baca kat blog Zalia ni... Dia cerita pasal perkembangan anaknya setelah masuk Tadika Masjid.

Terbuka hati nak share... pasal statement orang tentang " Yuran Tadika Murah maknanya ia tak berkualiti".

No 1 masuk tadika Kemas. Korang tau tak apa tadika Kemas? Cuba klik sini. Yurannya cume RM20 sebulan. Awal tahun jek ada lebih sket sebab kena beli baju, buku dan alatulis. Tak banyak mana, dalam RM200 jek. Kelas dari 7.30 pagi hingga 11.30 pagi. Siap makan lagi.

Masa No 1 masih baby, hubby dah bagi signal nak antar anak ke tadika yang famous. Biasalah anak no 1... semangat berkobar2 nak tengok anak tu masuk Univ sejak dari baby lagi. Pendidikan awal tu kan snagat penting.

Dia kata...
tadika kemas tak belajar... gi sekolah makan dengan main jek.Kawan dia cakap
nanti naik darjah satu tak boleh baca... kena masuk kelas belakang... sekarang darjah satu takda dah belajar membaca lagi... kawan dia cakap

Tapi aku tak setuju. Aku tetap nak masukkan kat Tadika kemas depan umah mak aku. Sebab senang nak pantau dan aku ada kepercayaan bahawa tadika adalah satu platform untuk anak aku bersosial. Aku tau yang Tadika kemas ada aktiviti permainan, tarian dan macam2 lagi aktiviti,... bukan sekadar belajar sahaja. Malah ada ajar jawi dan sembahyang. Doa2 harian dijadikan amalan dilidahnya. Anak2 kita ada pelbagai kepintaran seperti visual, verbal, kinestetik, dan macam2 lagi. Kalau sekadar dididik supaya kenal huruf dan nombor sahaja... alangkah bosannya hidupnya masa kanak2.

Mungkin orang lain tak setuju. Tapi tiada kajian yang dibuat membuktikan bahawa pembelajaran di tadika mahal adalah lebih baik dari pembelajaran di tadika murah. Bukanlah juga tadika murah lebih baik dari tadika mahal. Tiada perbezaan yang signifikan sebenarnya. Kalau ada, sila betulkan saya. Keputusan kita hanya bersandarkan kepada persepsi sahaja.

Aku percaya, bukan yuran menjadi faktor pencapaian anak kita. Kenali dulu gurunya :)

Friday, March 25, 2011

dapat keputusan mengecewakan...

23 Mac 2011 adalah tarikh istimewa buat adik2 yang ambil keputusan SPM.

2 anak sedara aku pun sama.
Sehari sebelum tu diorang siap puasa... semua orang rasa berdebar2.
Tapi, SPM bukan mudah...
Aku tahu diorang dah usaha sehabis baik...
Kalau cuti pun tak berenggang dengan buku...
Alhamdulillah, sembahyang tak tinggal.. puasa selalu...
Syukur, sorang dapat 3A, sorang dapat 4A.

Tapi aku tahu... keputusan itu buat mereka agak mengecewakan.
Sebab mereka target lebih tinggi dari itu...
Tapi, rezeki adalah ketentuan Ilahi.
Kami gembira untuk mereka berdua.

Ramai juga adik2 lain yang kecewa dengan keputusan masing2.
Janganlah pulak sampai nak bunuh diri.
SPM bukan laluan akhir... jauh lagi langkah yang nak diteruskan.

Aku ... dah lama tinggalkan SPM...
Tapi... hingga saat ini, masih lagi study...
Penat rasa tersandung tak henti2...
Tapi aku tau... jauh lagi perjalananku...
Akan sampai juga ke satu perhentian yang pasti...


Buat adik2 semua... Janganlah kita putus asa...InsyaAllah Rezeki buat kita tetap ada, Hanya Allah belum nak bagi lagi agaknya...:)

Wednesday, March 16, 2011

tak munasabah betullll !!!!

Memanglah tak munasabah...

Kalau bukak email ambil masa sampai 1 jam...
Apa taknya... kejap2 line wireless disconnect... kejap2 dia keluar limited activity... kejap2 dia disconnect balik....

asyik2 dia keluar benda ni....

eeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!! .......... tension betul tau takkkk !!!!

Nota kaki : Aku buka email bukan nak tengok surat cinta dari hubby ekkkk.... tapi nak semak samada semua soalan final dah siap hantar ke belummmm :P

Saturday, February 19, 2011

Dalam proses belajar Macromedia Flash 8

Aku tengah pulun belajar Flash sekarang ni. Sebab secara tak perasan telah menawarkan diri untuk ajar sekumpulan guru2 agama kat kawasan aku ni. Padahal aku cumer tau basic jek... tu pun lamaaaaaaa dah tinggal.

Jadik, akupun telah mengexplore segala buku dan laman web yang boleh membantu aku belajar dengan cepat. Basic2 jek... tak berniat untuk belajar sampai tahap action script sebab memang tak boleh pun ajar diorang semua skali dalam masa sehari. InsyaAllah, asal boleh buat animasi yang agak interaktif sket jadiklah.

Aku jumpa beberapa laman web pendidikan yang mengajar Flash 8 ni antaranya

http://www.teacherclick.com/flash8/index.htm

Komen : sesuai sangat untuk mereka yang baru nak belajar. Penerangan tentang setiap bahagian sangat jelas dan ada aktiviti yang boleh dicuba secara terus. Ujian pun ada, boleh asah skill untuk pemahaman. Cume, untuk mereka yang suka belajar secara aktif menerusi pendekatan problem based learning ke, active learning ke... tak berapa membantu sangat. Lagipun, too many text dan banyak contoh yang dah disiapkan tak boleh buka. Tak pastilah samada aku punyer plugin missing ke atau link dia yang fail.

http://www.baycongroup.com/flash/00_flash.htm

Komen : sangat praktikal untuk active learner sebab pengajaran berbentuk langkah demi langkah. Banyak screen capture untuk tunjukkan aktiviti dan diakhirnya akan siap satu projek flash. Tapi penerangan tentang apa tu tween, apa tu layer, apa tu timeline... takda.

Ada banyak lagi, kalau rajin... carilah. Tapi apa pun aku terpaksa rujuk buku gak. Sebab aku ni pelajar zaman teknologi rendah. Buku jugak yang boleh buat aku paham dengan cepat. Buku yang aku suka ialah buku ni.



Trial version untuk buat Macromedia Flash ni boleh dapat kat sini. **Tapi versi latest yek...

Mari belajar sama-sama :)

Friday, December 10, 2010

Tokoh pendidik

Situasi 1 : Masukkan markah final exam

17/38 orang dapat C.
Aduiiihhhh... apehal bebudak ni takleh nak jawab final ni. Susah beno keee soalan aku ni.

Situasi 2 : Masukkan markah final exam

17/38 orang dapat A.
Aduiiihhhh... apehal banyak nooo yang dapat A ni. Senang beno keee soalan aku ni.


Picture cari dari google image

Aku susah hati ni sebab aku takut pengajaran dan pemarkahan aku tak betul dan aku takut pelajar aku tak mendapat markah selayaknye dengan kewibaan sebenar mereka



Aku bukan tokoh pendidik cumer seorang yang mengambil berat akan hasil yang dibimbingnye.... hmmmmm.... ye ke.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...