Thursday, April 21, 2011

Tadika murah tiada kualiti

Baca kat blog Zalia ni... Dia cerita pasal perkembangan anaknya setelah masuk Tadika Masjid.

Terbuka hati nak share... pasal statement orang tentang " Yuran Tadika Murah maknanya ia tak berkualiti".

No 1 masuk tadika Kemas. Korang tau tak apa tadika Kemas? Cuba klik sini. Yurannya cume RM20 sebulan. Awal tahun jek ada lebih sket sebab kena beli baju, buku dan alatulis. Tak banyak mana, dalam RM200 jek. Kelas dari 7.30 pagi hingga 11.30 pagi. Siap makan lagi.

Masa No 1 masih baby, hubby dah bagi signal nak antar anak ke tadika yang famous. Biasalah anak no 1... semangat berkobar2 nak tengok anak tu masuk Univ sejak dari baby lagi. Pendidikan awal tu kan snagat penting.

Dia kata...
tadika kemas tak belajar... gi sekolah makan dengan main jek.Kawan dia cakap
nanti naik darjah satu tak boleh baca... kena masuk kelas belakang... sekarang darjah satu takda dah belajar membaca lagi... kawan dia cakap

Tapi aku tak setuju. Aku tetap nak masukkan kat Tadika kemas depan umah mak aku. Sebab senang nak pantau dan aku ada kepercayaan bahawa tadika adalah satu platform untuk anak aku bersosial. Aku tau yang Tadika kemas ada aktiviti permainan, tarian dan macam2 lagi aktiviti,... bukan sekadar belajar sahaja. Malah ada ajar jawi dan sembahyang. Doa2 harian dijadikan amalan dilidahnya. Anak2 kita ada pelbagai kepintaran seperti visual, verbal, kinestetik, dan macam2 lagi. Kalau sekadar dididik supaya kenal huruf dan nombor sahaja... alangkah bosannya hidupnya masa kanak2.

Mungkin orang lain tak setuju. Tapi tiada kajian yang dibuat membuktikan bahawa pembelajaran di tadika mahal adalah lebih baik dari pembelajaran di tadika murah. Bukanlah juga tadika murah lebih baik dari tadika mahal. Tiada perbezaan yang signifikan sebenarnya. Kalau ada, sila betulkan saya. Keputusan kita hanya bersandarkan kepada persepsi sahaja.

Aku percaya, bukan yuran menjadi faktor pencapaian anak kita. Kenali dulu gurunya :)

16 comments:

mama maman aka yana said...

rasanya... tak semestinya yg murah tak ada kualiti... ianya bergantung tahap kecerdasan anak2 kita gak.... maman pun sekolah kat kemas je.... mama dia bukan mampu yg mahal2 nih...:)

asyifamustaffa said...

x semestinya yg mahal tu menjanjikan kepuasan....ilmu tu bukan mcm barang2 mahal yg berada di passaran kan....

emarieys said...

betul yang murah tidak bermakna tidak berkualiti...sekrang anak ema dah pandai baca dan mengira biarpun baru cecah 5 tahun....

Lina said...

setuju tu yuran murah @ mahal bukan penentu tadika bagus @ tak...sy pulak bukan xnak antar ke tadika kemas tp susah nak berulang-alik nak ambil sumer sbb abis kul 11.30 kan jd kene jg antar ke tadika swasta terus je dr pg smpai ptg...so far alhamdulillah lar ok

Nora said...

@mama maman, takpa asalkan kita beri dia pendedahan dari kecil... kat mana pun takpa :)

@assyifa, memang betul tu... cume kadang2 rasa panas jek telinga bila orang kata kita kedekut sebab taknak sekolahkan anak kat school yang mahal2 tu... :P

@mamaema, wahhh pandainya dia... 5 tahun dah boleh baca :)

@lina, kita pilih berdasarkan keperluan, saya sebab dekat umah mak, balik sekolah terus turun kat umah tok mak dia... senang :)

tomato oren said...

sape ckp tadika kemas takde kelas???nak Cikpuanteddy sekeh ke..CPT dulu tadika kemas jugak tau masuk darjah 1 leh je membaca.sekarang dah jd pegawai dlm perkhdmtan awm..jgn pelekeh le tadika murah ke mahal aslkan input yg dia kasi ler...ingt la nama cikgu tu,cikgu laila..hehe..tadika tu still ada lg

azhariahzuber said...

dulu kami pun kemas gak..tapi selain dari guru, parents pun kena pantau anak..sama2 la org kata

Nora said...

@cikpuanteddy, saya pun dulu kemas gak... tapi tak ingat dah nama cikgu... cmer ingat pegi pakai kasut lain, balik pakai kasut lain .... hehehe

@Azhariah, betul tu ... kalau parents ambil berat, InsyaAllah hantar kat mana2 pun takda masalh :)

No Lan said...

ada dengar juga kawan cerita tadika kemas mcm tu..No pula masukkan yg 1st n 2nd sek.pra dan mmg banyak main..kita kat rumah pula yg kena ajo..kemudian yg 3rd dan 4th ni No masukkan tadika islam..walopun murah tp ALHAMDULILLAH dh nampak perkembangan mereka..sebenarnya sikap pengurusan yang prlu dititik beratkan No rasa kot Nora..tp yang pasti klo pra dan kemas mesti ada tarian huhu..

Yasminhamid said...

tak penting mahal atau murah.. yg penting ibubapa kena sama2 pantau anak.. sebab... ramai juga saya terima budak yg belajar di smart reader, tapi tak boleh membaca..

Nora said...

@No, kat tempat nora ni takde plak sekolah pra menari2 ni... tapi kemas tempat anak nora memang ada :)

@Yasmin, betul tu ... tak boleh lepas tangan pada sekolah jek kalau nak anak pandai :)

Min Aina Ila Aina said...

Saya cadang nak hantar anak ke tadika yang sama macam saya tadika dulu, sebab saya dengar kualitinya memang memuaskan walaupun dikategorikan sebagai tadika yang tidak mahal. Apapun bila sampai masanya akan dibuat survey lagi. Mahal atau murah tu bukan penentu pada kualiti.

RZ3686 said...

Proses pembelajaran bukan semestinya tau membaca, mmg tak dinafikan membaca tu penting. Insyaallah lama2 budak2 tu pndai la membaca.

Proses pembelajaran ni merangkumi banyak aspek seperti belajr bergaul, belajar untuk hidup, kemahiran dan dan seumpamanya...

Anonymous said...

saya tertarik dengan post anda..saya pun tgh pening nak cari tadika untuk anak..memandangkan sebelum ni saya masukkan yaya kat kat tadika/taska AR ---- yuran tahunan mencecah Rm1+++..yuran bulanan lain ya..tapi sebab anak pertama okay lagi..masuk anak ke 2..tahun depan wajib masuk playschool yuran tahunan RM4++ saya dah pening..beban kewangan mula terasa dan saya nak cari tadika kemas untuk anak saya pula..ILMU lagi penting..tak semestinya mahal semua berkualiti..kadang yg mahal tu depa nak buat bisness jer..konsert pun RM50 sorang..tak ke pening kita...

Anonymous said...

Anak saya pn tbk kemas dr umur 5 thn..so far ok aje..tulis pn pndai..baca pn dh pndai..doa pn pndai..sosial pn ok..pndai mnguruskn diri..x smstinya murah itu x brkualiti..mahal kompom berkualiti..lg pn kemas mmg menekan kn belajar sambil bermain..dr permainan la bdk2 dpt bljr klu straight sgt mrka cpt bosan...bdk2 ni prlu bljr dlm suasana yg gembira sesuai utk jiwa mrk..skrg kemas dh ok tmpat yg saya antr ank guru-guru diorg sume graduate..dh naik taraf..parent pn kena la jgk amik berat..1 cikgu nk kwl 25 bdk kita ni ank sorang bleh la kita amik beratkan..

Anonymous said...

Zaman budak2 adatlah ada main menari itupun salah ke? biarkan mereka enjoy zaman kanak2 yg penting kat sekolah belajar balik pun blaja bukan sekadar tanya kat sekolah buat apa anak??????

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...