Wednesday, July 30, 2014

raya ketiga, kunjungan keluarga

Raya ketiga, esok dah nak balik. Kami tak kemana-mana. Kali ni adik beradik bapa mentua pula yang singgah melawat. Oleh kerana abah anak sulong, memang setiap tahun adik2 dia akan datang rumah. Tahun ni, macam berjanji, mereka datang serentak.

Mula2 pak andak ( adik abah) dan mak andak datang bersama 2 orang anak perempuan mereka sampai dulu. Mak mertuaku memang dah siap segala rencah untuk masak mi bandung. Biasalah, itu memang trademarkorang muar. Dalam tak sampai 1/2 jam, siap dah mi bandung untuk jamuan.


Lepas siap makan, Pak Busu sekeluarga dan Mak Anjang ( adik perempuan abah) bersama anak2nya sampai pulak.... penuh umah. Seronok sangat ... riuh rendah cerita. Mak memang dah standby buat banyak kuah mi bandung... jadi cepat je dia siapkan untuk group kedua... Terror ibu mertuaku ini... hehehe


Meriah... happy... walaupun tak lama... bertukar cerita sebab setahun tak jumpa... update apa2 yang penting... raya ketiga anda bagaimana :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...