Tuesday, July 1, 2014

summer school di Korea

Seorang daripada pelajarku (Sarjana Teknologi Pendidikan) sedang menjalani Summer School di Korea. Ye... betul tu Korea. Dia pergi dengan sebahagian tajaan daripada UTM tau. Dia akan berada di sana selama sebulan. Kesian gak sebab sepanjang puasa ni dia kat sana, tapi kalau nak menuntut ilmu, takda halangan kannn...

Macamana nak sertai Summer School macam dia dapat tu? Cuba klik link kat bawah ni. Ada dia ceritakan langkah demi langkah kalau nak ke sana.
http://adiradhiah.blogspot.com/2014/06/proses-summer-school-utm.html

Cuma, syarat utamanya kenalah jadi pelajar di UTM dulu yea. Banyak tau kelebihannya jadi pelajar UTM ni. Kalau berminat nak sambung belajar diperingkat sarjana atau phd dalam bidang Teknologi Pendidikan, Multimedia, Online Learning, Sains, Fizik, Kimia, Matematik, dsbnya ... pm jek saya atau singgah kat laman web

http://educ.utm.my

Student aku ni ambil program anjuran Hanyang University, di Seoul. Sepanjang dia kat sana, aku ada request supaya dia share experience menerusi blog. Kenapa?
1. supaya aku dapat tahu perkembangan dia sepanjang berada kat sana
2. supaya dia dapat simpan kenangan sepanjang dia di sana selama blog dia wujud...
3. sebagai rujukan kepada pelajar lain yang berminat untuk mengikuti Summer School macam ni
4. sebagai laporan kepada penaja akan aktiviti yang beliau jalankan sepanjang masa berada di sana...

dan.... hehehe banyak jek alasan boleh bagi... :-)

 
 
Semoga dia dapat banyak pengalaman kat sana dan kembali dengan selamat serta penuh ilmu di dada. Amiinnnnn....

Notakaki : Jaga diri ye Radhiah... :)

 




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...