Tuesday, July 22, 2014

susah tau nak sembunyi daripada isteri

Wanita ni macam ada deria keenam. Rasa macam tak sedap jek... maknanya ada apa2lah tu...

Tak caya?

Hari ni adalah harijadiku... Alhamdulillah masih diberikan ruang oleh Allah swt untuk memperbaiki diri. Selalunya en Zali hanya wish for my birthday then akan tanya aku nak apa... Lepas hari birthday barulah dia bawak aku pergi beli apa yang dihajati...

Tapi, naluri seorang wanita inginkan suaminya belikan sendiri hadiah tu... kalau isteri bagi hint tu, pandai2 lah pikir nak bagi apa masa birthday... Beberapa kali juga sebenarnya en Zali lupa, tu yang pernah merajuk masa hari ulangtahun ku yang lalu. Birthday aku sama tarikh dengan roadtax kereta mati tau... renew roadtax boleh pulak dia ingat hihihi...

Tahun ni, dia taknak hal yang sama berulang... awal2 lagi dia cuba cari peluang untuk carikan hadiah harijadi aku. Tapi, masalah six sense aku ni membuatkan dia hadapi masalah untuk sembunyikan plan dia... Hari dia nak pergi beli hadiah tu siap kantoi lagi... Seminggu sebelum hari ulangtahun aku, dia cuti makanya plan nak bawak no 3 pergi cari hadiah. Nak jadi cerita aku sakit kepala... so aku balik tengahari tu. Bila dengar dia nak keluar, aku ( dalam sakit2 kepala tu... ) nak ikut jugak. Oleh kerana takda masa lain... dia terus terang kata nak keluar beli hadiah untuk aku... kelakar kan? So, aku tak ikutlah hihihi...

Dah beli, nak simpan kat mana? Segala ceruk ruang kat umah ni aku yang jaga... makanya dia letak dalam dashboard kereta dia. Oklah kan... aku masih tak tau dia beli apa... beberapa hari sebelum my birthday, kitorang pi pasar ramadhan. Saja nak carik apa2 buat anak2 berbuka... Sekali aku boleh bukak dashboard tu... tak pasal2 kannnn.... hahahaha.... kantoiiiii hadiah birthday sebelum sampai masanya...

Wlaupun dah tau dapat hadiah apa... tapi aku tak ambil... hari ni baru dia bagi hadiah birthday yang dah kantoi hihihihi.... terima kasih ye en Zali :) I luv u so much.


Ini kad birthday daripada anak2 tersayang... dapat sehari sebelum birthday hihihi... diorang dah tak sabar2 nak bagi. No 1 buat kat kelas masa rehat dia... semangat sangat kannn...


Rasa sangat2 terharu... :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...