Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Monday, August 12, 2013

Raya kedua dan ketiga, Aidilfitri 2013

Hari raya kedua dan ketiga aku dipenuhi dengan aturcara menziarahi sanak saudara yang berdekatan.

Raya kedua, pergi umah Mak Andak, Om dan Pak Busu di Kurnia Sakti, Kundang Hulu Muar. Malamnya pulak, kami ke rumah adik En Zali di Taman Mas Jaya, Muar.

Raya ketiga pula, kami ke Melaka, rumah adik bongsu en Zali dan rumah Mertua beliau. Ingat nak singgah rumah Busu ( adik pada mak mertuaku) tapi dia takda. Satu famili pergi Pahang. Jadi, kami balik semula dan pergi rumah Mak Long dan Pak Andak( Kakak dan adik Mak mertuaku). Dalam pukul 3 baru sampai semula ke rumah, kaki dah rasa macam nak tercabut. Hidung dah start selsema. Malamnya pulak, sanak saudara dan sepupu Bapa mertuaku, datang melawat. Keluarga mertua adik suamiku pun datang juga. Meriah betul.

Setahun sekali, aturcara sebegini sangat istimewa. Dapat lihat rupa makcik dan pakcik yang semakin tahun semakin uzur. Yang entah akan bertemu lagi entah tidak di tahun hadapan. Anak2 yang asyik merungut penat, sibukkan rancangan di TV dan permainan tablet, aku pujuk dan paksa. Biar mereka belajar... Inilah keluarga.

Mudah2an esok, bila aku dah takda... mereka akan cuba mencari saudara yang jauh...meneruskan silaturrahim....


Lusa dah naik kerja... kena juga jengah keluarga dan kawan2 yang berhampiran. Mudah2 an Syawal ini, menjernihkan segala duka, luka dan sakit hati... Dan, pada rakan2 blogger yang rajin singgah, maaf jua ku pinta. Andai perceritaanku, tak semanis dan tak seindah yang sepatutnya.

Salam aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin...

Sunday, August 11, 2013

Raya pertama, Aidilfitri 2013

Pagi raya, No 1 bangun awal. Tak payah dikejut. Solat subuh jemaah, ajak budak 2 orang tu takbir raya sekali. Lepas sembahyang. Kejutkan no 3, suruh diorang mandi. Aku siapkan baju raya masing2 dan letak kat atas katil.

Sebelum gi solat raya, En Zali sarapan ketupat palas dengan rendang dan serunding kat umah mak. Aku bantu mak masak lodeh. Mak tak berapa sihat pagi tu, kepala sakit dan letih rasanya. Bila dah siap masak, masing2 mandi dan salin baju raya. Macam2 warna. Meriah.

Balik solat raya, makan lauk raya sambil duduk menunggu adik beradik lain sampai.
Anak sedara aku yang baru daftar diploma ada projek 1citizen. Sibuk mengambil video adik2 sepupunya. Guna video camera kecil. Bolehlah, tak high definition tapi audio dia jelas. Aku tolong transferkan ke pendrive supaya dia boleh edit secepatnya.

Bila semua dah sampai, kami bermaafan dan buat tahlil arwah ayah. Semoga arwah ayah tenang di sana, walaupun tak dapat kami lawat kuburnya... :( ... Feeling sad

Lepas tu, sesi bergambar raya. Satu famili. Kakak no 2 aku nak balik cepat, sebab kawan2 anak diaorang nak datang ptgnya. Jadi, 2 orang anak sedara aku takda dalam gambar.. Diorang dah masuk kereta. Kehadiran si kecil Amar yang baru nak masuk 3 bulan... sangat menjadi perhatian... sepanjang proses, dia tidur jek. hihihi


Petang raya, aku balik umah mertua. Patut lepas Zohor boleh gerak dah... tapi sebab banyak agenda ( makan, bersembang, mengemas...) pukul 4 baru gerak. Mak dan adik2 aku pun balik kampung ptg tu, gerak dalam pukul 6. Malam baru diorang sampai.

Sampai umah mertua, singgah beli durian dulu. Anak2 sangat favourite. Sekilo RM7 tau dak. Pejam mata jeklah beli... Anak2 punya pasal.


Malam, adik suamiku sampai, masa tengah melayan anak2 ku main bunga api. Dan sesi bersalam, bersembang dan ziarah menziarahi bermula..... Raya setahun sekali kannnn...

:) Feeling excited

Saturday, August 10, 2013

Persediaan raya, Aidilfitri 2013

Tahun ni, aku sambut raya kat umah mak. Tahun pertama kami beraya tanpa ayah. Jadi, semua adik beradik ada berkumpul, termasuk adik aku yang baru je kja kat Cheras.

2 hari sebelum raya, aku dah cuti. Kemas rumah mana yang patut, buat kuih raya 2 jenis lagi. Malam tu, tidur dekat pukul 1. Sehari sebelum raya, En Zali dah start cuti. Pagi2 kitorang ke Pasar untuk beli barang2 nak masak lauk raya. Mak bising sebab semalam aku tak beli daun ketupat. Lupa mak... ampun

Jadi, kitorang beli ketupat siap dianyam. Dapat 60 biji. Lepas tu beli daun seikat untuk topup. Mak beli daging baru tahun ni, 6 kilo. Ayam, abang ipar aku dah belikan (10 ekor). Pagi2 lagi dah sampai. Tunggu adik lelaki aku bangun, tolong basuh. Itu kerja diorang :)

Beli sayur2 untuk lodeh dan santan. Nasib baik En Zali ikut, dia buat muka garang dia, cepat jek kitorang dapat beli semua barang. Kalau aku dengan mak jek, alamat lambatlah kitorang balik umah. Itu pun, pukul 10 lebih baru sampai rumah. Mak siap dapat beli bunga dan ketupat palas yang dah siap direbus sepuluh biji.

Balik umah, aku terus amik tugas anyam ketupat. Nak topup dalam 40 biji lagi. Mak potong daging dan adik yang bongsu basuh baju dan kemas rumah.


Dalam tengahari, adik no 3 dan 5 sampai dengan isteri dan somi masing2. Mak pun meneruskan agenda menganyam ketupat palas. Semenjak menantu dari kedah dan kelantan masuk famili kitorang, dapat makan ketupat pulut. Sedap tauuuu..

Masak ketupat kat depan rumah, masak pulut kat dapur. Dapat dalam 30 biji. Lepas siap ketupat, adik sambung tugas kisar segala rendah ratus seperti bawang putih, bawang besar, halia, serai, lada dan sahabat2 nya. Adik no 3 tolong umah mak mentua dia tahun ni. Seberang kampung jek pun. Selalunya, dia yang buat semua ni...

Lepas tu, mak start masak rendang dan sambal kacang. Aku balik rumah dan prepare untuk masak tomyam, buat bukak puasa ptg nanti. En Zali dengan anak2 tolong kemas dapur dan pasang tikar getah.

Masa buka puasa, kami makan nasi dengan tomyam dan pulut beserta rendang dan serunding yang mak tempah dari kawan dia. Meriah sangat buka puasa tahun ni. Alhamdulillah, mak taklah rasa sunyi sangat walaupun ayah takda.

Lepas Isya, sambung lagi persediaan masak sayur lodeh dan ayam masak merah. Semua dah letih, temasuk mak. Tapi, biasalah... untuk keluarga, mak tetap akan buat apa saja. Terima kasih mak.

Saturday, July 27, 2013

Kemas rumah sebelum raya

Hari ni adalah hari mengemas rumah. Buat sikit-sikit, lama - lama jadi bukit kannnn. Mula dengan laci almari dulu. Buang mana -mana surat dan dokumen yang tak perlu.

Sekali terjumpa bil kad kredit en Zalee.


Mesti dia conteng ni masa aku gi bengkel atau conferrence hari tu kot... so sweet. 😘😘😍😍

I miss u to ;p

Saturday, August 18, 2012

balik kampung

Raya tahun ni balik beraya kat umah mentua.
As usual,a ku akan buat checklist supaya takda barang yang tinggal.
Cuma, tahun ni tak cukup 1 beg besar... kena tambah 1 bag untuk baju aku dan 1 bag lagi untuk cik Abg.

Aku siapkan barang2 aku dan ank2, dia siapkan baju dan barang2 dia.
Masukkan charger, botol susu anak, ubat dalam bag dia.
Siap semua barang, aku letak sekali kat tengah umah takut tertinggal.
Bag dia, kemas dalam bilik, tah apa2 lagi... aku biar jeklah dia kemas bag tu.

Lapes sembahyang jumaat, terus salin baju anak2 dan masukkan bag dalam keta.
Kuih raya semua aku dah standby kat tengah umah.
Bila dah masuk semua, aku surveylah takut ada yang tertinggal...

Dalam pkul 3 gerak... dekat pukul 5 sampai dah kampung...

Guess what?

1 bag suamiku tinggal... habis semua baju raya, seluar, tshirt, susu anak, botol susu, ubat dan brg2 suamiku tinggal...
Sebab... dia letak kat dalam bilik... langsung tak perasan nak ambil masuk keta...

Haihhhh... nasiblah balik umah mak mentuaku...
Adalah sikit2 baju basahan kat umah.
Tadi pi kedai jap beli seluar dan tshirt dia, beli skali ubat2 anak2 dan diri sendri untuk standby...
Cumer...tak beraya dengan baju barulah tahun ni :)

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin ye semua... >__<

Friday, November 4, 2011

Bz weeeeeekkkk

Hujung minggu lepas, ada famili day Jabatan...
Kami buat di Gorek Bay Mersing. Such a lovely place.
Will tell you about the place later.
Dalam aku tak turun laut pun, lenguh gak kaki tangan.
So... minggu ni rasa panjang dan letih.

Bersungguh2 masuk air dalam botol... tapi tak menang punnn :)

This week, it has been a hectic week, sebab my bos outstation.
Nasib baik hari ni last day keje...
Esok cuti 3 hari... Raya Haji.
Selamat menyambut AidilAdha kepada semua umat Islam.
Masak apa tahun ni?
Aku? As usual... ketupat lahhh ... tapi bukan aku yang masak.

My Master Chef...
Aku ... Assistant Chef :)

Dah rumah aku sebelah umah mak... apa ke halnya aku nak masak banyak2 kat umah.
Baiklah aku tolong jek mak aku kat sebelah.
Lagipun, pagi raya... mak nak masak mi untuk orang yang sembelih kurban.
5 ekor tumbang kat masjid aku tahun ni... Alhamdulillah.

Hope dapat refresh balik energy... to carry on next week chores.
Happy holidays semua :)

** Gambar anak2 aku tu, member tempat keje yang amik... thank you guys :)

Thursday, September 8, 2011

gambar raya 2011

Tahun ni beraya kat umah mak aku.
Dapat kumpul semua 9 orang adik beradik dan keluarga masing2.
Tinggal 2 orang jek lagi adik aku yang solo.
Tapi... dalam bersalam2ann, kitorang lupa amik gambar satu keluarga besar.
Amik gambar anak beranak dan adik beradik jek.

Tahun ni, No 3 dah pandai makan kuih raya.
Pandai posing depan kamera.

Selamat hari raya dari kami sekeluarga, buat semua.

Notakaki : masih dalam mood raya walaupun banyak keje :P

Monday, September 5, 2011

tak menang tangan

First day keje setelah cuti raya yang panjang :)

Sungguh tak menang tangan nak menyelesaikan semua keje tertangguh.
Minggu depan student dah naik...
Minggu depan, class dah start...

Konon nak siapkan ASAP apa yang boleh hari ni...
Tapi, ramai lagi yang masih cuti ari ni...
Penat beraya gaknya :)
Bilik aku plak, banjir...
Bukan banjir air mata... banjir paip air kat pantry sebelah bocor.
Nasib baik tak kena komputer... kalau tak ... mau menangis aku ...

Nak tak nak, terpaksa reschedule perancangan keje, siapkan mana yang boleh dulu.
Harap2 janganlah ada masalah timbul plak lepas ni.
Peningggg makcik :P

Sunday, September 4, 2011

cuti dah habis

Esok dah start keje.
Panjang cuti kali ni.
Tapi bukan cuti rehat...
Cuti yang padat dengan aktiviti...

sebelum raya...kemas rumah dan buat kuih raya
sehari sebelum raya ... anyam ketupat, siapkan bahan untuk masak lauk raya
malam raya ... masak lauk raya
raya pertama ... sembahyang raya, bermaafan dengan keluarga, balik umah mentua
raya kedua ... beraya umah saudara suami yang dekat2, balik kampung tengok atuk yang dah tak berapa sihat
raya ketiga ... beraya umah adik2 ipar dan mak sedara belah suami
raya keempat... balik perjalanan balik umah, malamnya beraya lagi umah kakak aku
raya kelima... beraya umah kakak lagi satu dan besan baru mak :)
hari ni... beraya kat balai polis dan mak sedara belah ayah..

kalau pagi beraya, maknanya petang ada orang datang beraya..
kalau petang pegi beraya, maknanya pagi tu adalah orang datang umah...
specialnya beraya kat balai polis :P ... nanti len kali aku citer

Rasa macam malas jek nak naik keje...
Walau cuti tak bermakna dapat rehat sepenuhnya...
Aktiviti padat yang terjadi setahun sekali...
Syukur sebab ada lagi umur kita, berjumpa tahun ini...
Tahun depan, belum tahu lagi....

Selamat hari raya, maaf zahir batin buat semua yang sudi mendengar celotehku di sini.
Semoga ibadat kita diterima Allah,
Semoga Aidilfitri ini membawa seri :)

Friday, November 19, 2010

Daging korban goreng berempah

Ok, selain daging korban tu kita goreng kunyit, boleh gak guna cara ni yang lebih sempoi tapi sedap.

Bahan-bahan

  • +- 200 gm daging korban
  • serbuk garam secukup rasa ( ikut suka masin ke idak ekk )
  • +- 3cm kunyit hidup dihancurkan
  • +- 3 biji bawang putih dihancurkan
  • +- 3cm halia dihancurkan
  • minyak masak
  • air secukupnya

Cara-cara

  1. hiris daging
  2. perap hirisan daging dgn semua bahan tadi kecuali minyak sekurang2nya 30 minit
  3. panaskan minyak ( pastikan minyak agak2 memenuhi daging), kemudian masukkan daging yang telah diperap ke dlm kuali. Goreng sehingga daging nampak agak2 masak dan bahan2 nampak sebati.
  4. masukkan air (banyak pun takpa sebab nak pastikan daging empuk)
  5. tutup kuali dan balik2kan daging sesekali sehingga air agak2 kering.
Mak aku suka ada kuah2 sket, tapi my hubby suke garing2 jadi terpulanglah pada anda sume ekk samada nak tunggu sampai betul2 garing atau agak2 dah tinggal sket kuahnya tutuplah api tu.

Jemput makan... :D

Daging korban goreng kunyit

Selalunya bila raya korban, InsyaAllah ada jek rezeki orang beri daging kat umah. Kalau banyak orang korban kat tempat aku ni, banyaklah dapat. Tapi paling tidak pun sebungkus daging mesti dapat punyalah. Alhamdulillah.

Biasanya, daging korban ni manis sebab dia daging baru. Mak aku suka goreng jek daging buat makan dengan nasi putih panas atau kadang tu ratah cenggitu jek. Tahun ni, aku try buat macam yang mak slalu buat tapi kat umah akulah.

Resepinya camni,

Bahan-bahan

  • +- 200gm daging korban
  • serbuk garam dan serbuk kunyit (kunyit hidup lagi sedap)
  • minyak masak
  • bawang besar 3 biji dimayam bulat
  • lada merah 3 biji (atau cilipadi beberapa biji jika hendak lagi pedas) dihiris
  • serbuk lada hitam secukup rasa
  • air asam jawa atau cuka ( dalam 1 sudu besar)
  • lobak merah dan kacang panjang (kalau ada)

Cara-cara

  1. hiris daging
  2. perap hirisan daging dgn garam dan kunyit secukup rasa sekurang2nya setengah jam.
  3. Panaskan kuali tanpa minyak.
  4. Bila dah panas, masukkan daging dan goreng tanpa minyak untuk mengeringkan air daging.
  5. Bila air daging dah kering, masukkan minyak masak dan goreng lagi sampai daging nampak dah agak garing. (Jgn lupa balik2kan, kang hangus plak kang)
  6. Bila dah agak garing, masukkan bawang besar dan lada tadi. goreng hingga bawang layu. (Kalau ada carrot atau kacang panjang, masukkan skali masa ni ekk).
Note : Kalau dapat daging yang belah lemak ( maknanya dia agak liat sket, masa langkah 4, masukkan air sket (agak2 memenuhi daging) . Kalau dapat daging belah batang pinang ke... takyahlah ekkk :)


Gambo tak cantik tapi rasa cantik :P

Cubalah yek....

Thursday, November 18, 2010

Peristiwa di hari raya

Macam biasa, kalau raya kat umah aku mesti ada rendang,sayur lodeh, sambal kacang, ayam masak merah, serunding kelapa dan nasi impit. Kalau raya aidilfitri selalunya kitorang masak ketupat sebab ada masa panjang sket nak anyam.

Raya haji kali ni, anakku yang no 3 dah mula pandai makan. Jadi aku pun trylah bagi dia nasi impit letak sket kuah lodeh. Surprisingly dia suka. Cmer memang lamalah nak tunggu dia mengabihkan satu keping nasi impit tu.

Skali bila dah masuk petang, dia start merengek. Rupa2nya dia sakit perut sebab masuk angin. Sahlah ni, dia kalah makan nasi impit. Anak aku yang no 1 pun cam gitu gak masa dia kecik dulu. Nasib baik lepas sapu minyak yuyi, dia kurang sket merengek dan boleh tidur. Pagi tadi, Alhamdulillah lembut dah perut dia.

So, for the mean time… no nasi impit or ketupat for him.

Ciannnn anak makkkk :8

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha

Esok kita sambut Raya Aidiladha. Sampai malam ni, kepala aku masih lagi belum betul2 lega. Sakit tak tau nak kata dekat mana. Selsema susah no nak pergi. Nasib baik adik2 dapat tolong mak masak lauk raya. Anak-anak, abah dia tolong jaga.

Haihh... cepatlah sihat badan ni. Banyak no dah keje aku tertangguh la ni...

Wednesday, September 15, 2010

Dah naik keje...

Hari ni hari pertama naik keje setelah cuti raya yang panjang.

Memang cuti raya kali ni panjang, tapi aku rasa tersangatlah pendek. Sebab seminggu sebelum raya sibuk dengan kuih tempahan, kuih raya umah sendiri dan sibuk dengan mengemas umah sebab seminggu lepas raya adik aku nak kawin. Haihhh... pnyerlah sibuk...

Raya pertama kat umah mak aku, petang raya balik umah mak mentua aku. Raya ketiga balik umah semula. Raya keempat sibuk dengan adik2ku menyiapkan all the goodies nak bagi tetamu masa jemputan esok. Tempah kek hantaran dan bawak anakku gi beli mainan raya pakai duit raya diorang sendiri ... takpalah kannn :) Hari ni dah keje. Balik keje ni dah siap dah list nak carik barang lagi.

Ehhh... tadi rasa cam nak citer pasal benda lain....Terlajaklah plak.

Sebenonye, aku nak citer yang kat pejabat aku ni, pnyerlah sunyi sepi. Student memanglah dah comfirm cuti sem. So, kesempatan ni, ramailah kengkawanku cuti panjangggg.... Aku jek yang kena naik sebab bila adikku kawin nanti, aku nak amik cuti plak.

Pandang kiri, takde orang. Pandang kanan, takde orang. Haihhh... buat keje pnyerlah tak semangat. Nak lunch kang... nak ajak saper ekkkk.... hmmmmm

Saturday, September 11, 2010

Pagi raya 2

Anak aku yang no 1 demam. Pagi raya tu aku dah susah hati bila abah dia nak bawak pegi sembahyang raya. Bimbang dia letih sangat ke, demam dia makin teruk ke, tah ape2aku pk... aku pun tak tau. Tapi bila myhubby kata, pergi masjid tukan tempat ibadah... InsyaAllah takda papa... akupun dengan berat hati lepaskan gaklah.

2 hari sebelum raya dia ikut abah dia balik kg. Mungkin letih sangat gaknya, sampai demam malam tadi. Panas badan dia. tapi bila makan ubat, berpeluhlah gak. Cmer belum bebetul kebah lagi. Makan pun tak selera. Balik sembahyang, suruh makan ketupat punyelah susah.


Muka kena paksa makan ;)

Pagi raya 2010

Biasanya pagi raya, lepas balik sembahyang raya ayah, myhubby & adik2 lelaki jek pegi sebab kitorang masih sibuk kat dapur siapkan juadah raya umah mak akan penuh dgn adik beradik sume.


Agenda pagi raya?


Makan ketupat dan yang sewaktu dengannya,

Makan kuih raya

Bermaafan satu keluarga


dan agenda wajib... bergambar sekeluarga


Yang paling sibuk tahun ni ialah....






Bukan anak ku tu... tapi kamera dslr adik aku yang dia baru beli... layannnn

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...