Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Friday, August 15, 2014

sardin roll bakar

Aku sangat2lah suka sardin roll ni. Asyik teringat2 je masa makan kat umah member tahun lepas. Jadi, aku cuba cari resepi dan try buat sendiri.

Aku cuba resepi dari sini...

http://resipicitarasawan.blogspot.com/2011/05/sardin-gulung-bakar-baked-sardine-roll.html

First attempt, follow exactly macam resepi. Cuma, aku masak inti sardin tu. Tahlah... aku memang tak pandai makan sardin tak masak. Makanya, masaklah sardin tu dulu sampai garing.

Bila cuba buat... adoi... sangat kering pastry dia. Tak tau apa silap... walaupun kak wan dah pesan yang doh dia sedikit keras... tapi....susah giler nak gulung. pecah-pecah pastry dia. So, aku stop tengah jalan. Dapatlah 10 biji buat rasa... sedap... lemak pastry dia... lembut bila makan.Tapi tak cantikkkkk.... huaaaaa

Makanya buat sekali lagi... tapi tambah butter jadi 150 gm. Bahan2 lain sama. Masa buat ok sket.... tapi bila letak inti... dan lipat pastry tu... pecah jugak... huhu... rasa nak nangis.


Bila susah sangat... jadi macam ni jek aku buat...


Mak kata... dah malaslah tuuuu.... maunya tak... susah giler...

Lepas ni nak cuba buat pastry dia style lain pulak.... tak mau putus asa... tapi camner yang elok agaknya ekkk... ada cadangan tak? peninggggg...

Friday, July 19, 2013

Resepi Cheesetart

Atas permintaan kawan adik aku yang nak buat kuih raya untuk tahun 2013 ni... kat sini aku letak resepi cheesetart yang aku belajar dengan Kak CT dan dijual masa aku tengah rajin dan tak berapa bz dulu. Sedikit perubahan dan beberapa tips berdasarkan pengalaman aku masa buat dulu. Sekarang ni... aku beli dengan Kak CT jek... nak jengah oven tak sempatlahhhhh......

BLUEBERRY / STRAWBERRY CHEESE TART KAK CT

Bahan – bahan untuk Pastry : ** 110 – 120 baby tart pastry
200 gm butter
100 gm gula kisar
½ biji telur gred A (30 gm) ** Kalau telur gred C, 1 biji ( Kalau banyak sangat telur, nanti biskut keras)
330 – 360 gm tepung gandum ** kalau masih melekit, tambah sket lagi tepung
1 tsp esen vanilla

Kaedah penyediaan :

  1. Sebatikan butter, gula, telur dan esen vanilla.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekit di tangan. Simpan 20 minit dalam fridge.
  3. Ambil sebahagian kecil dan tekankan dalam acuan tat. ( baby tart size E5 ).
  4. Cucuk-cucuk pastry menggunakan garpu dan bakar doh pastry selama 20 – 25 minit atau sehingga kekuningan pada suhu 175oc / 150 oc jika menggunakan kipas. Tukarkan kedudukan loyang dan pusing 360 o setiap 10 minit.
  5. Sementara itu sediakan bahan isian cheese.

-          Selalunya kalau pakai buttercup dalam tin, perlukan tepung dalam 400 gm. Tapi kalau pakai butter yang kena simpan dalam fridge, lebih kurang 380 gm tepung.
-          Jangan pukul pastry lelama, nanti tak rangup.
-          Pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu sebelum mula baker pastry atau apa-apa kuih.

Bahan – bahan isian cheese : ** 110 – 120 baby tart pastry
250 gm crème cheese (Philadelphia / Tattura)
50 gm butter
50 gm gula kisar / icing
2 – 3 tbsp whipping cream
1 biji telur gred B
1 tsp esen vanilla
Blueberry filling secukupnya

Kaedah penyediaan :

  1. Pukul cheese, butter dan gula sehingga sebati
  2. Masukkan esen vanilla dan telur dan whipping cream. Terus pukul adunan sehingga kelihatan berkrim ** nampak macam cair sket tapi kalau ambil dengan spatula, dia lambat jatuh.
  3. Paipkan blueberry filling secukupnya ke dalam pastry tadi dan paipkan pula adunan krim cheese tadi sehingga penuh.
  4. Lorekkan sedikit blueberry di atasnya mengikut kretiviti masing-masing. Masukan kembali dalam oven dan baker selama 10 – 15 minit pada suhu 175oc / 150 oc jika menggunakan kipas. Tukarkan kedudukan loyang dan pusing 360 o setiap 5 minit.

-                      Jangan guna blueberry filling yang buah, guna yang dah hancur, nanti susah nak piping. Lagipun blueberry buah lebih mahal.
-                      Jangan guna blueberry jem, nanti manis. Lagipun ia lebih cair.
-                      Jangan bakar terlalu lama, nanti jadi kawah atau cheese pecah. Bila dah gelembung cantik terus angkat.

Gambar lama >__<


Thursday, June 9, 2011

Try buat kueh : Cheesecake

Ok, aku buat cheesecake tapi tak bake dalam pan tapi masuk dalam cup. Sebab nak senang makan, tak payah nak keluarkan dari bekas. Bila sejuk boleh terus makan.

Ini bukan kali pertama aku buat cheesecake, tapi sebelum ni aku biasanya buat jenis yang pukul putih telur sampai kembang tu. Yang Japanese style cheesecake. Sedap gak tapi mudah pecah. Kali ni aku pakai resepi simple.

Resepi ni amik dari Myresepi oleh baiduri

Simple Cheesecake

Bahan-bahan ( 18 cm )
• 250g cream cheese
• 200cc/ml fresh cream/plain yogurt
• 2 sudu besar jus lemon
• 3 sudu besar tepung gandum
• 2 biji telur
• 90g gula

Bahan bahan untuk kerak/crust:
• 1 cawan Biskut tiger/biskut marie diblend kasar sebanyak ( aku guna <> 12 pasang biskut Oreo tanpa cream)
• 3cb mentega dimasak cair.

Kedua-dua bahan ni dicampur dan ditekan pada dasar loyang (aku tekan pada dasar cup) dan simpan dalam peti ais terlebih dahulu.

Cara-cara untuk buat kek pula...
1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
3. Masukkan ke dalam loyang yang telah diisi dengan kerak dan bakar selama 40-45 minit didalam bekas 1 lagi berisi air. (aku masuk dalam bekas cup yang telah diisi kerak tadi)

Aku dapat lebihkurang 10 cup saiz M.

4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.


Aku letak topping strawberry filling atasnya. Hmmmmm... sukalah sebab kurang sensitif to crack dan rasanya agak light mungkin sebab guna fresh cream. Might use this resepi again, cme aku akan tambah sket lagi biskut dia supaya tebal sket. Cubalah ekk...

Sunday, April 17, 2011

Try masak kuih : cupcake chocolate chip simple

Hujung minggu pertama yang aku ada masa untuk diri sendiri...
Almaklumlah... semester dah habis. Tinggal nak exam jek...
So malam tadi aku pun buat cupcake simple... buat anak2 makan...
Lagipun abah diorang balik... adalah nak munch2 masa sembang2 tu...

Ni sebelum bakar...


Ni dah siap bakar...


Makan masa panas2 memang sedap... Resepi ni sebenarnya amik kat myresepi... tapi untuk cheese cupcake. Aku tak masukkan cheese. Ni resepi dia yang aku dah ubahsuai ikut tekak aku dan anak2...

Caranya...

Bahan A.
200g tepung serbaguna
2 sudu kecil baking powder
(Campur 2 bahan ni dan ayak...)

Bahan B
150g butter
75g gula (ikut resepi asal, 150g tapi aku tak suka manisss )

Bahan C
2 biji telur gred A (dikocak)
100g Coklat chip
Coklat urai untuk hiasan

Panaskan oven dengan suhu 180C. Sementara tu, pukul Bahan B sampai kembang ( color berubah jadi putih), lepas tu masukkan telur sedikit demi sedikit dan pukul lagi. Bila dah sebati, masukkan bahan A sedikit demi sedikit sambil adunan dikacau menggunakan spatula atau senduk secara kaup balik. Lepas tu masukkan coklat chip dan kacau lagi...Masukkan dalam bekas cup dengan kadar 2/3 daripada cup. Taburkan coklat urai untuk hiasan. Bakar selama lebih kurang 30 minit.

Siappp.... simpan semalaman ia akan lebih lembab.
Aku isi 1/2 cup jek. Sesuai untuk jari anak2 yang kecil :)
Aku suka makan panas2... walaupun mudah pecah... tapi sedap :)
Cubalah... boleh dapat dalam 7 ke 8 biji kalau pakai cup yang sederhana besar :)

Friday, November 19, 2010

Daging korban goreng berempah

Ok, selain daging korban tu kita goreng kunyit, boleh gak guna cara ni yang lebih sempoi tapi sedap.

Bahan-bahan

  • +- 200 gm daging korban
  • serbuk garam secukup rasa ( ikut suka masin ke idak ekk )
  • +- 3cm kunyit hidup dihancurkan
  • +- 3 biji bawang putih dihancurkan
  • +- 3cm halia dihancurkan
  • minyak masak
  • air secukupnya

Cara-cara

  1. hiris daging
  2. perap hirisan daging dgn semua bahan tadi kecuali minyak sekurang2nya 30 minit
  3. panaskan minyak ( pastikan minyak agak2 memenuhi daging), kemudian masukkan daging yang telah diperap ke dlm kuali. Goreng sehingga daging nampak agak2 masak dan bahan2 nampak sebati.
  4. masukkan air (banyak pun takpa sebab nak pastikan daging empuk)
  5. tutup kuali dan balik2kan daging sesekali sehingga air agak2 kering.
Mak aku suka ada kuah2 sket, tapi my hubby suke garing2 jadi terpulanglah pada anda sume ekk samada nak tunggu sampai betul2 garing atau agak2 dah tinggal sket kuahnya tutuplah api tu.

Jemput makan... :D

Daging korban goreng kunyit

Selalunya bila raya korban, InsyaAllah ada jek rezeki orang beri daging kat umah. Kalau banyak orang korban kat tempat aku ni, banyaklah dapat. Tapi paling tidak pun sebungkus daging mesti dapat punyalah. Alhamdulillah.

Biasanya, daging korban ni manis sebab dia daging baru. Mak aku suka goreng jek daging buat makan dengan nasi putih panas atau kadang tu ratah cenggitu jek. Tahun ni, aku try buat macam yang mak slalu buat tapi kat umah akulah.

Resepinya camni,

Bahan-bahan

  • +- 200gm daging korban
  • serbuk garam dan serbuk kunyit (kunyit hidup lagi sedap)
  • minyak masak
  • bawang besar 3 biji dimayam bulat
  • lada merah 3 biji (atau cilipadi beberapa biji jika hendak lagi pedas) dihiris
  • serbuk lada hitam secukup rasa
  • air asam jawa atau cuka ( dalam 1 sudu besar)
  • lobak merah dan kacang panjang (kalau ada)

Cara-cara

  1. hiris daging
  2. perap hirisan daging dgn garam dan kunyit secukup rasa sekurang2nya setengah jam.
  3. Panaskan kuali tanpa minyak.
  4. Bila dah panas, masukkan daging dan goreng tanpa minyak untuk mengeringkan air daging.
  5. Bila air daging dah kering, masukkan minyak masak dan goreng lagi sampai daging nampak dah agak garing. (Jgn lupa balik2kan, kang hangus plak kang)
  6. Bila dah agak garing, masukkan bawang besar dan lada tadi. goreng hingga bawang layu. (Kalau ada carrot atau kacang panjang, masukkan skali masa ni ekk).
Note : Kalau dapat daging yang belah lemak ( maknanya dia agak liat sket, masa langkah 4, masukkan air sket (agak2 memenuhi daging) . Kalau dapat daging belah batang pinang ke... takyahlah ekkk :)


Gambo tak cantik tapi rasa cantik :P

Cubalah yek....

Sunday, September 19, 2010

Resepi biskut raya 1

Biskut cornflakes Kak Bedah

2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung ubi
( goreng sampai ringan , dan sejukkan semalaman)

1 cawan gula halus
1 cawan butter
1 biji telur
2 cawan cornflakes ( yang telah dihancurkan - pakai tangan jek )

Cara buat...
Pukul butter dgn gula sampai kembang, pas tu masukkan telur, pukul lagi. Pastu masukkan tepung, gaul guna spatula atau senduk. Bila dah sebati, masukkan cornflakes sedikit demi sedikit ( pastikan adunan tidak keras)

Ambil pakai sudu, letakkan pada loyang kuih. Bakar dengan suhu 180c selama 20 minit. Siapppp !!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...