Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Sunday, January 5, 2014

lambat....

Hari ni merupakan hari pertama Johor kerja pada hari Ahad.
Malam tadi baju sekolah anak semua dah siap ku gosok.
Beg sekolah dah siap ikut jadual.
Awal-awal lagi dah suruh anak-anak tidur supaya tak lewat.
Kecuali No 3.... haihhh susah betul dak tu nak tidur awal.

Tapiiii...
Pagi tadi bangun lambat juga.

Sebab...

Biasanya alarm pada handphoneku.
Tapi alarm di set hanya pada hari kerja sahaja. hari cuti tak bunyi.
Kan hari ni Ahad... handphone kata cutilah hihihi
Lupa nak set balik... adeeiiiii

Nasib baik sekolah depan umah.
10 minit siap pakai baju.
Sarapan susu jek. Abah diorang tambah singgit supaya boleh makan berat sikit masa rehat.
Sampai sekolah.... raaammmmmaaaaiiiii budak-budak lain pun lambat jugak...

First day kannnnn .... :)


Monday, December 30, 2013

persediaan sekolah

Barang-barang sekolah anak2 memang dah siap awal-awal lagi. Baju sekolah kami beli jenama Wixon. Buat masa ni, puas hati dengan kualiti jahitan dan kain yang digunakan oleh jenama ni. Kalau kat JB ni, boleh pergi kedai dia di Giant Skudai. Kat Muar pun ada. Besar kedai dia.

Seperti biasalah, bila beli baju dah siap dijahit, kenalah juga di ubahsuai sikit. Kadang2 labuh kaki dia, kadang2 panjang lengan bajunya. Alhamdulillah, siap dah aku jahit perlahan2. Almaklumlah, skill menjahit mak memang tak turun pada aku. Mak kata aku pemalas... hihihi.

Malam ni siapkan jahit lencana kain pada baju dia pulak. Esok No 2 ada orientasi Tahun 1.


Kejap je masa berlalu kan.... :)

Thursday, January 5, 2012

Hari pertama sekolah

Semalam hari yang paling bz buat aku dan en. zalee.

No 1 masuk darjah 1.
No 2 masuk tadika 5 tahun.

Pukul 7 pagi, aku dan en zalee split. Dia hantar no 1, aku hantar no 2.
En Zalee beratur dengan No 1, aku dengar taklimat kat tadika no 2.
Selesai taklimat, aku tinggalkan no 2 dan terus ke kelas no 1 (Nasib baik sekolah sebelah jek :))

No 2 dah selalu ikut abgnya dulu masa tadika, jadi dia sangattttt baik :)
Tak nangis, selamba jek menyelongkar rak buku cikgunya :)

Sampai kat kelas No 1, rupanya banyak borang lagi belum settle.
Isi borang sampai mencurah2 peluh.
Balik umah semula untuk fotostat apa yang patut.
Balik semula tunggu no 1 rehat, hantar borang dan bayar duit baju sekolah dan sewaktu dengannya.
No 1 selesai makan ( sambil ajar kira duit untuk beli makanan dan air)
Hantar kekelas ( ada beratur sebelum masuk kelas semula).
Pas tu, balik semula ke kelas No 2. Tunggu dia balik, settlekan dengan bas sekolah dan bayar yuran tadika.
Dah balik No 2, tunggu No 1 plak balik sekolah (12.45)
Settelkan dengan bas gak...

Tunggu bas hantar balik umah.
Sampai umah, tukar baju No 1, makan dan tunggu bas ke sekolah agama.
Pastu kitorang follow dengan kereta.
Tunggu sampai dia masuk kelas.
Lepas kelas, tunggu bas amik plak ( No 1 suka2 hati pergi kantin beli air... padahal bas dah tunggu )

Sampai umah, salin baju dan mengaji dengan tokmak dia.
Aku dan en Zali ke kedai beli botol air dan barang2 yang perlu untuk esok plak.
Malam... awal2 lagi kami berdua dah pengsan...


Barulah paham macamana serabutnya anak masuk sekolah ekkk :)

Thursday, November 17, 2011

mini konvo tadika kemas

Semalam aku cuti. Pergi mini konvo No 1.
Semua tabika di Parlimen Gelang patah konvo skali.
Meriah betul, buat kat dewan persada.

Ada speech (as usual), persembahan silat, tarian dan coral speaking.
Dan ending with penyampaian sijil.
Hujung2 agenda, Chicky KFC masuk buat game.
Riuh rendah dibuatnya...

Seronok, sebak, ... letih.
Gambar kat kamera adik, nanti kalau aku dah transfer, aku upload ekk....
Nanti cite lagi...

Wednesday, November 9, 2011

exam

No 1 peksa hari ni.
Peksa budak tadika... apalah yang aku sibuk sangat kannn :)

Masalahnya, No 1 taknak pergi sekolah
Dia kata... dia takut sebab ada ujian.
Aku tanya balik ... napa malam tadi tak bagitau mak.. boleh kita buat ulangkaji sket
Dia kata... sengaja tanak cakap mak... alif takut

Masa dia cakap tu, aku realise bahawa pressure ujian ni adalah sama walau apa pun usia kita
Lepas mandi tadi aku test dia kejap...
He perform so bad... apa yang aku ajar sumernye pergi tah kemana

Hmmm... at the end, aku show balik the steps dan give him encouragement
Takpalah dia perform apa pun... I'll still love him
Suruh dia ingat semula apa yang dia dah belajar selama ni...
Dan ... apa pun dia dapat... it's ok...
His journey is still far ...

Tapi.... bila sampai kat ofis... aku yang dok termenung kehulu ke hilir...
Tak pasal2 aku plak yang tensionnnn... hiiissssshhhhhh

Tuesday, November 8, 2011

persediaan masuk tadika

Tahun depan, No 2 akan masuk tadika 5 tahun.
Aku akan masukkan dia ke tadika kemas, tempat yang sama dengan No 1 belajar skang ni.
Cukup untuk sesuaikan dia dengan alam persekolahan.
Mungkin tak se gah tadika swasta lain...
Tapi sangat mudah untuk dipantau oleh aku dan orang tua aku.
Cikgunya pun sangat baik, rajin dan boleh tahan garang...
Sangat perlu untuk anak aku yang *ehem* boleh tahan baik :)

Jadi, aku dah standby list untuk sekolah dia tahun depan.

Baju kemeja tadika 2 pasang
Baju sukan 2 pasang
Baju melayu (pakai setiap jumaat) 1 pasang (complete dengan samping
Kasut 2 pasang
Stoking 4 pasang
Beg sekolah sebuah

Pensil box 2 set
Pensil 2b 1 kotak
Pensil color 2 kotak
Color crayon 2 kotak
pemadam 1 set (selalunya ada 6 biji)
pengorek pensel 1 set ( selalunya ada 4 biji)
pembaris 4 batang
gam 3 botol ( cari yang muncung kecil supaya kalau terbuka tutup, tak tumpah)
gunting 2 bilah ( betul ke penjodoh bilangan aku ni ??)

Ada yang aku dah mula beli especially alatulis. Kena beli lebih sikit, almaklumlah... standby barang yang bakal hilang :)

AKu tak boleh nak tunggu hujung tahun untuk beli semua. Takut tak sempat. Lagipun, mesti ramai masa ujung tahun nanti.

Beg sekolah, kasut dan sewaktu dengannya, tunggu promosi baru beli.
Mudah2an dapat bargain yang menjimatkan.

Haihhh... camnelah budak sorang tu sekolah tahun depan. Jangan dia ajak kawan2 dia lawan libas... udahlahhhh :P

Tuesday, March 29, 2011

daftar sekolah alif

31 mac adalah tarikh tutup untuk daftar sekolah anak2 yang masuk tahun 1 pada 2012.

Abang selalu pesan supaya perhatikan kat pintu pagar sekolah kalau ada apa2 banner bagitau bila nak daftar sekolah. Tapi takda plak perasan apa2 banner. Sampailah hari Sabtu lepas...sembang2 dengan jiran sebelah. Dia keje kat kantin sekolah kebangsaan tu. Dia bagitau suruh pergi cepat... daftarkan alif sebab kena isi borang semua.

Hari ni... aku gi keje lambat... settlekan pasal registration tu. Nasib baiklah aku ni keje gomen. Nak mintak sign pengesahan pun senang. Jumpa dengan bos jek :)

Borang dah siap... dah siap daftar online. Ptg ni singgah pejabat untuk submit borang dan segala salinan IC, surat beranak, bil api dan sewaktu dengannya.

Jangan tak lulus sudah... ini sekolah yang paling dekat. jalan kaki tak sampai 5 minit. Kalau kena sekolah lain... jenuhlah aku nak mengantarnya pagi2. Nak kejut bangun pagi bukannya senang :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...