Showing posts with label blogging entry. Show all posts
Showing posts with label blogging entry. Show all posts

Tuesday, January 1, 2019

Blog baru di UTM


Mulai tahun 2019, blog di http://educ.utm.my/norah akan dipindahkan ke lokasi yang baru.

Link baru adalah : https://people.utm.my/norah/


Nak cuba aktif semula berblog. Entah bilalah nak ada masa kannn. Kalau I tak membebel kat sini, singgahlah kat blog di UTM ye.

再见 ( Jumpa lagi )

Thursday, November 28, 2013

Simple GA - 3D Puzzle oleh Abah Coreno

Oke... nak join satu lagi Give Away Contest. Dalam saat2 blurr, stress dan risau ni... ( kenapa? adalahhh... susah sket nak citer dalam blog) makanya... aku nak join any contest yang available among bloggerr kat malaysia ni.

Hahahahahahah ( sila gelak macam jin Ahmad Albab )


Ok... camni cara nak join Give Away 3D Puzzle yang Abah Careno buat yek...

Syarat2 dia seperti di bawah...

1. Follow blog Abah Careno ni... ( dah)
2. Like page facebook Abah Careno... ade kat blah kanan atas blog dia ... ( dah jugak)
3. Follow instagram ... cari lan_careno dalam instagram... yg ni tak wajib pun... nak follow ke tak sukehati... ( tak follow sebab kita takda instagram huhuhu)
4. Buat entry tajuk : Simple GA - 3D Puzzle ( ni artikel yang korang tengah baca ni hehehe)
5. Dalam entry tu, letakkan gambar sample puzzle dan backlinkkan ke blog beliau..( dah)
6. Tinggalkan link entry korang kat entry tersebut...( ok... pas ni aku tinggalkan jejak yek)

TARIKH TUTUP ADALAH 29 NOVEMBER PUKUL 12 TENGAH HARI

Hadiah dia bestttttt..... tak caya cube tengok.... Tak nak try kerrrr?

Dapat 3D Puzzle tau...
kalau dapat boleh buat dengan anak-anak.... Terisilah sket cuti sekolah diorang dengan perkara yang berfaedah sekaligus dapat buat hiasan umah mak diorang .... hihihihi

Berangan jek aku ni... boleh menang kerrrr >__<

Wednesday, November 27, 2013

mommy&baby moments

Nak join Mommycha 1st Giveaway ni....

Tema dia Mommy & Baby moments 

Gambar sebelah kiri ni masa No 3 baru nak masuk umur setahun lebih. Kami jalan-jalan kat Melaka masa ni dengan famili adik suami dan Ibu mertuaku. Penat betul masa ni sebab dia tengah ligat. Berjalan tak reti penat. Nak ambil gambar pun kena peluk kuat-kuat. Dia nak lari ikut abang dia ke kawasan bot.

http://sharemyloves.blogspot.com/2013/12/mommycha-1st-giveaway.html

Gambar belah kanan pulak, bulan 5 tahun ni (Tarikh kat gambar tu en Zali salah setting), No 3 dah 4 tahun lebih. Tengoklah betapa cepatnya masa belalu, cepatnya dia membesar... tinggi dah dia kannn...Tahun depan dah nak masuk tadika 5 tahun.

Macam nak kena tambah anak lagi jeekkkk.... ehhhh :P

Kalau ada yang nak join... marilah gi kat blog MommyCha
Micha kata tarikh tutup: 1.12.2013 (AHAD)
Winners akan dipilih berdasarkan gambar paling MENARIK.  (Menarikkah gambar ku ini huhuhu)

Takpa... the Mommy&Baby moments will always be in my memory >__<



Saturday, March 24, 2012

keyword popular blog ni

Keyword paling popular kat blog aku ni adalah langsir...

Tak caya?



Ini baru 1 hari pnyer carian...

Apa kes...
Rasanya aku takda plak bukak kedai langsir.
Ini menunjukkan bahawa banyak orang carik langsir online...
Apa lagi... pakat2lah offer langsir online...

Aku?
Mintak maaplah... nak mengadap anak, nak mengadap laki, nak mengadap keje yang tak sudah2.... kang kedai langsir aku jadik kedai kain buruk plak kang :)

Korang punyer keyword popular... apa plak?

Sunday, October 9, 2011

header gerak-gerak

Header aku dah boleh gerak2... alaaa orang panggil header animsi gif.

Pakai header lama, cuma aku animatekan jekkk...guna Adobe Photoshop cs3. Trial version 30 hari... hari ni last :P
Belajar dari sini...

ilmuphotoshop.com

Senang kalau dah biasa dengan photoshop. Tak pun, pakai photoscape pun boleh.
Tapi, tak boleh upload direct kat blogspot. Nanti dia ubah jadi static image.
Kena park dekat photobucket dulu, pastu amik link dia.

Bolehlahhh... lain sket... creative level out of 5, berapa aku boleh dapat ekk ???

Wednesday, July 27, 2011

dapat masuk bloglist Bangku Kosong

Yeaaa... dapat masuk bloglist Bangku Kosong.

Last person in the list.Pukul 10 tutup, dalam 9.23 kot aku siap buat post.
Pas tu masukkan link dia dalam Bloglist "Mereka ni Hebat"
Pas tu hantar komen kat HasrulHassan.
PAs tu jadikan bloglist "Mereka ni Hebat" dalam bentuk scrollbar.
Siappp :)

Terima kasih ekk...
Kita kongsi2 citer.
Kita kongsi2 kawan.

Nak gi keje. Bye:)

Tuesday, July 26, 2011

Bangku Kosong cari 30 blogger baru



Nak cuba nasib, masuk bloglist Bangku Kosong.
Syaratnya, follower kurang daripada 500.
Dia nak 30 jek plak tu.
Kalau terpilih, harap boleh dapat ramai kawan lagi...

Nak join? Klik kat gambar atas tu. Cepat tau... Tutup pukul 10 malam ni.

Sunday, July 24, 2011

kenapa gengblogger nak authentication plak ni??

Asyik keluar gambar ni jekkk...


Kenapa gengblogger nak authentication plak ni??
Ni pishing cite ke error page?
Pening makcik tauuuu...
Kena keluarkan dari senarai dululah nampaknyaaaa...

Tuesday, July 19, 2011

Header baru

Kali ketiga aku tukar header...

First...

Second ...
Masa first dengan second header, aku pakai profile picture yang sama (Pompuan bertudung hijau). Cuma background jek aku ubah sikit sana sini... Takdalah banyak sangat beza...

Kali ni, aku ubah lain banyak :)


Cantik tak (",)

Thursday, June 30, 2011

muzzmama's give away

Ni promosi untuk my friend. Member masa sama2 belajar kat UiTM dulu.
Kawan aku ni pakai cloth diaper untuk anak dia and even pakai cloth pad for herself. Dahlah tu, full breastfeed lagi anak dia. Aku memang sangat respek kat dia sebab aku tak mampu nak follow footsteps dia. alasaaannnn

Jadi, aku rasa nak mintak tolong kat korang bantu dia utk like gambar kat contest yg dia join...:)

1. klik like pada page snowdrop -- > https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2170842270255&set=o.135399436488971&type=1&theater#!/baby.snowdrop
2. klik like pada gambar kawan aku ni kat --> https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2170842270255&set=o.135399436488971&type=1&theater
hanya like gambar dia jek tauuu ;)

I think that she should win the contest tapi u all likelah kat dia. Dia kata nak bagi small token kalau u all like gambar dia.

bila dah selesai....
emelkan maklumat anda : alamat emel, alamat blog dan nama facebook anda ke muzzmama@gmail.com dengan tajuk : giveaway

Link page dia kat sini... Sudikanlah ekk kalau tak keberatan :)

Notakaki : Sticky post sampai 30 Jun 2011

Tuesday, June 14, 2011

Respek brother ni..

Nak cakap sket pasal brother ni. Pasal dia banyak bagi info tentang kesihatan dan makanan. Banyak betul maklumat dalam blog dia.

Aku dah download Food Calories List yang dia buat. Bagus betul, senang nak buat rujukan setiap kali nak makan. Kan aku sedang cuba untuk menurunkan berat badan...cara yang sihat tauuu.

Mungkin kita kena banyak belajar dulu tentang macamana badan bertindakbalas , maka kita boleh merancang cara untuk mengawalnya. Bagi mereka2 yang macam aku (BMI > normal) maka singgahlah blog dia.

Pasti puas hatiiii :)

Monday, June 13, 2011

Dah Pandai Buat Scroll Bar Kat Bloglist

Dulu, bloglist macam ni.

Skang dah jadik macam ni :)


Nampak kemas sket blog kita. Takdalah memanjang nak skroll page tu bila nak nengok bloglist.Belajar dari Sunah Suka Sakura dot com. Senang jek cara dia.

Suke :)

Thursday, June 2, 2011

kecil hati

Hubungan adik beradik mahupun rakan taulan mengakibatkan berlaku satu ikatan yang tidak dapat dilihat. Namun ikatan itu amatlah kuat sehingga sukar diputuskan.Dalam pada masa yang sama ia sangat halus dan mudah terputus akibat sentuhan emosi.

Ibarat pepatah orang tua, menarik rambut dalam tepung, berhati2lah
Rambut jangan sampai putus
Tepung jangan sampai berserak

Persahabatan walau di dunia maya mahupun di dunia realiti,
ia tetap sama...
berhati2 bila berkata
berhati2 bila berbicara

apatah lagi jika
pertelingkahan itu dilihat oleh banyak mata
pertelingkahan itu didengar oleh banyak telinga...

Fikirkanlah ...

Wednesday, April 20, 2011

Tukar header baru

Saja-saja gatal tangan.
Tukar header baru... Background color jek... Tanak letak apa2 gambar.

Lama...

Baru...

Takdalah banyak sangat beza...
Sebab theme msih sama, hijau menenangkan.
Cuma suka-suka :)

Betul ke boleh lajukan broadband?

Jumpa kat blog ni, dan ni, dan ni tentang cara untuk lajukan broadband.
Sebenonya, myhubby yang jumpa kat link apesal.com. Dia cuba pastu suruh aku buat guna line broadband yang aku baru beli. Eh.. belum citer lagi ekk pasal line mana aku amik. Len kali ekk aku citer.

Pasal ni... bila dia suruh, aku buat jelah. Tapi kepala aku tak masuk. Macam ye ye aaa jek. Rasa macam laju tapi takut persepsi aku jek kot.

Maka, sebagai penyelidik aku pun buatlah satu eksperimen.

Persoalan Kajian :
Adakah terdapat perbezaan diantara penggunaan kaedah yang dicadangkan oleh budakbotak terhadap kelajuan line internet?

Hipotesis Kajian:
Hipotesis null menyatakan bahawa tiada perbezaan diantara penggunaan kaedah yang dicadangkan oleh budakbotak dengan cara biasa terhadap kelajuan line internet.

Kekangan kajian :
Penyelidik tidak mengambilkira faktor-faktor lain seperti yang diperkatakan oleh Solehan.com.

Methodologi Kajian:
Langkah 1 - connect broadband, tunggu sampai stabil, buka www.speedtest.net dan semak kelajuan line.

Langkah 2 - masih menggunakan line yang sama ( maknanya ip yang sama), guna kaedah yang dicadangkan oleh budakbotak, tunggu sampai stabil, buka www.speedtest.net dan semak kelajuan line.

Dapatan Kajian :
Hasil dapatan dari langkah 1 ialah dalam rajah berikut.


Hasil dapatan dari langkah 2 ialah dalam rajah berikut.


Keputusan Kajian :
Keputusan kajian menunjukkan bahawa hipotesis ditolak.
Kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan peningkatan dari segi kelajuan upload sebanyak 0.61Mbps dan download sebanyak 0.01Mbps diantara penggunaan kaedah yang dicadangkan berbanding connection biasa.

Pembetulan : Bukan meningkat tapi menurun. Dalam kata lain, 1.79Mbps download time adalah lebih laju berbanding 1.18Mbps. Hipotesis tetap ditolak kerana memang terdapat perbezaan, tapi penggunaan kaedah yang dicadangkan menyebabkan speed lebih perlahan.

Cadangan Kajian Lanjutan:
Apakah kesan terhadap komputer yang menggunakan kaedah diatas dalam tempoh masa yang lama sebagaimana yang dinyatakan oleh Solehan.com.

Apa kata anda ?

Sunday, April 3, 2011

Iklan Nuffnang hanya friendly dengan Mozilla jek..

Apa aku nak cerita sebenarnya ekk...

Gini, Iklan nuffnang ni sangat tidak friendly dengan Internet Explorer.
Lama dah aku perasan. Kalau kat IE ... takda iklan tapi kalau kat Mozilla ok plak.

Hari tu aku tukar iklan supaya dia float sebelah kanan...
Kat Mozilla ok...

Kat IE ?


Cube tengok kat anak panah merah tu. Gitulah jadinyer.... dok kat tengah2... dahlah camtu... tak kuo apa2 pun iklannnye. Napa ekk?

Ke aku perlu ubah apa2 kat kod tu supaya ia nampak elok kat IE atau Mozilla....

Musykilll....

Wednesday, March 16, 2011

Apa makna camwhoring?

korang biasa tak tengok blog tulis perkataan ni

camwhoring
cam whore
cam whoring

kadang2 diorang relate that with photo gedik :)

Tak biasa? ker aku jek yang perasannn
Takpalah... cmer aku nak bagi definisi dia ekk

Dari wikipedia :

Definisi 1 : Camwhore is an individual who performs sexual services on the Internet with webcam software in exchange for money, goods, or attention, usually by a fixed per minute fee or by encouraging viewers to purchase items on their wish lists or add to their online accounts.[2] While the label is usually considered derogatory and insulting,[3] it is also sometimes self-applied, occasionally in a self-deprecating manner.

Definisi 2 : Camwhore is also used to refer to individuals who post pictures or videos of themselves on the Internet to gain attention.


Walaupun definisi kedua semakin digunapakai, tapi macam tak berapa sesssuaaiiiilahhh. Sebab Cam whore tu adalah gabungan perkataan Camera dan Whore.

Tau tak apa makna whore?

Dari http://www.thefreedictionary.com/whoring

whore
n.
1. A prostitute.
2. A person considered sexually promiscuous.
3. A person considered as having compromised principles for personal gain.

intr.v. whored, whor·ing, whores
1. To associate or have sexual relations with prostitutes or a prostitute.
2. To accept payment in exchange for sexual relations.
3. To compromise one's principles for personal gain.


Mungkin kita kena fikir balik kot bila nak guna sebarang perkataan yang menjadi trend dalam dunia cyber ni. Tak semestinya orang guna, kita nak guna gak. Kita ada adat, ada budaya, ada agama... mungkin tak sama dengan bangsa, adat dan budaya orang lain.

Fikir-fikirkanlah ekkk... Salammmm...

Monday, February 21, 2011

sunyi bile semua orang dah tido.

Korang tak rasa sunyi ke bila malam-malam, semua orang dah tidor, kat luar dah gelap, jalan dah takda bunyi kereta, lampu rumah sebelah dah tutup.... tak sunyi?

Ohhh... pasal tengah blogging kan... tu yang tak rasa sunyi...

AKu skang ni pun... suami dan anak2 sumer dah tido. Tapi... sku bukan blogwalking dari tadi... aku buat keje pejabat yang tak abih2. Ni singgah jap blog sebab terasa sunyi plak.

Skang ni... aku rasa aku nak kena tido... supaya rasa sunyi tak berubah jadi rasa seram :P

Selamat malammmm...

Tuesday, February 15, 2011

Isu copy paste

Aku jumpa beberapa site yang cerita pasal copy paste artikel.
Ada yang copy idea.
Ada yang copy penulisan.
Ada yang copy penulisan skali dengan gambar2.

Kalau dalam pendidikan, copy paste ni dipanggil plagiarism.

Majoriti yang aku jumpa, tak kisah dicopy paste sume mintak supaya mintak izin dulu, bagitau dulu dan bagila kredit balik pada penulis asal.

Kalau dalam pendididikan pun sama juga, cuma kita panggil sebagai rujukan atau reference. Kalau pelajar copy paste tanpa reference yang betul, pensyarah boleh bagi penalty... gagal.

Kalau dalam blog?

Aku pernah gak jumpa artikel aku dalam blog orang lain. Tapi dia taklah amik 100%, cmer dalam 30% jek. Apa aku rasa? Hmmm, masa tu macam tergezut jeklah sebab aku betul2tak sangka yang blog aku ni ada gak orang baca :)

Jadi, baru2 ni aku ambil keputusan untuk ikut jejak langkah Anastasyea untuk buat auto backlink guna http://www.tynt.com/

Kalau guna kaedah ni, sekiranya ada artikel kita dicopy oleh orang lain, ia akan automatik dibacklink kepada kita.

Mungkin anda patut cuba. Manalah tau... kalau esok ada orang copy artikel kita... dapatlah jugak auto backlink. Taklah rasa kecik ati memanjang.

Thursday, January 27, 2011

BEN ASHAARI BLOG

Aku nak join bloglist Ben ni... kalau korang nak join gak gi tengok link ni

Cara ...
  1. Letakkan header BEN ASHAARI BLOG ... dah
  2. Tajuk : BEN ASHAARI BLOG dan linkkan ke entri ini ... dah
  3. Sila nyatakan berapa kalikah anda update sehari dan jumlah entri anda sehingga kini .. Hmmmm.... awal2 blog tengah tahun lepas... tak berapa aktif... tapi start bulan 12 tahun lepas dan sampai skang ni masih mencuba untuk update at least sekali sehari... entry sehingga kini adalah sebanyak 161 post.
  4. Kenapa anda berminat nak berada dalam blog list BEN ASHAARI ... Sebab dengan harapan supaya lebih ramai blogger lain yang akan mengenali blog picisan saya ni :P
  5. Apakah perkara yang ingin anda lakukan sekiranya blog anda popular ? Tak pasti sebab saya berblog bukan sebab nak popular... tapi kalau benar, saya harap saya dapat beri positive example pada blogger lain...
Ok... harap dapatlah masuk list ekkk :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...