Showing posts with label Rizmal Hasry. Show all posts
Showing posts with label Rizmal Hasry. Show all posts

Sunday, July 6, 2014

sakit mata

musim ke sekarang ni... budak2 kena skit mata.

Mula2 No 1 kena... mata putih macam ada air...tapi dia kata tak sakit. Merah sikit je.


Titikkan ubat mata... suruh gak pergi sekolah. Bila balik sekolah kebangsaan, dah ok pulak nampak mata dia.

Esoknya, No 2 pulak kena. Sekali dengan demam, ulser dalam tekak.


Mata putih dia tak bengkak, tak merah, tak gatal. Tapi bengkak keliling mata tu tak surut2 sampai malam. Bangun pagi keesokan hari baru nampak ok. Cuma demam jeklah yang tak surut lagi.

Cuaca sekarang ni panas dengan habuk... budak2 sangat sensitif. Jangan mak budak kena udahlah...

Thursday, June 19, 2014

hari sukan sekolah

Hari ni merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh anak2 ku. Hari sukan sekolah. Dari awal tahun lagi No 1 asyik tertanya2 bila akan dibuat hari sukan, sambil bagi segala tips pada No 2 macamana nak lari laju. Sebab tahun lepas No 1 menang pingat emas Larian 4x100 meter.

Seminggu semenjak naik sekolah ni, hari-hari diorang berlatih. Sekolah agama pun tak pergi masa hari Ahad dan Isnin lepas. Excited sungguh.

Jadi, aku dan en Zali cuti hari ni semata2 nak bagi support untuk diorang. Tak kesahlah kerja banyak ke, thesis lum siap ke... Hari ni hari untuk anak2.

No 2 masuk pertandingan antara pelajar tahun satu je. Tak sangka, dia menang Naib Johan 80 meter lelaki dan dapat gangsa 4x50 meter. No 1 pulak masuk lari 4x200 meter kali ni....Menang gakkkk... :)


Terima kasih buat cikgu2 yang menguruskan semua program sukan sekolah sepanjang minggu ini. Seronok sangat tengok anak2 happy, dan mak pun happy skali.
Gambar No 1 dan No 2 dengan sepupu diorang lepas habis program.

Balik umah punyalah kepenatan masing2, sampai tak larat nak gi sekolah agama.Petangnya, gi bawak diorang makan kat Restoran Kapten Steamboat & Grill. Tempat makan kesukaan No 1 dgn no 2. Mahal sket, tapi takpalah... anak-anak punyer pasal. Kan diorang dah menanggggg >__<.

Masa ni dah nak abis makan... No 1 dah start sakit perut... kenyang sangatlah tuu.

No 3 makan sikit je... dia makan steamboat.


Sedap sangat makan daging panggang kat sini.... puas hati sangat. Tempat selesa, No 3 nyanyi pun orang tak kesah hehe... kedai dia kat tepi jalan Tun Razak... berhampiran dengan Pejabat Pendidikan Negeri Johor.

Mak dah upah baikkkk pnyer... tahun depan menang lagi yer sayang hehehe...

Sunday, July 29, 2012

kisah No 2 berpuasa

Alhamdulillah, dah 8 hari kita berpuasa.

No 2 puasa. Hebat betul anakku ini.
Bila tanya dengan babysitter, dia takda banyak cerita.
Tapi tengahri lepas balik tadika, dia akan disuruh tidur.
Taknak nampak adiknya dan anak2 lain disuap makan...
Takut bergegar iman dia.

Cume, setiap kali aku balik keje amik dia, memanjang bising kata aku balik lambat.
Banyak permintaannya: air kotak, aiskrim, ayam panggang...
Bila dh buka puasa... takdalah banyak mana dia makan pun.



Bila cuti Sabtu & Ahad tu susah sikit...
No 2 tak sebaik di rumah baby sitter dia...
Mungkin dia tahu, ibu mudah tak sampai hati...
Dipujuk berkali2... minta airlah... laparlah...
Nak suap makan si kecik pun kena sembunyi2...
Bila tak dilayan... aku dibebelnya... dijeritnya... lepaskan geram kononnya aku tak sayangkan dia.
Haihhhh...

Kalau ikutkan, dia baru 5 tahun...
Kecik lagi... puasa sekerat hari pun dah baik sangat pada aku...
Tapi kerana nak menemankan No 1 puasa (lagi penin budak sorang tu), aku pujuk dia teruskan puasa.
Bila nampak dia tahan... tak melepek sepanjang hari...
Sedar2 dah 8 hari dia puasa.... 1 hari pun belum tinggal lagi...
Kalau dapat sebulan puasa... Syukur alhamdulillah... :)

Tuesday, November 8, 2011

persediaan masuk tadika

Tahun depan, No 2 akan masuk tadika 5 tahun.
Aku akan masukkan dia ke tadika kemas, tempat yang sama dengan No 1 belajar skang ni.
Cukup untuk sesuaikan dia dengan alam persekolahan.
Mungkin tak se gah tadika swasta lain...
Tapi sangat mudah untuk dipantau oleh aku dan orang tua aku.
Cikgunya pun sangat baik, rajin dan boleh tahan garang...
Sangat perlu untuk anak aku yang *ehem* boleh tahan baik :)

Jadi, aku dah standby list untuk sekolah dia tahun depan.

Baju kemeja tadika 2 pasang
Baju sukan 2 pasang
Baju melayu (pakai setiap jumaat) 1 pasang (complete dengan samping
Kasut 2 pasang
Stoking 4 pasang
Beg sekolah sebuah

Pensil box 2 set
Pensil 2b 1 kotak
Pensil color 2 kotak
Color crayon 2 kotak
pemadam 1 set (selalunya ada 6 biji)
pengorek pensel 1 set ( selalunya ada 4 biji)
pembaris 4 batang
gam 3 botol ( cari yang muncung kecil supaya kalau terbuka tutup, tak tumpah)
gunting 2 bilah ( betul ke penjodoh bilangan aku ni ??)

Ada yang aku dah mula beli especially alatulis. Kena beli lebih sikit, almaklumlah... standby barang yang bakal hilang :)

AKu tak boleh nak tunggu hujung tahun untuk beli semua. Takut tak sempat. Lagipun, mesti ramai masa ujung tahun nanti.

Beg sekolah, kasut dan sewaktu dengannya, tunggu promosi baru beli.
Mudah2an dapat bargain yang menjimatkan.

Haihhh... camnelah budak sorang tu sekolah tahun depan. Jangan dia ajak kawan2 dia lawan libas... udahlahhhh :P

Monday, July 4, 2011

Tukar topik

Anak2 bila dah pandai bercakap dan pandai memanipulasi mak dengan abah diaorang, pada masa yang sama akan pandai tukar topik masa bercakap.

Contoh situasi (Dalam bilik air, waktu pagi)


Abah : Rizmal, cepatlah sket mandi, nak anto mak gi keje ni
Rizmal : Japlah abah, tengah sabun ni sambil main buih sabun
Abah : Cepatlah, nanti mak lambat gi keje
Rizmal : Orang tengah cepatlah ni masih main buih sabun
Abah : Dah, tinggallah dalam bilik air tu. Malas dah abah nak tunggu.
Rizmal : Alllaaaaahhh abahhh sambil nangis
Abah : Ah, marah sikit buat muka... marah sikit buat muka... cepatlah mandi...
Rizmal : Abah, mandi nak kena syampoo kepala ke?
Abah : Syampoo, cepatlah mandi tu.
Rizmal : OK.
Mak : ???

Notakaki : Pandai betul dia tukar topik kan. Padahal abah dia tengah marah pasal dia mandi lama. Hmmmm, sayang anak punya pasal... mak lambat pun takpalahhhhh.

sejuk perut mengandung...

Bukan aku mengandung lagilaaaahhhh...
Sejuk perut sebab nengok bujang 2 orang ni, rajin menolong kat umah.
Hujung minggu, aku akan cuba libatkan diorang dengan aktiviti mengemas rumah.
Biar diorang rasa susah payah mak dangan abah diorang.

No 2 tolong aku kemas almari dan tempat mainan diorang.
No 1 basuh kasut sekolah sendiri.
Bila dua2 dah siap, aku suruh diorang sapu daun2 kat halaman umah.



Tak kisahlah walau tak sempurna.
Tak payah nak pantau sangat, sebab akhirnya aku akan sapu balik gak.
Just nak educate diorang tentang tanggungjawab.
COmel betul bila diorang mintak air... penatlah tuuuuuu :)

Friday, March 18, 2011

Macam kembar

Ramai orang kata...

No 1 dengan No 2 nampak macam kembar...

Padahal, diorang beza setahun setengah.

Yeke?

No 2 sebenarnya yang tinggi. Tak padan dengan umur baru masuk 4 tahun. Bila dengar dia cakap, barulah perasan dia kecik lagi sebenonyer :)

Wednesday, February 23, 2011

dah besar dah anak aku ...

Sedar tak sedar, dah besar No 1 dan No 2.

Dah boleh buat lawan gaduh.
Dah boleh buat teman ketawa.
Dah boleh mintak tolong simpan barang.
Dah boleh mintak tolong ambil barang.

Cume 1 jek tak tahan... dah makin menjadi2 mulut dia. Apa kita cakap... ada jek jawabnya.

Cube tengok gambar ni.

Before

After..

Ni main keretapi masuk duit tulah... exactly kat tempat yang sama. Gambar awal tu masa No 2 belum setahun pun lagi. Yang gambar bawah tu, baru jek semalam. Takut betul aku nengok mesin mainan tu ... cam nak patah dah diorang kejekan skang ni :P

Tahun depan no 1 dah naik darjah satu... Pantas betul masa berlalu kan...

Thursday, February 10, 2011

Pantang bagi anak yang batuk

Sekarang ni musim batuk. Cuaca yang lama sejuk, tetiba skang ni dah panas sangatlah plak, menyebabkan tekak kering dan banyak orang kena batuk. No 1 dan no 2 pun batuk skang ni. Lagipun, anak2 aku ni memang kalah sket kalau cuaca sejuk atau panans sangat.

Kalau anak2 batuk, selain daripada bagi diorang ubat batuk, aku pantangkan diorang list makanan berikut :

1. Aiskrim
2. Buah2an sejuk especially limau
3. Air yang disimpan sejuk
4. Air coklat atau milo atau sewaktu dengannya.
5. Susu ( kena kurangkan sket atau cairkan sebab susu lembu boleh buat banyak kahak)

Kalau masa diorang tengah batuk dengan agak kuat, aku amalkan supaya diorang minum air panas suam. Sebab, Dr ada bagitau yang air panas suam dapat cairkan kahak. Buat masa ni, aku memang percaya sebab memang nampak beza dia lepas minum air panas suam ni...

Sekarang ni aku baru jek lepas perang dengan no 1 dan no 2 sebab aku tak bagi diorang minum susu sebelum tido. Tunggu bangun pagi esok baru boleh. Tak tahan betul dengar diorang merengek nak susu, tapi aku kena tabahkan hati sebab taknak nanti diorang batuk sampai muntah plak.

Harap esok batuk diorang makin kurang. Aminnnn...

Friday, January 28, 2011

No 3 dah pandai merajuk..

Malam ni, lepas makan... hubby temankan anak2 study. Setiap kali hubby balik cuti, No 1 memang mesti kena tengok progress membaca dia. No 2 just belajar tulis jek dulu. Aku just tengok dari jauh sebab itulah peluang dia kena marah dengan abah dia kalau buat salah :P

While abg2 dia study.. no 3 akan buat apa yang dia suka... masalahnya skang ni dia tengah suka memanjat...

dia panjat, aku turunkan... dia panjat, aku turunkan...

skali tadi, dia panjat dekat meja abah dia tengah ajar abg2 dia belajar... jadi abah dia dengan tak sengaja telah ternaik suara suruh dia turun... terus dia menangis dengan syahdunya dan dapatkan aku....

panjang ko dia nangisss... sayu no hati kena marah dengan abah dia... aku pujuk pun tak jalan... bila abah dia pujuk balik.... barulah dia diam.

Hmmmm... pandai dah merajuk skang ni... dah besar anak emak ni :)

Wednesday, January 26, 2011

Majlis harijadi yang lupa nak cerita :)

9 Jan hari tukan birthday No 2. Macam aku pernah cerita dulu, tak berlebih2 masa menyambut hari jadi anak... meh aku share camner semenarnya majlis tu aku buat.

Birthday dia hari Ahad, tapi aku sambut hari Isnin sebab abah dia balik pagi senin tu. Tak buat pagi sebab aku kerja, balik kerja terus topping cake yang aku dah buat ahad malamnya.

Strawberi adalah mesti untuk kek coklat :)

Then, masak spagethi sendiri. Before maghrib semua dah siap.

Lepas jek maghrib, mak aku buat doa selamat sket... yang ada masa tu cumer kami sekeluarga jek. Anak aku dan anak adik aku, mak aku yang jaga jadik dioranglah yang ada masa tu.

Lepas doa selamat, kami buat majlis potong kek. Tiup lilin buat suka2... then potong kek.

Gambar kek setelah pasang lilin.... sampai kena ganti lilin baru sebab tunggu abah dia amik camera :)

Cube tengok, pakai baju tidor jek :)


Birthday boy :)

Abah dia tukang pegang kamera. Mak dia... out of the camera :)

Happy birthday Rizmal Hasry, semoga jadi anak yang soleh, membesar sebagai anak yang cergas dan cerdas. Kurang2kanlah cemburu kat adik awak tu yeaaa...

Mak sayang mal :)

Tuesday, January 25, 2011

Cerita hantu di TV

Sekarang ni , cerita genre seram adalah sangat popular. Seram bercampur komedi, seram bercampur sedih, seram bercampur romantik, seram gilerrr...

Hmmmm... aku tak kisah nak keluar cerita apa pun kalau kat pawagam . Masalahnya, lepas kuo pawagam, dia kuo kat TV plak. Yang dah memang untuk TV pun ada gakkkk...

Hantu nak pandang tepi lah, hantu nak balik kampung lah, hantu nak melompat lah, hantu nak hantar anak gi sekolah lah...banyak sangatlahhhhh.

Pagi ada, petang ada, malam ada nak nak hari khamis malam jumaatttt !! .

Cerita tu aku suka, tapi konsep dia aku tak suka... Pehal plak??? Sebab sekarang ni anak aku no 1 dan 2 nak mandi pun kena teman dengan mak dia. Nak pergi kencing pun kena tunggu depan pintu bilik air. Apa kessss....

Tayanglah malam2 selepas pukul 10 ke.... pukul 11 ke.... masa tu anak2 aku dah tidooooo...

Sekian luahan hati seorang mak. :P

Thursday, January 20, 2011

bangun pagi dan lihat wajah anak2 adalah sangat syahdu rasanya

Bila dah jadik mak, kamu sume akan faham perasaan ni.

Bangun pagi, siapkan sarap untuk anak2, tengok mereka main sama2 pagi2 walaupun masih belum mandi. Baju comot, bau asyem :)

Hmmm.... syahdunya rasa... tak tau nak cerita

my heroes :)

Sunday, January 9, 2011

Selamat hari Jadi Anakku no 2.

Hari ni, cukup anakku yang kedua Rizmal Hasry, 4 tahun.

Sekejap jek masa berlalu. Macam baru semalam jek rasa sakit bersalinkan dia.

Dah makin tinggi, dah makin cerdik, cmer nakal tu ada makin naik sket.

Tapi, itulah buah hatiku. Buat aku ketawa saat marah. Buat aku gembira saat menangis. Buat hari-hariku penuh dengan warna pelangi.

Mak sayang Mal tauuu... sungguh. Moga jadi anak yang Salleh.


Hari ni tak sambut lagi birthday dia... abah dia keje.
Malam esok baru sambut, just buat makan2 famili jek.

Ok... nak gi masak kek untuk dia. Homemade dari ibu buat anak tersayang :)

Thursday, January 6, 2011

Alif dan botol air

Masa hujung tahun lepas, anak aku no 1 tu dapat hadiah dari teacher dia. Dapat beg sekolah, botol air, pensel box, stoking, t'shirt putih, ada lagi... lupa dah.

Jadi tahun ni dia berkobar2 nak bawak botol air gi sekolah.

First day, aku isi air masak.
Second day, aku lupa nak isi air, sedar2 dah sampai sekolah. Tertinggal sudah.
Third day, cari segala pelusuk dapur ... takda pun botol tu. Memang comfirm tinggal kat sekolah.
Botol air tu kan hadiah, jadi ada gaklah kawan dia yang sama botol air.
Mak dia pulak, tak tulis nama dia kat botol tu aaa...ahhh... jangan cakap apa2 ekkk

Jadik, tok mak dia isikan air dalam botol No. 2. Pinjam... Tapi No 2 pnyerlah marah... tak bagi pinjam botol pada abg dia.

Lepas tu?

Hmmm.... biasalah... mak dia jadik rimau, dua2 senyap.
Dah simpan dalam reminder ... kena beli botol air baru, sama color, sama jenis... kena beli 2. Haihhhh....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...