Tajuk kat atas tu sebenarnya tajuk satu article dalam matjoe.com. Aku setuju sangat pendapat dia, sebab bila kita buat majlis hari jadi anak tahun ni dengan besar2an, tahun depan ia terpaksa dibuat samada sama standard atau lebih lagi. Itu maknanya, berlebih2 lagilah belanjanya.
Aku sambut harijadi anak2 sekadar cukup dengan keluarga sahaja. Belikan dia kek dan makanan yang istimewa sket dari biasa. Buat masa ni, tak pernah lagi kami belikan hadiah masa harijadi diorang. Sebab kami rasa, kalau nak belikan apa2, tak perlulah tunggu harijadi.
Sekarang ni, no 1 dah 5 tahun. Satu persepsi dia tentang harijadi hanyalah mesti ada kek harijadi. Tapi aku tau yang dia akan mula meminta lebih bila dah mula sekolah sebab mesti ada kawan2 yang buat sambutan harijadi dan jemput dia datang.
Bila masa tu sampai, aku dan suami terpaksalah bersedia dengan alasan yang munasabah.
2 comments:
hmm, salam nora, tq droping by my blog. remember waktu kita membesar,kita mana ada jamuan birthday ni kn?
good for you, buat ajak sedara terdekat ajer. hmm 3 org hero
betul tu, oleh kerana dari kecil tak ada jamuan birthday, kita tak rasa itu satu keperluan. jadik, anak2 kita pun kalau tak diperkenalkan, dia akan membesar sama macam kita juga kannn... tq gak singgah sini
Post a Comment