Showing posts with label pengurusan rumahtangga. Show all posts
Showing posts with label pengurusan rumahtangga. Show all posts

Tuesday, July 19, 2011

Merancang kewangan ketika tua

Kita dah ada kerja.
Kita dah ada rumah.
Kita dah ada kereta.
Anak2 dah sekolah...
Cukup dah rasanya...

Cume persoalannya... cukupkan pendapatan kita bila kita dah tua, dah bersara?

Masa tu, kita dah takda kerja.
Rumah... hmmm dah abih bayar ke belum... tak taulah...
Kereta... baru tukar... belum abih bayar lagi...
Anak2 tengah belajar di IPT... kena bantu duit belanja, buku, etc.
Badan dah mula sakit2... kencing manis, darah tinggi ... dah sediakah simpanan perubatan kita?

Pencen?, KWSP? Cukup ke?

Something to think about...
Bersediakah kewangan kita setelah bersara nanti

Tuesday, May 3, 2011

Mari beli susu

Anak-anak aku minum susu sustagen keluaran Mead Johson.
Kalau anak korang minum enfagrow ke... tu company yang sama.

Masa aku pi beli susu kat Giant untuk stok bulan 5, ada promosi.
Pembelian produk Mead Johnson melebihi RM138.00 akan layak mendapat bekas simpan barang. Simpan mainan anak2 pun boleh. Besar gak bekas dia. Sampai bila promosi dia habis, aku lupa plak nak check. Tapi memang value for money...


Yang lebih best... sekarang ni ada promosi tumbler dengan setiap pembelian susu sustagen dengan berat 1kg. Cantik tumbler dia. Ada 6 color semuanya. Aku dah dapat all 6 color. Suke:)


Selalu2lah buat promosi camni. Pengguna setia macam aku ni akan rasa sangat bahagia.

Monday, May 2, 2011

Tip pengurusan rumahtangga

Lepas balik cuti hari tu, aku tak naik keje lagi. Banyak keje nak settle kat umah. Salah satu daripadanya ialah ni...


Satu lagi ialah ... menyusun dokumen dalam file.
Aiiikkkk.... kat umah pun nak buat filing2 gak ke?
Ye, ini bagi memudahkan proses mencari bila satu2 hal berlaku.
Adalah menjadi satu tabiat kita untuk meletakkan semua surat2 mahupun dokumen2 penting dalam satu tempat yang sama. Tapi ia tak tersusun.

Macam aku, masa hari Khamis lepas kena ke pejabat peguam untuk uruskan pertukaran title rumah kami. Kena bawak resit cukai pintu dan cukai tanah. Aku ada simpan tapi yang paling baru takda dalam file. Aku letak dalam bag laptop rupanya. Tapi kalau anda tak simpan... cmner gaknya ekk :)

Jadi aku pun menyusun kembali mengikut susunan berikut :
1. Bil (api, air, telefon, internet etc)
2. Pinjaman (rumah, kereta, asb, peribadi etc)
3. Simpanan (penyata dividen ASB, ASW, dana mutuam, simpanan tetap ... jika ada)
4. Rumah ( merangkumi perjanjian & surat menyurat)
5. Dokumen penting ( Surat beranak, sijil nikah, transkrip pelajaran etc)


korang boleh tambah jika perlu. Ikutlah kesesuaian masing2. Bil tu simpanlah untuk 2 tahun. Manalah tau kalau2 ada berlaku kesilapan pada bil terkini, boleh kita gunakan sebagai rujukan. Pakai file pocket yang 60 sen tu jek.

Memanglah amik masa sket, tapi memudahkan dikemudian hari. Bila dah ada file, setiap surat menyurat atau dokumen baru yang berkaitan, bolehlah masuk terus dalam file. Senang kannn...

Saturday, April 30, 2011

cari langsir...

Aku tengah mencari langsir baru untuk umah.
Nak cari yang dah siap jek.
Malas nak tempah.... jahit sendiri lagilah tak sempat.
Adik aku kan nak kawin...
Umah mak dah siap bercat baru, berlangsir baru, bertikar baru.

Ada tak online shop yang jual langsir dah siap.


Takyah scallop2 cenggini pun ...
Nak yang murah2 jek... asal berganti langsir.
Banyak online cadar pengantin jek...
Aku ni pengantin lame hehehehe.....

Nak gi cari kat kedai... hmmmm... bilelah nak gi.
Takda orang nak tengokkan budak bertiga tu...
Jenuh dah aku cari online... ada bukan takda cumer tak banyak pilihan.
Korang ada suggestion kedai online jual langsir yang best tak?

Friday, April 22, 2011

Kemahiran sebagai seorang ibu

Bagi bakal2 ibu, ada banyak kemahiran yang perlu kita belajar untuk menjadi seorang ibu yang tidaklah sempurna tetapi bolehlah dijadikan contoh.

Antara kemahiran yang perlu diasah ialah :

1. Memasak
Bukannya kena pandai memasak, tapi tahu memasak adalah satu keperluan untuk seorang ibu. Kalau kita masak sendiri makanan untuk anak2, dapatlah kita tahu lebih garam ke, kurang gula ke, segala bahan kita yang masak... taulah kita berapa banyak kalori yang anak makan. Lagipun kalau tahu masak, taklah kita selalu no nyinggah kat kedai. Jimatlah sket duit. Macam No 1, dulu masa maknya tak pandai masak roti sendiri , asyik2 ngajak ke Season. Skang ni taklah sedap no maknya masak... tapi bolehlah buat makan , dia pandang sebelah mata jek :)

2. Menyanyi
Bila ada anak nanti, kenalah pandai menyanyi untuk tidorkan anak2. Tak sedap takpa, asal pitching tak lari... oklah tu.

3. Bercerita
Masa nak masuk tidur, kalau rajin bacakan cerita untuk anak2... dapatlah mengembangkan imaginasi diorang. Tapi... nak bercerita kenalah ada intonasi dan gaya yang boleh buat diorang tertarik nak dengar. Kena belajar tuuu... cer carik cikgu BM... diorang boleh jek ajarkan :)

4. Mengaji
Kalau kita antar diorang mngaji dengan ustaz sekalipun, takkanlah kita tak semak bacaan dia langsung. Kalau kita tak tahu mengaji, camner nak tau dia baca tu betul ke takkk...

5. Psikologi anak2
Perkembangan psikologi anak2 adalah berbeza mengikut usia mereka. Ilmu ini membolehkan kita memahami kenapa anak kita marah, merajuk, menangis mahupun gembira.Yang ni, aku memang tak berapa mahir... sebab pembelajaran aku setakat buku. Tapi, macam kakak senior aku pesan, tak tau kenalah belajar. Dapat ilmu sikit2 bolehlah buat bekalan mendidik mereka dari kecik lagi.

6. Agama
Agama itu adalah pegangan hidup. Ilmu itu membentuk sikap, amalan dan tingkahlaku kita sekaligus cara kita mendidik anak-anak. Kalau di Johor, ada modul sakinah yang membimbing ibu2 tentang keperluan pendidikan anak2 dari lahir hinggalah ke liang lahad.

Ada kemahiran lain ke? Tambahlah... boleh kita kongsi untuk mendidik anak2 kita nanti.


Dari seorang ibu kepada ibu dan bakal ibu2 di alam maya :)

Wednesday, February 9, 2011

Tip menguruskan perbelanjaan anak2

Just nak share.

Biasanya bila anak2 dah mula sekolah, kita terpaksa memikirkan perbelanjaan tambahan melibatkan urusan persekolahan mereka Tambang bas sekolah, yuran kelas, tuisyen, duit belanja setiap hari dan sebagainya.


Sebagai seorang ibu, aku dan suami mengamalkan perbelanjaan yang menggunakan konsep sampul surat. Maknanya, kami ada sampul surat untuk pelbagai perbelanjaan harian.

Salah satu sampul surat ialah perbelanjaan anak melibatkan duit perubatan dan persekolahan. Ini tak termasuk duit susu, duit pampers, jajan, insuran dan sebagainye yea.

Ok, this is how its work. Setiap bulan lepas dapat gaji, kami akan masukkan setiap peruntukan kewangan untuk pelbagai sampul surat yang telah ditetapkan. Untuk sampul surat perbelanjaan anak, kami akan masukkan peruntukan yang telah ditetapkan, contohnya RM100.00

Setiap bulan, aku akan ambil dari sampul surat tersebut

RM30 duit tambang bas sekolah
RM20 yuran tadika

Bakinya sebanyak RM50 akan disimpan kembali. Sebab, mungkin bulan tu aku tak perlu ke klinik sebab anak2 sihat tapi bulan depan mungkin aku kena pergi 2@3 kali. Yalah, kan aku ada 3 orang anak

Baki duit jangan cuit yeaaa... teruskan simpan dalam sampul surat tersebut. Dihujung tahun, sila kira kembali bakinya dan bolehlah digunakan untuk yuran masuk sekolah awal tahun.

Tak banyak? At least, tak payah tunggu bonus, sedikit persediaan untuk duit sekolah anak dah ada. Cubalah...

Notakaki : Sampul surat tu kiasan jek. Sendiri uruskan nak simpan dalam mana. Dalam tin susu pun boleh :) Suggested, simpanlah dalam akaun amanah, kalau ada lebih, ujung tahun dapat dividen :)

Thursday, February 3, 2011

Tip mendidik anak gemar membaca

Just nak share.

Aku memang gemarkan buku. Apa pun boleh jadi bacaan masa luang aku. Jadi aku cuba tanamkan minat pada anak2.

Masa baby, aku biasakan dengan membaca buku cerita pada mereka waktu nak masuk tidor. Taklah tiap2 malam. Tapi bila ada masa luang, memang aku akan cuba membaca untuk mereka.

Sekarang ni, not only masa nak tido, kadang-kadang bila no 1 dan no 2 nampak buku cerita, mereka akan berlakon seolah-olah sedang bercerita dari buku tersebut. Tak pun, dia bagi pada aku untuk bacakan.

Sekarang ni, no 1 dah mula boleh membaca 2 suku kata... tak lancar lagi tapi bolehla. Jadi dia akan mula mengeja bila jumpa buku. No 2 pulak akan suka menunjukkan gambar dalam buku2 untuk aku terangkan padanya.

Yang seronoknya, no 3 pun dah mula tunjuk minat.

Dulu dia akan koyak buku, atau majalah atau surat khabar yang dia jumpa. Tapi sekarang ni dia akan selak sehelai demi sehelai. Bila nampak gambar yang dia kenal macam kucing ke... dia akan cuba bunyikan ... mioowwww...

Sila abaikan gambar latarbelakang yea, nak tido dah masa ni =P


Aku sengaja letak majalah dan buku2 di kawasan almari TV dirumahku. Dulu, diorang suka bongkar dan sepah2kan. Sekarang ni, Alhamdulillah... dah tak perlu selalu kemas sangat lagi. Mereka macam dah faham yang itu barang yang berharga buat mak diaorang.

Mudah-mudahan, mula-mula mereka tunjuk minat pada buku, kemudian mereka suka baca buku... dah harap2 mereka akan cintakan ilmu yang ada macam2 dalam buku... Aminnnnn :)

Monday, November 29, 2010

Jamuan hari jadi yg berlebih lebihan

Tajuk kat atas tu sebenarnya tajuk satu article dalam matjoe.com. Aku setuju sangat pendapat dia, sebab bila kita buat majlis hari jadi anak tahun ni dengan besar2an, tahun depan ia terpaksa dibuat samada sama standard atau lebih lagi. Itu maknanya, berlebih2 lagilah belanjanya.

Aku sambut harijadi anak2 sekadar cukup dengan keluarga sahaja. Belikan dia kek dan makanan yang istimewa sket dari biasa. Buat masa ni, tak pernah lagi kami belikan hadiah masa harijadi diorang. Sebab kami rasa, kalau nak belikan apa2, tak perlulah tunggu harijadi.

Sekarang ni, no 1 dah 5 tahun. Satu persepsi dia tentang harijadi hanyalah mesti ada kek harijadi. Tapi aku tau yang dia akan mula meminta lebih bila dah mula sekolah sebab mesti ada kawan2 yang buat sambutan harijadi dan jemput dia datang.

Bila masa tu sampai, aku dan suami terpaksalah bersedia dengan alasan yang munasabah.

Thursday, November 4, 2010

Senarai barang

Dulu-dulu, kalau nak balik kg atau nak gi memana, aku pakai ingat2 dan susun beg ala kadar jek. Tapi, bila anak dah 3 ni... tak boleh buat macam tu lagi dah. Nanti ada jek yang tertinggal. Selalunya, 2 @ 3 hari sebelum nak pergi tu, harus dah siap kemas sikit2. Sambil2 ingat apa lagi nak masuk beg ni.

Sekarang, aku dah pakai kaedah baru... buat list barang yang nak di bawa. Pertama kali aku guna kaedah ni masa adik ipar aku nak kawin bulan lepas. ALhamdulillah, takda barang tinggal.

Malam ni nak pergi bertandang umah belah lelaki kat Kedah plak. Aku dah siap kemas beg, cume 2@3 brg jek lagi. Mudah rasanya, tak payah nak pikir2 lagi. Tengok aja senarai mana yang dah dan mana yang belum.

Sangat membantu untuk ibu2 yang semakin pelupa. Cubalah. :D


Contoh senarai yang aku buat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...