Friday, April 22, 2011

Kemahiran sebagai seorang ibu

Bagi bakal2 ibu, ada banyak kemahiran yang perlu kita belajar untuk menjadi seorang ibu yang tidaklah sempurna tetapi bolehlah dijadikan contoh.

Antara kemahiran yang perlu diasah ialah :

1. Memasak
Bukannya kena pandai memasak, tapi tahu memasak adalah satu keperluan untuk seorang ibu. Kalau kita masak sendiri makanan untuk anak2, dapatlah kita tahu lebih garam ke, kurang gula ke, segala bahan kita yang masak... taulah kita berapa banyak kalori yang anak makan. Lagipun kalau tahu masak, taklah kita selalu no nyinggah kat kedai. Jimatlah sket duit. Macam No 1, dulu masa maknya tak pandai masak roti sendiri , asyik2 ngajak ke Season. Skang ni taklah sedap no maknya masak... tapi bolehlah buat makan , dia pandang sebelah mata jek :)

2. Menyanyi
Bila ada anak nanti, kenalah pandai menyanyi untuk tidorkan anak2. Tak sedap takpa, asal pitching tak lari... oklah tu.

3. Bercerita
Masa nak masuk tidur, kalau rajin bacakan cerita untuk anak2... dapatlah mengembangkan imaginasi diorang. Tapi... nak bercerita kenalah ada intonasi dan gaya yang boleh buat diorang tertarik nak dengar. Kena belajar tuuu... cer carik cikgu BM... diorang boleh jek ajarkan :)

4. Mengaji
Kalau kita antar diorang mngaji dengan ustaz sekalipun, takkanlah kita tak semak bacaan dia langsung. Kalau kita tak tahu mengaji, camner nak tau dia baca tu betul ke takkk...

5. Psikologi anak2
Perkembangan psikologi anak2 adalah berbeza mengikut usia mereka. Ilmu ini membolehkan kita memahami kenapa anak kita marah, merajuk, menangis mahupun gembira.Yang ni, aku memang tak berapa mahir... sebab pembelajaran aku setakat buku. Tapi, macam kakak senior aku pesan, tak tau kenalah belajar. Dapat ilmu sikit2 bolehlah buat bekalan mendidik mereka dari kecik lagi.

6. Agama
Agama itu adalah pegangan hidup. Ilmu itu membentuk sikap, amalan dan tingkahlaku kita sekaligus cara kita mendidik anak-anak. Kalau di Johor, ada modul sakinah yang membimbing ibu2 tentang keperluan pendidikan anak2 dari lahir hinggalah ke liang lahad.

Ada kemahiran lain ke? Tambahlah... boleh kita kongsi untuk mendidik anak2 kita nanti.


Dari seorang ibu kepada ibu dan bakal ibu2 di alam maya :)

5 comments:

Kak Sam said...

Assalamualaikum...
good info. just nak tambah
jangan buat/ cakap benda2 yang tak elok depan anak2 kerana mereka mudah mengikut apa yang kita lakukan

Min Aina Ila Aina said...

Kemahiran menguruskan stres..hehe. Ni supaya masalah atau tekanan di luar rumah mahupun masalah yang tak melibatkan anak, ataupun keletihan fizikal tidak buat kita hilang control bila anak buat ragam.heee..

Yasminhamid said...

semua yg diatas memang satu keperluan.. kena bersedia dari segi mental dan fizikal kan??

Nora said...

@Kak sam, betul tu... budak2 ni ikut jek apa kita cakap... dia tak paham benda tu elok ke tak kannn...

@maia, memang betul tu... kalau tak pandai handle stress, macam2 boleh jadi

@yasmin, persedian rohani dan jasmani :P

No Lan said...

ya ya..No setuju sesangat sebab IBU la yang paling rapat dengan anak2..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...