Wednesday, February 9, 2011

Tip menguruskan perbelanjaan anak2

Just nak share.

Biasanya bila anak2 dah mula sekolah, kita terpaksa memikirkan perbelanjaan tambahan melibatkan urusan persekolahan mereka Tambang bas sekolah, yuran kelas, tuisyen, duit belanja setiap hari dan sebagainya.


Sebagai seorang ibu, aku dan suami mengamalkan perbelanjaan yang menggunakan konsep sampul surat. Maknanya, kami ada sampul surat untuk pelbagai perbelanjaan harian.

Salah satu sampul surat ialah perbelanjaan anak melibatkan duit perubatan dan persekolahan. Ini tak termasuk duit susu, duit pampers, jajan, insuran dan sebagainye yea.

Ok, this is how its work. Setiap bulan lepas dapat gaji, kami akan masukkan setiap peruntukan kewangan untuk pelbagai sampul surat yang telah ditetapkan. Untuk sampul surat perbelanjaan anak, kami akan masukkan peruntukan yang telah ditetapkan, contohnya RM100.00

Setiap bulan, aku akan ambil dari sampul surat tersebut

RM30 duit tambang bas sekolah
RM20 yuran tadika

Bakinya sebanyak RM50 akan disimpan kembali. Sebab, mungkin bulan tu aku tak perlu ke klinik sebab anak2 sihat tapi bulan depan mungkin aku kena pergi 2@3 kali. Yalah, kan aku ada 3 orang anak

Baki duit jangan cuit yeaaa... teruskan simpan dalam sampul surat tersebut. Dihujung tahun, sila kira kembali bakinya dan bolehlah digunakan untuk yuran masuk sekolah awal tahun.

Tak banyak? At least, tak payah tunggu bonus, sedikit persediaan untuk duit sekolah anak dah ada. Cubalah...

Notakaki : Sampul surat tu kiasan jek. Sendiri uruskan nak simpan dalam mana. Dalam tin susu pun boleh :) Suggested, simpanlah dalam akaun amanah, kalau ada lebih, ujung tahun dapat dividen :)

6 comments:

No Lan said...

betul tu nora..tp No punya cara kan, lebihan syiling beli barang No masuk tabung hehe..ada No citte lam entru nih..

http://nopija.blogspot.com/2010/12/tips-menabung-untuk-surirumah.html

Nora said...

@no, terpaksalah kita berdikit2 kan... simpan dalam tabung tu pun nora buat gak :)

eynaa said...

bagus la entri ni...saya pon tengah mencari solution...asyik tak cukup pulus jer

umiawadah said...

oh..okay jugak ni kalau dipraktiskan...al maklum anak ramai..belanja besar...

P/s;:salam perkenalan

yaya said...

thanks sharing.. good info.. yaya pn tgh cari cara cmne nk bajet perbelanjaan bulan2.. sume duit dok skali, nmpk banyak, jd nafsu nk berbelanja tu membuak2 la.. bahaya btol..

nak gi beli sampul surat la pasni.. hehe

Nora said...

@eyna & ummiarissa, bolehlah try praktiskan...

@yaya, boleh cuba, tapi bila dah masuk sampul tu... jangan usik dah untuk hal lain tau.. baru effective :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...