Friday, August 2, 2013

Hari terakhir

Hari ni merupakan hari terakhir kerja di pejabat aku sekarang ni. Aku akan balik ke fakulti untuk selesaikan kerja yang dah lama tertangguh. Pagi tadi, aku sampai je terus clearkan segala dokumen kat atas meja. Mana-mana yang tercicir, aku cek balik. Pukul 9, ada mesyuarat dengan pengurus baru yang akan gantikan kerja aku disini.

Kami buat sesi suai kenal dan briefing sedikit tentang kerja dan staf yang akan diselia oleh IT manager baru kat CTL ni.

Sesi memperkenalkan diri...

Bos baru sedang sibuk mencatat mana yang perlu :)

Lepas meeting, aku dan pengurus IT baru duduk sama untuk sesi perkongsian tugas yang akan diambil alih. Banyak benda nak cerita, tapi sikit2 InsyaAllah dah dapat idea. Lepas tu angkat kotak dan bergerak balik ke fakulti.

All the best to my best friend yang akan menjalankan tugas lepas naik cuti raya.

Salam perpisahan dan terima kasih buat semua di CTL. Kita akan jumpa lagi, pasti. Cuma tak sekerap 2 tahun ini. Makcik gembeng nangis sampai bengkak mata... tak sessuaiii tau :p

Hari ni juga last keje, sebelum cuti raya.. Jadi

Selamat menyambut hari raya aidilfitri,
Maaf zahir dan batin.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...