Sunday, August 25, 2013

PTPTN, ceritaku

Terpanggil untuk berbicara tentang isu PTPTN setelah membaca artikel ini

Zaman aku belajar dulu, tiada PTPTN.
Zaman kakak aku belajar dulu pun, tiada PTPTN.


Terasa sangat bila ada komen, kerajaan menindas kerana mengenakan interest kepada peminjam dan digelar sebagai zalim.

Mari dengar satu cerita. Dizaman arwah ayahku masih lagi ada.

Lahir dalam keluarga yang sederhana, kami cukup bersyukur bila ada makanan di atas meja, baju nak ke sekolah, tiket bas bila nak balik berhari raya. Kakak aku yang paling tua, sangat cerdik akalnya. Keputusan beliau sangat cemerlang. Semasa tunggu keputusan SPM, kakak aku kerja kilang.

Cari sedikit simpanan buat tambah duit poket sendiri... ayah yang suruh.
Belajar berdikari dan kenal erti sukarnya mencari rezeki... ayah yang kata.

Nak jadi cerita, dapat tawaran belajar di IPTA.
Macamana ayah nak bayar yuran... nak tanggung makan seharian. duit buku dan alatulis. Tambang bas nak ke sana.. siapa nak tolong bayarkan. Susahnya hati seorang ayah.

Ayah dan akak ke hulu, ke hilir mencari bantuan pelajaran. Ke MARA, ke YPJ, ke Bank. Satu2nya tawaran adalah dari Bank. Tapi ada syarat... mesti dah lama buka akaun di bank tersebut. Kakak baru je tukar buku bank... jadi mereka tak boleh nak terima. Padahal... pinjaman yang tak seberapa itu... interestnya lebih tinggi daripada PTPTN.

Akhirnya... kakak tak pergi belajar.
Terus kerja membantu keluarga.
Rugi ? Hmmmm... masa tu mana ada PTPTN.
Masih tak bersyukur lagi ke kita...

Bayarlah sikit untuk kos pekerja nak simpan data peminjam, nak buat surat peringatan bayar balik, nak uruskan proses pembayaran setiap semester, nak semak baki pinjaman, dan semua kerja perkeranian dan pengurusan.

Kalau anda lihat bagaimana seorang ayah menangis tersesu-sedu di hadapan TV, semasa kerajaan umumkan bantuan PTPTN kepada pelajar yang dapat tawaran belajar.... setelah anak perempuannya tidak lagi ingin sambung belajar kerana telah berkahwin dan mendapat anak... anda mungkin akan faham.

Aku dah bayar hutang belajar... Tak mahu disoal kemudian hari nanti. Alhamdulillah..I'm not mad...


Fikirkanlah...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...