Wednesday, August 7, 2013

Tat nenas tradisional

Kuih yang setiap tahun wajib ada adalah kuih tat nenas. En Zalee tanak langsung yang beli kat kedai, walau sedap macamana pun. Yang dibuat dik bini dia gak dia nak... sebab boleh makan puas katanya.

Resepi ni memang belajar dengan mak. Dulu2 buat dengan kakak aku. Skang ni, tetiap tahun, aku dah amik alih, full.

Cuma inti dia jek aku baru 2 tahun ni buat sendiri. Sebelum2 ni mak yang buat. Resepi untuk inti dia ada kat sini.

Untuk pastri dia, bahan2 dia senang jek.

450 g tepung gandum.
250 g butter
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur putih
2 biji telur kuning

Cara2 membuatnya

Pukul butter sampai creamy. Masukkan telur, pukul lagi sampai kembang.Lepas tu masukkan esen vanilla. Pukul lagi. Kenmudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau menggunakan spatula atau senduk kayu. Bila dah susah nak kacau, guna tangan dan uli hingga adunan boleh dibentuk bulat2 dan bila ditekan, ia tak pecah.Kalau keras, tambah sikit butter, kalau lembik sangat, tambah sket lagi tepung.

Ready...


Buat bulat2 dulu, ikutlah saiz yang anda gemari. Toksahlah buat besar2, tak comei. Aku dikecualikan, sebab jari aku memang tak pakai bedung masa kecik dulu... :)

Lepas tu, kepit keliling dia dengan penyepit macam kat dalam gambar kat atas tu. Terpulanglah nak buat senget ke, tegak ke. Kemudian, tekan ditengahnya untuk isi inti nenas.

Kalau suka inti banyak... silakannnnnn ;)

Susun dalam loyang. Ia tak mengembang, takyah letak jarak2 sangat. Lepas tu bakar dalam oven, lebih kurang 170 celcius selama 20 - 30 minit.

Bila belakang kuih dah agak gelap, warna inti pun lebih gelap, tepung pun dah berubah sedikit warnanya, silalah angkat ye. Dan kalau masa panas2 tu, kalau makan.... hmmmm sedapnyaaa.

Satu adunan boleh dapat dalam 80 ke 100 biji ( ikut saiz yang anda buat ye). Umah aku tahun ni buat 4 adun. Jangan tak caya... masuk minggu kedua jek... abih dah.

Selamat mencuba yek....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...