Saturday, August 31, 2013

terkandas di Nilai

Hari ini, 31 Ogos 2013, merupakan hari kemerdekaan yang ke 56 negara tercinta, Malaysia. Alhamdulillah... syukur atas rahmatnya. Semoga kemerdekaan, keharmonian dan kesejahteraan ini berterusan hendaknya.

Kami sekeluarga ke Putrajaya hari ini... memenuhi jemputan perkahwinan anak lelaki Bos aku. Kami pergi ikut rombongan pejabat, naik bas. Gerak dari Skudai jam 8.45 pagi. Sampai dalam pukul 1.30.


Cantik tempat dimana majlis dibuat. Dewan dekat tasik, terbuka. Makanannya pun sedap. Terima kasih Prof...Tahniah sebab dapat menantu :)

Balik semula ke Skudai, hujan pulak. Lebat sangat. Nak jadi hal... belting bas putus **sila baca dengan konfiden, walaupun aku tak reti pasal enjin** Temperature bas naik. Tersadailah kami dekat tepi jalan dekat Nilai.


Terpaksa tunggu pomen atau bas yang nak balik ke Skudai... Lama juga menunggu. Dalam masa tu, encik pemandu telah berusaha untuk menghidupkan enjin. Berpeluh2 diorang... dahlah gerimis kat luar tu.


Ditambah oleh budak 3 orang ini... ( anak aku dan anak kawanku) , masa ni No 3 tidur lagi. Pening sebab diorang tak reti duduk diam. Siap dengan mulut diorang skali... adoyaiiii...


Makcik2 dan Pakcik2 vogue yang sedang menunggu, diselamatkan dari bas rosak .. hihihi.

Lepas dapat pasang sementara belting tu... kitorang gerak ke Nilai 3. Berhenti solat dan window shopping, sambil menunggu VIP datang betulkan bas sepenuhnya. Dapatlah cuti2 mata, tapi tak beli apa pun... Rumah kecik macam aku ni, manalah nak letak ...


Cuma... rasa sedikit terkilan sebab kebanyakan penjual bukan warganegara malaysia... terutamanya yang jual karpet. Tak taulah samada diorang tu digajikan atau memang perniagaan mereka sendiri.

Dalam pukul 7 malam, barulah bas siap dibaiki. Kami sambung perjalanan, berhenti makan dan solat kat seremban dan Alhamdulillah, sampai Skudai dalam pukul 12 malam...


Macam2 hal... terutamanya bila no 3 hilang.... nasib baik jumpa semula... kalau tidak.. meraunglah mak dia. Tu pun, 3-4 kali kena cubit. Tension makcik tau dak.

Ok... nak tido. Penat betul hari ni. Selamat Hari Merdeka :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...